Showing posts with label wan nor azriq. Show all posts
Showing posts with label wan nor azriq. Show all posts

Saturday, March 28, 2015

DOMPET KULIT BUAYA (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Dompet Kulit Buaya

penulis: Wan Nor Azriq

penerbit: Sindiket Sol-Jah

harga: RM20

muka surat: 90 halaman

blurb:


Okay, kau nak jadi jantan sebab itu kau sedang pegang buku ini. Tetapi kau memang silap besar sebab ini bukan sebuah buku. Seorang jantan tidak baca buku untuk jadi jantan. Seorang jantan baca resit kedai makan, resit tempar parkir kereta, bil elektrik, bil air, butang baju, kad ATM, tiket wayang, gambar awek, kad doktor, dan kotak ubat sakit perut.


Seorang jantan baca dompet dalam seluarnya.



Kau masih nak jadi jantan?
Buka dan bacalah dompet ini sekarang.

Monday, May 5, 2014

BONEKA RUSIA GUIDO (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Boneka Rusia Guido

penulis: Wan Nor Azriq

penerbit: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia

harga: RM20

muka surat: 130 halaman

blurb:


Tahun 1999 merupakan waktu yang mencabar ekonomi dan politik Negara Malaysia, dan pada masa ini juga, seorang remaja berusia 13 tahun bernama Chairil Gibran telah menjeratkan dirinya dalam permainan kuasa seorang pemimpin terkenal – Tuan Megat Guido. Chairil bersama-sama emaknya, baru saja berpindah ke sebuah apartment di Kuala Lumpur, dan tanpa disedarinya, dia telah menjadi jiran kepada kembar Tuan Megat Guido yang mungkin seorang novelis terpinggir dan juga pemain boneka. Semuanya diceritakan oleh Chairil kepada narator novel ini dan mereka sama-sama terperangkap dalam rangkaian peristiwa aneh dan menakutkan; pencuri boneka yang bertukar menjadi agar-agar hijau apabila dilanggar, penjual ais krim yang berceramah tentang falsafah dan lukisan serta pengembaraan satu malam ke hujung dunia.
Novel ini menampilkan susunan dan struktur yang terdiri daripada satu perenggan sahaja kerana segala-galanya telah terperangkap dalam ruang minda si pencerita, Hogarth sehingga dia tidak dapat lagi membezakan dialog dengan naratif.

D.U.B.L.I.N. (TIADA DALAM STOK)


tajuk: D.U.B.L.I.N.

penulis: Wan Nor Azriq

penerbit: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia

harga: RM20

muka surat: 155 halaman

blurb:

"Dublin. Saya selalu merasakan ia adalah tempat bermula dan berakhir semua tradisi kesusasteraan. Bagaikan sebuah dunia di dalam dunia ini. "
Maka, di dalam diari seorang pengarang uzur bernama Encik H, kita turut menemui sebuah cerita di dalam cerita. Bermula dengan ucapannya di kedutaan Ireland yang mendedahkan tradisi berjalan kaki sebagai suatu seni penulisan, dia kemudian membawa kita ke tengah konflik antara dirinya dengan pembantu penyelidik bernama Anita. Hubungan antara Encik H dan Anita bakal menentukan kesudahan kepada konspirasi perisikan D.U.B.L.I.N dan mungkin menyelamatkan Encik H daripada kehancuran.

karya ini mendapat tempat pertama bagi ketegori kumpulan novel, Sayembara Penulisan ITBM-PENA-BH