Hafizah Nabawwiyah - Amalan yang digalakan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai pendinding diri
Aku beli di Kompleks Taman Seni Islam Selangor...
Pada 2 April 2010 (Jumaat)...
Ikot rombongan kelab Iqra' KUO 2...
Tempat ni sebenarnya tempat penghasilan Al-Quran...
Dibawah Yayasan Restu...
Sedikit renungan dari buku ini...
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:
"Mahukah aku beritahu amalanmu yang terbaik, yang paling tinggi dalam darjatmu, paling suci di sisi Tuhanmu serta lebih baik daripada menerima emas dan perak, bahkan lebih baik bagimu daripada berperang dengan musuh kamu yang kamu potong lehernya atau mereka memotong lehermu? para sahabat lalu menjawab, "Ya." Nabi s.a.w. bersabda, "Zikrullah."
(HR. Ahmad dan Ibnu Majah)