Showing posts with label anak kunci production. Show all posts
Showing posts with label anak kunci production. Show all posts

Wednesday, October 22, 2014

O.K.U. BANGKIT


tajuk: O.K.U. Bangkit

penulis/penyusun: Mohd Rosli Ibrahim

penerbit: Anak Kunci Production

harga: RM25

muka surat: 174 halaman

blurb:

penulis dilahirkan di kampung kubang bemban, pasir mas, kelantan pada 20 april 1973. mendapat pendidikan awal di sekolah sultan ibrahim 1 (1980). setelah didapati tidak mampu mengikuti sistem pendidikan sedia ada, seorang guru besar sekolah tersebut telah menasihatkan supaya menghantar ke sekolah pendidikan khas di johor baru. kemudian penulis mengikuti pendidikan khas di johor baru (1981-1986). pendidikan menengah pula di dalam sistem inklusif education di st john bukit nanas (1987-1991).

semenjak tahun 2000, penulis amat giat menyertai forum-forum diskusi ilmiah di sekitar kuala lumpur. minatnya yang mendalam dalam dunia buku mendorongnya membuat blog iaitu the reading group malaysia bagi mengarkib budaya persuratan di malaysia. beliau juga admin kepada group facebook bacaan liar yang menyediakan pelbagai buku online untuk khalayak peminatnya. penulis pernah menyumbang artikel dalam majalah posto yang diterbitkan secara tidak berkala berkaitan isu-isu oku.

Monday, December 16, 2013

SURAT UNTUK ANAK (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Surat Untuk Anak

penulis: Mohd Affandi Ramli

terbitan: Anak Kunci Production

harga: RM30

muka surat: 158 halaman

penerangan:

Catatan biografi seorang bapa kepada dua anak yang mengalami Cerebral Palsy.

"Anak-anakku! Aku tahu Kau bisa membaca coretan ini sebagaimana aku bisa melihat kau menari, berenang dan bercakap di alam mimpi."


Wednesday, October 16, 2013

MUSLIM ZALIM VS NON MUSLIM ADIL (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Muslim Zalim VS Non Muslim Adil

penulis: Wan Ji Wan Hussin

penerbit: Anak Kunci Production

harga: RM10


muka surat: 58 halaman


blurb:

ustaz wan ji bin wan hussin dilahirkan pada 12 januari 1982 di pasir mas, kelantan. mendapat pendidikan institut pendidikan al-balaghul mubin, pasir mas, kelantan dan pondok lubuk tapah, pasir mas, kelantan. seterusnya beliau melanjutkan pelajaran di jamiah farooqiah, karachi, pakistan. kemudian meneruskan pengajian di jamiah al-azhar, mesir sebelum ke universiti malaysia kelantan.

ustaz wan ji bin wan hussin kini aktif menulis selain menyampaikan kuliah, ceramah juga sebagai panelis di forum-forum. pandangan berani beliau sering juga menjadi perdebatan dikalangan ilmuan agama. selain itu ustaz wan ji bin wan hussin mempunyai pengalaman sebagai editor syariah, kemilau publika dan juga merupakan pengasas sekolah pemikiran al-syatibi.

ustaz wan ji bin wan hussin boleh dihubungi di blognya al bakistani di http://g-82.blogspot.com/


sinopsis:



Politik adalah perkara yang sebati dengan kehidupan manusia, Masakan berada di luar rumah, dalam rumah pun manusia itu sudah berpolitik. Sebelum manusia diciptakan Tuhan, sudah ada politik. Membuka medan kritikan yang dibuka oleh Allah s.w.t kepada malaikat merupakan politik yang perlu dipelajari oleh semua makhluk.

Di awal dakwah Nabi Muhammad s.a.w., politik yang dibina oleh Baginda adalah mengelak manusia daripada perhambaa sesama manusia tetapi beralih kepada perhambaan kepada Allah s.w.t. Politik di awal Islam juga adalah berusaha menjadikan manusia itu saling hirmati merentasi warna kulit.

POSTO! #2


tajuk: Posto! #2 (majalah)

penerbit: Anak Kunci Production

harga: RM12

muka surat: 64 halaman

penulis, kolumnis, penulis tamu:

Ronasina, Faizal Riduan, Wak Jono, Benz Ali, Sirr Charlie, Aji Rondo, Lim Hong Siang, Wan Ji Wan Hussin, Wak Dogol, Rosli Ibrahim, Adam Adli, Puspawati Rosman, Hasni Abas, Hishamuddin Rais, Sandy Indra Pramata, Mohd Faizal, Rahim Sabri, Pyanhabib.

Sunday, September 29, 2013

POSTO! #1 (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Posto! #1 (majalah)

penerbit: Anak Kunci Production

harga: RM12

muka surat: 64 halaman

penulis, kolumnis, penulis tamu:

Ronasina, Faizal Riduan, Najwan Halimi, Hafiz Zainuddin, Wahyudi Yunus, Lim Hong Siang, Wan Ji, Afiq M Noor, Wak Dogol, Rosli Ibrahim, Adam Adli, Athina Marzuki, Puspawati Rosman, Man Seni, Nashita M Noor, Kak Sham, Mat Saman Kati, Hasni Abas, Hishamuddin Rais, Jean Francoise, Sandy Indra Pramata, Mohd Faizal.

NEGARAKU (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Negaraku (komik/dengan tandatangan Ronasina)

penulis/pelukis: Ronasina

penerbit: Anak Kunci Production

harga: RM25

muka surat: 96 halaman

blurb:

dilahirkan pada 26 disember 1973 dan membesar ketika era renaissance industri komik/kartun tanahair, ronasina mula melukis kartun dan komik untuk tontonan sendiri bersama rakan-rakannya di sekolah rendah. karya pertama ronasina tersiar di ruangan senyum pelajar majalah gila-gila ketika berusia tujuh belas tahun (1990) dengan menggunakan nama pena fendi. seterusnya ronasina terus menghantar kartun ke majalah gelagat, gado-gado, jenaka, umbut dengan berbagai nama samaran seperti banzai dan ude. ketika ombak reformasi tercetus pada tahun 1998, ronasina mula melukis kartun satira rakyat yang mengkritik dasar kerajaan dan isu semasa di akhbar berita keadilan (sudah berkubur). kemudian pada tahun 2007 ronasina melukis kartun di akhbar suara keadilan atas pelawaan kartunis zunar yang menjadi editor akhbar tersebut pada waktu itu. antara watak kartun yang dilukis di akhbar suara keadilan ialah komik datuk kundur (kuat tidur) menggambarkan watak seorang perdana menteri yang mempunyai tabiat tidur yang serius.

pada 2009 ronasina menyertai sepakat efektif milik zunar sebagai editor dan kartunis majalah gedung kartun, perak darul kartun, isu dalam kartun 1. 2. dan 3 sebelum ke semua majalah ini diharamkan oleh kerajaan malaysia. ronasina juga banyak terlibat di dalam aktiviti seni lawan arus yang lain seperti melukis kartun dan menulis artikel di akhbar portal online merdekareview.com (juga sudah berkubur), menulis puisi, mendeklamasi sajak, mengarang skrip, mengarah dan berlakon drama radio di radio bangsar utama serta aktiviti-aktiviti bebas yang lain.

lukisan dan tulisan ronasina boleh dinikmati di http://kulupsakah.blogspot.com
facebook dengan akaun ronasina kartunis
fanpage dan twitter menggunakan nama ronasina