menjual buku-buku baru, buku-buku terpakai dan apa-apa barang yang patot...
Showing posts with label f a hayek. Show all posts
Showing posts with label f a hayek. Show all posts
Saturday, April 12, 2014
JALAN PERHAMBAAN
tajuk: Jalan Perhambaan
terjemahan atas The Road to Serfdom
penulis: F. A. Hayek
penterjemah: Al-Mustaqeem Mahmood Radhi
penerbit: IKD
harga: RM40
muka surat: 264 halaman
blurb:
“Buku ini telah menjadi sebuah karya klasik tulen: bacaan wajib untuk setiap orang yang benar-benar berminat dengan politik dalam pengertian paling umum dan paling tidak partisan.” – Milton Friedman
“Buku ini patut dibaca oleh semua orang. Tiada gunanya mengatakan bahawa sebahagian besar orang tidak berminat dengan politik; isu politik yang dibincangkan oleh Dr Hayek ada kena mengena dengan setiap seorang anggota masyarakat.” – The Listener
kandungan:
Prakata
Pengenalan
Bab:
1- Jalan yang telah ditinggalkan
2- Utopia Agung
3- Individualisme dan Kolektivisme
4- Perancangan “tidak terhindarkan”
5- Perancangan dan Demokrasi
6- Perancangan dan Kedaulatan Undang-undang
7- Kawalan Ekonomi dan Totalitarianisme
8- Siapa,ke atas siapa?
9- Jaminan Ekonomi dan Kebebasan
10- Mengapa yang jahat dapat naik
11- Berakhirnya Kebenaran
12- Akar Sosialisme bagi Nazisme
13- Totalitarian di Sekitar Kita
14- Antara Realiti dan Ideal
15- Masa Depan Tatanan Dunia
Labels:
al-mustaqeem m radhi,
f a hayek,
ikd,
rm31-rm40
Thursday, December 19, 2013
LIBERALISME: ESEI-ESEI TERPILIH F. A. HAYEK
tajuk: Leberalisme: Esei-esei Terpilih F. A. Hayek
penulis: F. A. Hayek
penterjemah: Al-Mustaqeem Mahmod Radhi
penerbit: Pustaka Liberal
harga: RM20
muka surat: 179 halaman
penerangan:
Buku ini merupakan di antara sebilangan kecil karya terjemahan tentang Liberalisme dalam Bahasa Melayu. Esei-esei di dalam buku ini dapat menghantar pembaca memasuki gerbang wacana Liberalisme.
Bukan sekadar itu, ia juga membuatkan orang merenung permasalahan falsafi yang lebih mendalam, khususnya ketika Hayek membincangkan tentang rasionalisme, batasan akal, keadilan dan asal usul nilai moral.
Berkaitan rasionalisme, epistimologi dan asal-usul “nilai”, misalnya, ia memanggil kita untuk meninjau perbandingan antara sudut pandangan Liberalisme dan Islam, khususnya dalam pandangan tasawuf.
Dalam soal falsafah perundangan negatif liberal pula, menarik untuk di bandingkan dengan unsur negatif yang seakan sama dengannya dalam falsafah perundangan Isla, seperti yang terbayang pada prinsip-prinsip al-dharar yuzal (kemudaratan harus dihilangkan), dar’ al-mafsadah muqaddam ‘ala jalbi al-manfaah (mencegah kerosakan lebih utama dari meraih manfaat), al-akhzu bi akhaf al-dhararain (memilih mudarat yang lebih ringan di antara dua kemudaratan).
kandungan:
~ Sumber asal
~ Pengantar
~ Riwayat Ringkas F.A.Hayek
- Utopia Agung
- Individualisme dan Kolektivisme
- Liberty dan Liberties
- Tanggungjawab dan Kebebasan
- Francis Bacon (1562-1626):Pengasas Saintisme
- The Austrian School of Economics
- Dr. Benard Mandeville (1670-1733)
- Falsafah Peundangan dan Politik David Hume (1711-1776)
- Adam Smith (1723-1790): Pesannya dalam Bahasa Hari Ini
Tuesday, December 17, 2013
INDIVIDUALISME: YANG HAK & YANG BATIL
tajuk: Individualisme: Yang Hak & Yang Batil
penulis: F.A. Hayek
terjemahan: Eekmal Ahmad
penerbit: IKD
harga: RM5
muka surat: 28 halaman
penerangan:
Buku ini merupakan penterjemahan Bab Pertama dari buku Individualism & Economic Order
Friedrich August von Hayek, lahir pada bulan Mei, tahun 1899 di Vienna dan meninggal pada tahun 1992 di Freiburg. Beliau dari keluarga aristokrat. Sepupunya adalah seorang filasuf terkenal; Ludwig Wittgenstein. Beliau memperolehi ijazah doktor falsafah di Universiti Vienna, dalam bidang undang- undang dan sains politik, pada tahun 1921.
Idea asas di dalam esei ini ialah, penting bagi kita untuk menyedari batas bagi kemampuan akal manusia itu. Bagi Hayek asal bagi Individualisme yang palsu itu datangnya dari pengaruh pemikiran Rene Descartes. Pemikiran yang mengaitkan esensi manusia itu dengan Akal, dengan A yang berhuruf besar.
kandungan:
Friedrich August von Hayek, lahir pada bulan Mei, tahun 1899 di Vienna dan meninggal pada tahun 1992 di Freiburg. Beliau dari keluarga aristokrat. Sepupunya adalah seorang filasuf terkenal; Ludwig Wittgenstein. Beliau memperolehi ijazah doktor falsafah di Universiti Vienna, dalam bidang undang- undang dan sains politik, pada tahun 1921.
Idea asas di dalam esei ini ialah, penting bagi kita untuk menyedari batas bagi kemampuan akal manusia itu. Bagi Hayek asal bagi Individualisme yang palsu itu datangnya dari pengaruh pemikiran Rene Descartes. Pemikiran yang mengaitkan esensi manusia itu dengan Akal, dengan A yang berhuruf besar.
kandungan:
1. Biografi Ringkas F.A. Hayek
2. Individualisme: Yang Hak & Yang Batil
2. Individualisme: Yang Hak & Yang Batil
Subscribe to:
Posts (Atom)


