Showing posts with label rm11-rm20. Show all posts
Showing posts with label rm11-rm20. Show all posts

Friday, December 2, 2016

MANIFESTO KOMUNIS (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Manifesto Komunis

penulis: Kark Marx & Friedrich Engels

penterjemah: Manya

penerbit: Thukul Cetak

harga: RM15

muka surat: 65 halaman

blurb:

Berapakah jumlah kematian akibat Komunisme sejak diperkenalkan?

USSR -- 20 juta
China -- 65 juta
Vietnam -- 1 juta
Korea Utara -- 2 juta
Kemboja -- 2 juta
Eropah Timur -- 1 juta
Amerika Latin -- 150,000
Afrika -- 1.7 juta
Afghanistan -- 1.5 juta

Belum pernah terjadi, hanya dengan satu ideologi, tak kurang dari 100 juta kematian disebabkan olehnya. Adakah kematian ini semuanya berpunca dari kitab berusia 168 tahun ini?

Sunday, February 28, 2016

MOSH ZINE #17 (ZINE)


ZINE

tajuk: Mosh Zine #17

penulis: Nizang

penerbit: KaryaRaya Publishing

harga: RM12

muka surat: 98 halaman

penerangan:

texts, arts & rock n roll.

keluaran ke 17 zine Mosh yang memuatkan temuramah dengan band punk/indie lokal, artikel, kolum dan ulasan-ulasan zine dan muzik.

menampilkan Khottal, Iqbal M., Brayok, Belacak, Aizat Tarmizi, Con-Damn The Corruptor dengan penulis jemputan Ra1m1, Daniyal Kadir, Kudin, Syahmi dan Amirul Jaafar.

"Ikan kecil takkan menjadi makanan ikan besar selamanya."

AKSI REAKSI 2: DOKUMENTASI DUM DUM TAK


tajuk: Aksi Reaksi 2: Dokumentasi Dum Dum Tak

penulis: Nizang

penerbit: Perak Alternatif Press & Distro, KaryaRaya Publishing

harga: RM15

muka surat: 102 halaman

penrangan:

kata Nizang "Bulan Januari 2012 lepas, kawan kami Zulhabri (Pekan Frinjan) ada terbitkan buku kami Aksi Reaksi sebanyak 100 salinan. Buku tu dah lama sold-out. Lepas tu harini, dengan bantuan Anuar dari Perak Alternatif Press & Distro, kami terbitkan buku Aksi Reaksi 2. Kalini isi dah ditambah dan dikemaskini. Juga ada prakata oleh Hishamuddin Rais (Tukar Tiub). 110 muka surat bersaiz A6 (sesuai utk traveller masukkan dalam kocek). Ikuti perjalanan band ni, asam garam, naik turun, pengalaman kami dan juga sikit sebanyak perihal scene punk, hardcore, indie, seni, politik, muda-mudi tempatan."

"DUM DUM TAK merupakan satu fenomena dalam scene muzik, sosial dan politik." -ANIX, Punk Rocker

Monday, November 2, 2015

41 LELAKI 40 PEREMPUAN


tajuk: 41 Lelaki 40 Perempuan

penulis: Tulangkata

penerbit: Merpati Jingga

harga: RM20

muka surat: 162 halaman

penerangan:

41 Lelaki 40 Perempuan merupakan sebuah buku himpunan puisi yang mengandungi 81 puisi dan beberapa illustrasi digital. Buku ini mengandungi puisi-puisi tentang segala macam hal/isu yang berlaku dalam kehidupan seharian. Penulis buku ini memetik isu-isu yang dianggap kesan dari kehidupan zaman pascamoden. Antara tema-tema puisi yang terkandung dalam buku ini ialah budaya pembaratan, kapitalisme, feminisme dan fenomena media sosial. Penulis juga melakukan eksperimen dimana dia cuba menjadi 41 lelaki & 40 perempuan yang berbeza. Tuntasnya, buku ini mengandungi 41 puisi dari 41 watak lelaki yang berbeza, dan 40 puisi dari 40 watak perempuan yang berbeza.

BARANG BAIK, TUAN!


BLOOK

tajuk: barang Baik, Tuan!

penulis: Muhd Iqbal

penerbit: Penerbit kaukab

penerbit bersama: Buku OK dan Tarekat Karang Mengarang

harga: RM20

muka surat: 227 halaman

blurb:

"Hero ini gagah menulis!"
- Tok Rimau

"Walaupun kisah-kisah yang diceritakan di dalam blog ini berkisar mengenai dirinya, sajak dan perkara yang berlaku di sekeliling masyarakat, pada pengamatan aku, tulisan di blog Kingbinjai tidak meniru-niru blog orang lain. kadang-kadang ia tersulam rasa marah, kadang-kadang sinis, paling kerap rasa lucu."
- OP Zaharin

"Kingbinjai bukanlah nama baru dalam penulisan, menulis, berehat, menulis dan berehat. Dan kini dia kembali. Dan setiap kali dia muncul semula, karyanya bertambah baik dan matang. Percayalah, walaupun pankal namanya 'king', karyanya tetap merakyat."
- Ghazali Ramli

SUARA ORANG TERBUANG


tajuk: Suara Orang Terbuang

penulis: Yajuk

penerbit: Penerbit Kaukab

harga: RM20

muka surat: 86 halaman

blurb:

"Wajah-wajah ganda penakluk, sifat manipulatif mereka, liuk-lentuk licik tipu dayanya, semua ini dikutuk secara terang-terangan dalam Suara Orang terbuang, tanpa segan silu. Penyair punya sikap yang jelas terhadap "golongan penindas" dengan meletakkan mereka sebagai sasaran kritikan-kritikan tajam lewat kumpulan puisi ini. Jelasnya sikap penyair dalam kumpulan puisi ini dapat kita fahami jika kita mengenali sosok seorang Pak Yajuk, sama ada dari dekat atau jauh. Idealisme, kecenderungan, pemikiran dan rasa penyair ditumpahkan sepenuhnya tanpa sebarang penapis atau basa-basi. Bagi Mereka yang tidak mengenali penyair, ideologi politik penyair ini sebenarnya dapat ditelah setelah anda membaca buku ini."
Haizir Othman

SANG LIR SARI


tajuk: Sang Lir Sari

penulis: Muhd Iqbal

penerbit: Penerbit Kaukab

harga: RM20

muka surat: 84 halaman

blurb:

"Biarlah orang yang kemaruk dengan melankolik bulan, bunga, hujan, embun, senja itu saja mengeluh kekeringan ilham ketika segala kebusukan dunia menghentak ubun-ubunnya dari semasa ke semasa.

Buku ini bukanlah yang terbaik. tapi ia adalah antara yang baik. Aku sengaja tak mahu memuji penulis ini berlebih-lebihan. Biarlah. Sekurang-kurangnya dia dirahmati dan dipelihara daripada sikap riya'. Tapi aku suka membaca lontaran kata-katanya yang kadang-kadang bersahaja, dan kadang-kadang menyakitkan hati juga."

Al-Abror yusuf

AKU _____, MAKA AKU ADA! (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Aku _____, Maka Aku Ada!

penulis: Faisal Tehrani

penerbit: DuBook Press

harga: RM20

muka surat: 177 halaman

blurb:

Ah! Kau kata…


Aku Liberal.

Aku Syiah.
Aku Anti Melayu.
Aku Kafir.
Aku Sesat.



Usah ajari aku bagaimana menjadi Muslim.
Engkau tak semua tahu. Dan aku tak selalu jahil.


Koleksi artikel, esei dan luahan perasaan Faisal Tehrani

YANG NAKAL-NAKAL (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Yang Nakal-nakal

penulis: Usman Awang

penerbit: Fixi Retro

harga: RM20

muka surat: 220 halaman

blurb:


YANG NAKAL-NAKAL menghimpunkan 17 cerpen dan 8 sajak oleh Sasterawan Negara Usman Awang.


Ia adalah satu sisi Usman Awang yang lain; tulisan dan cerita yang antaranya memperlihatkan beliau sebagai pucuk muda, yang mencuba-cuba mengolah bakat menulis dengan bayangan kenakalan yang berlapik.



Tidak ada hal-hal patriotisme seperti yang sedia dimaklumi di sini. Perkara itu sangat cliché ketika membicarakan sosoknya. Tetapi, yang ada adalah satu sisi lain: nuansa sensual yang dikait ke dalam setiap pemerhatiannya.



Ironi juga, beberapa cerita menyentuh perihal pilihan raya. Semacam ia satu keraian yang perlu diberi perhatian khusus!

SITORA HARIMAU JADIAN


tajuk: Sitora Harimau Jadian

penulis: P. Ramlee

terbitan: Fixi Retro

harga: RM20

muka surat: 207 halaman

blurb:


Penduduk Kampung Kiambang dicengkam oleh perasaan takut yang amat sangat kerana keganasan Sitora Harimau Jadian yang semakin menjadi-jadi. Sudah banyak orang yang menjadi mangsanya. Dr. Effendi yang datang untuk menolong orang kampung di situ pun akhirnya kena sumpah dan menjadi Anak Sitora lalu mengganas mengikut arahan Sitora yang sebenarnya…


Filem SITORA HARIMAU JADIAN ialah satu-satunya filem arahan P.Ramlee yang telah hilang. Novelnya mula-mula terbit pada tahun 1965. Kini setelah lebih 4 dekad, ia akhirnya kembali mengaum!

Thursday, September 10, 2015

AMUK MALAM MERDEKA


tajuk: Amuk Malam Merdeka

penulis: Ronasina

penerbit: DuBook Press

harga: RM20

muka surat: 143 halaman

orang-orang hebat pun ada pandirnya juga

blurb:


Novel komedi satira yang mengisahkan Hang Tuah, Hang Jebat dan Munsyi Abdullah muncul di kota Kuala Lumpur tahun 2015. Mereka bertemu Hadi, seorang kartunis hebat yang menghadapi masalah mencari idea untuk mengembalikan semula kegemilangan karyanya.

Pertembungan karektor antara Munsyi, Hang Tuah, Hang Jebat dan Hadi yang mewakili perspektif generasi masakini menimbulkan perdebatan hangat tentang jatidiri, kemajuan, prinsip dan nilai kemanusiaan.

Novel satira santai namun sarat falsafah ini menampilkan tema perbahasan dan hujah-hujah yang kuat dan kukuh.

dengan 5 ilustrasi penulis.

LAKI GARDEN


tajuk: Laki Garden

penulis: Fazleena Hishamuddin, Pnut Syafinaz, Sofia J. Rhyland

penerbit: Studio Anai Anai

harga: RM20

muka surat: 120 halaman

bila bini berbicara sweet-sweet tentang laki mereka,
burung-burung pun berkicau riang

blurb:

"Laki mereka tak romantik. Tetapi, mereka bahagia jewr!"
Sinaganaga, mangsa cinta, ahaks.


Buku ini adalah himpunan cerita daripada tiga orang bini tentang laki mereka. Apapun, ini bukan cerita keluh-kesah kerana laki mereka tak romantik. Bukan juga cerita yang membanding-bandingkan laki romantik dengan laki tak romantik. Dan, jauh sekali cerita 'di dalam kelambu'. (Cerita 'dalam kelambu' biarlah kekal di dalam kelambu sahaja ya.)

Ini kisah sweet-sweet yang menjadi tali pengikat hubungan mereka. Tali yang kita tak boleh nampak dengan mata kasar, tetapi kita tahu tali itu ada di situ...

Pada mereka, romantik orang lelaki ni tidak semestinya datang dalam bentuk kata-kata manis pada kad ucapan ulang tahun, atau sejambak bunga, atau sekotak cokelat, atau sebungkus gula-gula. Kadang-kadang ia datang dalam bentuk perbualan seharian seperti, "Gulai lemak telur itik campur belimbing buluh yang awak masak semalam tu ada belen lagi tak? Saya nak bawa bekal pergi kerjalah. Sedap!"

Atau barangkali dalam bentuk, "Selalunya, laki I suruh I tidur dulu nyenyak-nyenyak supaya I tak terganggu dengan dengkur dia yang macam bunyi traktor tu. Sweet-kan!"

Mmm, how lucky they are... kan!?

- OP Zaharin -
Setiausaha Pertahanan Sindiket Sol-Jah

MADAME BOKARY II


tajuk: Madame Bokary II

penulis: Fikri Kacak

penerbit: Studio Anai Anai

harga: RM20

muka surat: 128 halaman

"Down juga bila mak hias makanan dalam pinggan macam Ahmad Maslan ni."

blurb:


'Anak emak' memang manja. Macam Fikri Kacak. Macam saya. Macam sebahagian kecil 'anak emak' di luar sana.

Bukan semua orang sukakan 'anak emak'. Tetapi percayalah, kami punya peminat kami sendiri. "I suka you sebab you manja. Manja sangat. Macam kucing. I suka kucing, tau!" See! *Bahak*

Ada orang beritahu, kalau nak pikat 'anak emak' - kena pikat emaknya dulu. Sebab, 100% rahsia diri si anak berada di dalam genggaman si emak dan si emak bukannya tahu nak simpan rahsia sangat. "Kalau nak tahu, Elizabeth...., Si Fikri ni, masa umur dia dah 10 tahun pun masih kencing tilam lagi..." Tetapi selalunya, si emak akan cover semula si anak. "Sekarang dah ok. Dah tak kencing tilam dah."

Ini bukanlah buku tentang kami - 'anak emak'. Ini buku tulisan Fikri Kacak. Dalam buku ini Fikri Kacak bercerita tentang dia dan emaknya. Entahlah, semasa saya membaca teks buku ini, tiba-tiba saya rindukan arwah emak saya.

Tak kiralah kita 'anak emak' atau pun bukan - emak kita adalah sesuatu yang hampir untuk kita gambarkan tentang Apa Itu Syurga..

"Emak bukan apa, Long," kata Emak sambil menahan sakit dek urutan pada tapak kakinya, "Emak cuma nak bagi kau peluang tengok-tengok dan belek-belek kai emak ni je. Kot la jumpa..."

"Jumpa? Nak Along cari apa?"

"Cari la... Kot-kot boleh jumpa pintu masuk syurga ke..."

...dan tentang Apa Itu Kelakar! Serius! Buku ni best dan kelakar.

- sinaganaga, jenderal, sindiket sol-jah -

SURAT-SURAT CINTA YANG TAK TERSAMPAIKAN


tajuk: Surat-surat Cinta yang Tak Tersampaikan

penulis: anonymous/ramai penulis

penerbit: Studio Anai Anai

harga: RM20

muka surat: 128 halaman

Who knew roti telur, teh tarik and
ayam goreng was cod for "I miss you"?
-miss siti britney-

blurb:


Bill Moore, 90, tidak dapat membendung air matanya apabila berpeluang membaca kembali sepucuk surat cinta yang dia pernah karang kepada kekasihnya, Bernadean Gibson, ketika beliau berkhidmat sebagai seorang askar ketika Perang Dunia kedua, 70 tahun nan lalu.

"Saya fikir, surat itu sangat special buat ibu, dan dia selit di dalam sampul rekod vinil itu dengan niat hendak menjaganya baik-baik, lama selepas itu dia pun terlupa, lalu dia jual rekod vinil itu kepada pemborong barangan lusuh, dan begitulah seterusnya…” ujar anak perempuan pasangan berkenaan, “…sehinggalah Makcik Ilene Ortiz dari Colorado membeli rekod vinil terpakai itu dan menjumpai surat bapa kepada ibu terselit di celahnya. Oh, how sweet!!!"

Tetapi, buku ini bukan kisah perjalanan surat cinta Bill Moore kepada Bernadean Gibson. Dan bukan juga buku tentang pengembaraan Ilene Ortiz untuk mempertemukan surat cinta yang dia jumpa itu dengan pemiliknya. Bukan!

Buku ini mengandungi 51 pucuk surat cinta yang terpilih daripada ratusan surat cinta yang kami terima; ditulis dengan pelbagai rasa untuk pelbagai jiwa, ahaks. Ya, 51 adalah angkat yang ganjil, sama ganjil dan ruwet dengan cinta itu sendiri, dan surat-surat yang ruwet ini memang belum pernah sampai kepada penerimanya lagi. Mungkin, 1 daripada 51 pucuk surat cinta tersebut ditujukan kepada kamu. Manalah nak tahukan...

Well, seperti yang kita tahu, sekurang-kurangnya, surat cinta Pakcik Bill Moore sampai jugalah kepada Makcik Bernadean. Tetapi, bagaimana dengan nasib 51 pucuk surat cinta ini? - jadi, beli dan baca buku ini!

Ok, saya pun nak tulis surat ni... "Ke hadapan Miss Siti Britney, you dah tak ‘roti telur, the tarik, and ayam goreng’ kat I lagi ke?"

SATU SUDU TEH SELEPAS MAKAN



tajuk: Satu Sudu Teh Selepas Makan


penulis: Dr Fahd Razy, Faisal Mat Zawi, Dr Afiq Rahim, Nurlisa Kamal, Dr Haliza Zurah, Dr Wan Aliaa, Dr Nur Akmal, Dr Huda Kamarudin, Amirul Hamudin, Dr Ainul Arina, Dr Bidayah Supardi, Dr Fieza Nur

penerbit: Studio Anai Anai dan Grup Karyawan Luar Negara (GKLN)

harga: RM20

muka surat: 127 halaman

blurb:


Cita-cita saya semasa kecil adalah menjadi seorang doktor. Saya diterima masuk ke Sekolah Menengah Sains, kemudian. Saya telah membelah seekor tikus comel tanpa 'melelapkan' ia dengan klorofom terlebih dahulu sehinggakan guru Biologi kami, Miss Alice Tan, menjerit "Omigod, oh boy!" pada satu hari. Alaa, tikus 'ja kannn! Bukannya saya bedah budak perempuan rakan sekelas pun! [Walaupun saya memang teringin nak buat begitu. *ahaks*] Dan perlahan-lahan cita-cita itu menjadi kelam, lalu terpadam terus dalam 'report card' dan dalam hidup saya. Tap! Saya jadi 'graphic designer'; bikin buku yang cantik-cantik. Buku ini, misalnya.

Tetapi buku ini bukanlah kisah-kisah kegagalan saya dalam mengejar cita-cita untuk menjadi seorang doktor. Bukan!

SATU SUDU TEH SELEPAS MAKAN ini adalah kisah doktor (dan bakal doktor) betul-betul! Doktor yang kita selalu jumpa dan tanya kita, "Apa sakit?" tu! Ha ha.

Ini kisah mereka. Kisah mereka dengan pesakit yang datang menerima rawatan di rumah sakit - diceritakan dalam bentuk 'runcit-runcit' dan sangat 'lepak'. Bak kata bidalan: lain padang lain belalang, lain hospital lain pula doktor-doktornya.

Kadang-kadang doktor buat 'jokes' juga tau. Kelakar!

Jadi, beli dan baca buku ini! Mungkin kita akan belajar sesuatu daripadanya. Mungkin juga, jika ada rezeki, kamu akan terserempak dengan penulis-penulis ini di klinik atau di bilik bedah- jangan lupa untuk hulurkan buku ini dan minta autograf mereka ya! "Kami bedah pakcik dulu ye... dah sedar kang, saya sign!"

SINAGANAGA

The brain of Studio Anai Anai
16 Februari 2015

Thursday, July 30, 2015

SASTERAWALALANG


tajuk: Sasterawalalang

penulis: Hazwan Ariff Hakimi

penerbit: d(ar)maseni

harga: RM20

muka surat: 83 halaman

penerangan:

buku puisi dengan tulisan jawi.


“Dia membawa nada kemelayuan yang ampuh, disela-sela niat yang maju. Dia tampil dengan usikan sinis yang lembut Melayu. Walaupun dia terdidik di barat, namun Hazwan Ariff Hakimi memperlihatkan citra Melayunya yang ketara […] Dia meneliti asyik Shakespeare, namun alunan pantun Melayu, Gurindam Dua Belas Raja Ali Haji dan dendangan Syair Rakis Pangeran Syahbandar jelas hadir dalam pengucapannya. Kian kita membaca, kian terserlah cintanya terhadap dunia indah sastera Melayu itu. Keindahan ini kiranya mengkecambahi sasterawalalang.”

Dato’ Dr. Ahmad Khamal Abdullah (Kemala), Sasterawan Negara

Wednesday, July 29, 2015

ANTI REALITI


tajuk: Anti Realiti

penulis: Fiza M. Zaini dan Nora Nabila

penerbit: Lrgasi Oakheart

harga: RM15

muka surat: 57 halaman

penerangan:

antologi puisi duo.

DENDAM DARI LISBI


tajuk: Dendam Dari Lisbi

penulis: Sayidah Mu'izzah

penerbit: Legasi Oakheart

harga: RM15

muka surat: 43 halaman

penerangan:

ini buku skrip teater.

blurb:

seperti cinta
dendamlah juga
yang paling bebas
hinggap di jiwa
manusia

tentang penulis:

Sayidah Mu'izzah lahir di Kuala Terengganu pada 1987. Pelajar didikan Fakulti Penulisan Kreatif, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Beliau merupakan kepala pimpinan di Legasi Oakheart.

Wednesday, April 29, 2015

KUNANG PESISIR MORTEN (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Kunang Pesisir Morten

penulis: Raiha Bahaudin

penerbit: Nubook

harga: RM20

muka surat: 212 halaman

blurb:


Kampung Morten 1984. Dengan sebatang sungai kotor bukan saja dipenuhi dengan sampah sarap dan ketam lumpur Uca Annulipes. Juga telah menjadi garis ghaib pemisah dua komuniti bangsa selama berdekad-dekad. Sehinggalah keajaiban berlaku dengan kehadiran seorang budak perempuan enam tahun comotnya ya ampun berambut gerbang.


Dhiya; seorang pemikir visual genius bersama-sama sahabatnya Adi dan Lim meneroka kota Melaka, menjadi usahawan kecil, menerokai dunia lukisan Monet, menjejak pencuri berkaki ghaib. Dan tanpa mereka sedari, sedikit perkara-perkara kecil yang mereka lakukan telah menaut jurang tebing antara dua bangsa. 

AKU KAFIR, KAU SIAPA? (JANGAN JAWAB) (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Aku Kafir, Kau Siapa? (Jangan Jawab)

penulis: Ooi Kok Hin

penerbit: Dubook Press

harga: RM20

muka surat: 189 halaman

blurb:

Ooi Kok Hin mencari perjalanannya dalam naratif yang ada tetapi dengan cara yang berbeza. Untuk tulisan ini, beliau telah melakukannya dengan rasa cinta yang hebat.
Kita dapat lihat keberaniannya dalam menunjuk masalah yang kita hadapi di kala ini, tetapi dengan perasaan ingin tahu yang seakan-akan naif, disajikan dengan pelbagai jalan yang boleh diambil agar kita mampu membaiki keadaan yang ada. Kita sedar, apa yang kita mampu buat adalah berdasarkan perbandingan dengan keadaan yang lebih teruk boleh berlaku di masa hadapan. Kesedaran kebaikan yang berasaskan keburukan adalah landasan harapan. Dan untuk itu kita harus berterima kasih kepada Ooi Kok Hin untuk suara dan tenaganya yang mampu menghidupkan harapan yang ada.
-Fuad Rahmat