Showing posts with label aqil zahra aka Zaim Yusoff. Show all posts
Showing posts with label aqil zahra aka Zaim Yusoff. Show all posts

Monday, November 2, 2015

BAHASA TUHAN SUDAH MATI


tajuk: Bahasa Tuhan Sudah Mati

penulis: Za'im Yusoff, Fadli Al-Akiti dan Muhd Iqbal

penerbit: Penerbit Kaukab dan Institut terjemahan dan Buku Malaysia

harga: RM25

muka surat: 123 halaman

blurb:


Sebuah kumpulan puisi yang seimbang dari segi nada dan bentuknya secara keseluruhan, Seperti sebuah rumah, puisi-puisi dalam buku ini disusun dalam sebegini rupa dengan tujuan tertentu. Za'im Yusoff bertindak menjadi beranda dan pintu hadapan, Fadli Al-Akiti adalah ruang tamu yang penuh dengan koleksi filem dan potret yang banyak nostalgia dan renungan, manakala Muhd Iqbal adalah bilik bacaan yang menyimpan banyak suara-suara diam yang barangkali jarang tumpah ke telinga pengunjung rumah ini.
Karl Agan

Asalkan situasi-situasi yang bermacam-macam secara bertubi-tubi menganggu fikiran aku. Ada yang lembut mengajakku tenang. Ada yang tajam membuat aku bengang. Ada yang manis memujuk aku sayang.
Fynn Jamal

Wednesday, March 4, 2015

I LAP U


tajuk: I Lap U: 115 Puisi Cinta

penulis: Aqil Zahra aka @ZaimYusoff

penerbit: Penerbit Kaukab

harga: RM20

muka surat: 125 halaman

penerangan:


I LAP U - 115 PUISI CINTA kumpulan puisi sulung aQIl zahra a.k.a Za'im Yusoff yang menghimpunkan 115 buah puisi bertemakan cinta melalui tiga bahagian - Temu & Rindu, Perit & Pergi dan Lepas & Harap.


Berikut merupakan testimonial yang diberikan oleh para pembaca I LAP U :

“Sengaja bertemankan secawan kopi pekat dan alunan muzik instrumental, saya menyusuri bait-bait puisi Za’im, di tengah malam gerimis.

Dari corak puisi klasik hingga mencongak ke avant-garde, jelas terlihat penulis sangat berahi bermain dengan kata, rakus mencumbui makna dan mengerang sedap pada bunyi tanpa melupakan kepelbagaian aksi.

Suka saya pada beberapa puisi kontot seperti “Karma” dan “Dendam”. Pendek namun tetap menusuk ke dalam. Bila melihat “Tatkala Tuan Tercipta” dan beberapa puisi lain, sedikit terhidu 3V (Verbal Vokal Visual) dari seniman A Ghafar Ibrahim. Rojak kata dalam sebahagian kumpulan puisi ini mungkin tidak disenangi para sarjana sastera yang penuh tradisi tanpa toleransi.

Penguasaan rima kata dalam puisi-puisi Za’im agak bersifat diktator, seakan seperti satu kemestian. Semampu-mampunya mahu semua sempurna dan ini ialah suatu yang baik dan terjaga.

Ceritanya cerita muda. Saya boleh masuk dan ternyata saya tidaklah terlalu tua untuk menikmati puisi-puisi ini.

Moga para pembaca dapat manfaatnya walau dalam sebaris ayat.
Teruskan!”

HAIRUL ANUAR HARUN, 39 tahun
Penulis Lirik Tanah Air*
*Lagu-lagu seperti Awallah Dondang (Noraniza Idris), Cindai (Datuk Siti Nurhaliza), Kandil Kemilau (Jamal Abdillah), Hati Kama (duet Datuk Siti Nurhaliza dan Noraniza Idris), Yayadan (Datuk Sharifah Aini) dan banyak lagi.