Showing posts with label benz ali. Show all posts
Showing posts with label benz ali. Show all posts

Monday, November 2, 2015

KOLEKSI PUISI MASTURBASI (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Koleksi Puisi Masturbasi

penulis: Benz Ali

penerbit: Merpati Jingga

harga: RM25

muka surat: 134 halaman

blurb:


MASTURBASI dalam buku ini tidak merujuk kepada perbuatan fizikal tetapi hanyalah sebuah konotasi yang mengejek diskusi intelektual yang tidak menatijahkan apa-apa perubahan. Puisi yang dikumpulkan sejak 2011 mengekspressikan perasaan dalam perkataan yang terhad dan cuba lari daripada norma puisi biasa.


Ia bersurah tentang dosa-dosa yang telah dianggap biasa (norma), menyentuh tema kemiskinan, pembodohan, kemunafikan (catakserukin) dan pembaziran.



Menurut Abror Rivai dalam prakatanya, Benz ini lantang bersuara kerana tanpa disedari hari-hari yang dilalui itu telah dipenuhi dengan sembahan, berupa kepatuhan sekonyong-konyong terhadap kepercayaan yang simplistik. Sedangkan sindirnya, orang-orang agama semakin jahat merembat, ahli politik semakin berseteru dalam semua perkara tapi lucu bila bersatu naik gaji.

-
Prakata oleh Abror Rivai

Wednesday, October 22, 2014

ANTITHESIS (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Antithesis

penulis: Benz Ali

penerbit: Dubook Press

harga: RM23

muka surat: 253 halaman

blurb:

orang tu, mengkritik isu, mengkritik masalah, lawanlah isu itu, lawanlah apa yang dilontarkan itu. pandangan lawan pandangan. tulisan lawan tulisan. itu sahaja, tak perlu nak ugut pukul ke apa.

jika anda mudah tersinggung, jangan beli buku ini. -penerbit