Showing posts with label sri murniati. Show all posts
Showing posts with label sri murniati. Show all posts

Wednesday, December 18, 2013

LIBERALISME: PENGENALAN RINGKAS DALAM LAKARAN & GAMBAR


tajuk: Liberalisme: Pengenalan Ringkas Dalam Lakaran & Gambar

susunan: Al-Mustaqeem Mahmod Radhi & Sri Murniati

penerbit: Pustaka Liberal

harga: RM10

muka surat: 71 halaman

penerangan:


Apa itu Liberalisme? Kenapa ia merupakan falsafah ekonomi-politik terbaik? Mengapa ia lebih dapat menjamin keselamatan warga? Bagaimana ia berperanan dalam pembentukan masyarakat bebas yang kemudiannya membentuk pula negara makmur dan sejahtera? Bagaimana pula ia membantu membasmi kemiskinan?


Buku ini menampilkan jawapan-jawapan ringkas dan padat bagi pertanyaan di atas selain menjernihkan salah faham berleluasa tentang sistem pasaran bebas (sering disebut secara tidak tepat sebagai “ kapitalisme”).

Sunday, May 12, 2013

REFORMASI PENDIDIKAN III: PENDIDIKAN SIVIK UNTUK PENYUBURAN DEMOKRASI


tajuk: Reformasi Pendidikan III: Pendidikan Sivik Untuk Penyuburan Demokrasi

penulis: Sri Murniati dan Al-Mustaqeem M Radhi

penerbit: Institut Kajian Dasar
dengan kerjasama: Konrad Adenauer Stiftung

harga: RM22

muka surat: 146 halaman

blurb:

Demokrasi memerlukan warganegara yang celik politik. Pendidikan sivik dan kewarganegaraan di sekolah adalah salah satu cara untuk melahirkan rakyat yang berkemampuan untuk memikul cabaran demokrasi dan pembinaan negara.

Tetapi apakah matapelajaran sivik dan kewarganegaraan yang diajarkan di sekolah-sekolah menengah di Malaysia telah dirumuskan dengan baik untuk memenuhi cabaran ini? Apakah pengetahuan dan keterampilan yang sekarang didedahkan kepada pelajar melalui matapelajaran sivik dan kewarganegaraan dapat melahirkan pelajar yang celik sivik? Jika tidak, apakah yang perlu diperbaiki?

Buku ini adalah satu percubaan untuk membincangkan pertanyaan-pertanyaan di atas dan menggunakan pengalaman Jerman sebagai rujukan dan perbandingan untuk memberikan rumusan bagi peningkatan pendidikan sivik dan kewarganegaraan Malaysia.

REFORMASI PENDIDIKAN II: MENINJAU PERANAN KOMPONEN KESUSASTERAAN BAHASA MELAYU DALAM PEMBANGUNAN PEMIKIRAN PELAJAR


tajuk: Reformasi Pendidikan II: Meninjau Peranan Kompenen Kesusasteraan Bahasa Melayu Dalam Pembangunan Pemikiran Pelajar

penulis: Sri Murniati dan Al-Mustaqeem M Radhi

penerbit: Institut Kajian Dasar
dengan kerjasama: Konrad Adenauer Stiftung

harga: RM22

muka surat: 127 halaman

blurb:

Apakah karya-karya sastera yang dominan dibaca para pelajar sekolah menengah kita? Karya-karya klasik atau karya-karya pengarang Melayu moden? Atau karya-karya pengarang muda? Bermutukah karya-karya tersebut? Berkesankah kaedah apresiasi yang digunakan para guru di sekolah untuk mengajar karya-karya tersebut?

Temukan jawapan-jawapan terhadap pertanyaan-pertanyaan tersebut dalam buku kecil Reformasi Pendidikan II: Meninjau Peranan Komponen Kesusasteraan Bahasa Melayu dalam Pembangunan Pemikiran Pelajar ini.

Dengan mengupas pertanyaan-pertanyaan di atas buku ini berusaha meneroka apakah pelajaran Komponen Kesusasteraan yang diwajibkan di sekolah dapat menjawab cabaran membangun pemikiran para pelajar kita. Baca juga wawancara penulis dengan beberapa tokoh, antaranya Sasterawan Negara Prof. Muhammad Hj. Salleh, mengenai Komsas.

REFORMASI PENDIDIKAN DI MALAYSIA: MERENTAS JALAN BARU


tajuk: Reformasi Pendidikan Di Malaysia: Merentas Jalan Baru

penulis: Sri Murniati dan Al-Mustaqeem M Radhi

penerbit: Institut Kajian Dasar
dengan kerjasama: Konrad Adenauer Stiftung

harga: RM22

muka surat: 130 halaman

blurb:

Bagaimanakah keadaan sebenar pendidikan di Malaysia? Benarkah mutu pendidikan negara berada di tahap yang buruk? Apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk memperbaiki keadaan? Apakah ada jalan lain selain yang pernah kita lalui?

Kebanyakan orang sedar bahawa pendidikan di Malaysia tidak berada di tahap yang menjanjikan, namun jarang ada sesiapa yang dapat menjelaskan keadaan sebenar secara sepadu. Perbincangan seputar sistem pendidikan yang kononnya terlalu berorientasi peperiksaan dan keputusan terbaru kerajaan memansuhkan PMR dan merombak UPSR membuktikan memang ada yang tak kena pada system pendidikan di Malaysia.

Jawapan kepada pertanyaan-pertanyaan di atas dan banyak lagi pertanyaan berkaitan berselerak di forum dan tulisan di media. Buku ini memanfaatkan tulisan-tulisan di media arus perdana dan alternative serta karya-karya akademik mengenai pendidikan bagi memberi gambaran umum dan bersepadu serta menilai keadaan pendidikan di Malaysia. Selain itu, ia juga membuka ruang untuk pembaca melihat jalan mana yang belum ditempuh Malaysia untuk meningkatkan mutu pendidikan dan barangkali layak dipertimbangkan untuk masa mendatang.