Showing posts with label muhd iqbal. Show all posts
Showing posts with label muhd iqbal. Show all posts

Tuesday, September 6, 2016

MASUK BARISAN: JIWA KACAU YANG SATU LAGI


BLOOK

tajuk: Masuk Barisan: Jiwa Kacau yang Satu Lagi

penyelenggara: Basri, Jigo, Attokz

penerbit: Mak Itam Network Enterprise

harga: RM23

muka surat: 188 halaman

blurb:


Geng Jurnal kembali mempersembahkan projek-cabut-palam bagi membakar tangan-tangan yang masih segan untuk berkenalan dengan tetikus dan papan kekunci.


MASUK BARISAN bukanlah buku propaganda politik tetapi adalah blook yang menghimpunkan entri-entri terpilih lebih daripada 20 penulis blog tempatan. Dilonjakkan oleh kejayaan luar jangkaan blook JIWA KACAU, MASUK BARISAN sekali lagi menyusuri kehidupan yang tentunya tidak selalu manis, wangi dan berangin bak daun pudina.

Seperti juga JIWA KACAU, MASUK BARISAN mengekalkan kepelbagaian rasa masin masam manis pahit payau untuk digigit, dikunyah, diratah, ditelan dan dihadam bagi memenuhi selera segenap lapisan masyarakat.

Monday, November 2, 2015

BAHASA TUHAN SUDAH MATI


tajuk: Bahasa Tuhan Sudah Mati

penulis: Za'im Yusoff, Fadli Al-Akiti dan Muhd Iqbal

penerbit: Penerbit Kaukab dan Institut terjemahan dan Buku Malaysia

harga: RM25

muka surat: 123 halaman

blurb:


Sebuah kumpulan puisi yang seimbang dari segi nada dan bentuknya secara keseluruhan, Seperti sebuah rumah, puisi-puisi dalam buku ini disusun dalam sebegini rupa dengan tujuan tertentu. Za'im Yusoff bertindak menjadi beranda dan pintu hadapan, Fadli Al-Akiti adalah ruang tamu yang penuh dengan koleksi filem dan potret yang banyak nostalgia dan renungan, manakala Muhd Iqbal adalah bilik bacaan yang menyimpan banyak suara-suara diam yang barangkali jarang tumpah ke telinga pengunjung rumah ini.
Karl Agan

Asalkan situasi-situasi yang bermacam-macam secara bertubi-tubi menganggu fikiran aku. Ada yang lembut mengajakku tenang. Ada yang tajam membuat aku bengang. Ada yang manis memujuk aku sayang.
Fynn Jamal

BARANG BAIK, TUAN!


BLOOK

tajuk: barang Baik, Tuan!

penulis: Muhd Iqbal

penerbit: Penerbit kaukab

penerbit bersama: Buku OK dan Tarekat Karang Mengarang

harga: RM20

muka surat: 227 halaman

blurb:

"Hero ini gagah menulis!"
- Tok Rimau

"Walaupun kisah-kisah yang diceritakan di dalam blog ini berkisar mengenai dirinya, sajak dan perkara yang berlaku di sekeliling masyarakat, pada pengamatan aku, tulisan di blog Kingbinjai tidak meniru-niru blog orang lain. kadang-kadang ia tersulam rasa marah, kadang-kadang sinis, paling kerap rasa lucu."
- OP Zaharin

"Kingbinjai bukanlah nama baru dalam penulisan, menulis, berehat, menulis dan berehat. Dan kini dia kembali. Dan setiap kali dia muncul semula, karyanya bertambah baik dan matang. Percayalah, walaupun pankal namanya 'king', karyanya tetap merakyat."
- Ghazali Ramli

SANG LIR SARI


tajuk: Sang Lir Sari

penulis: Muhd Iqbal

penerbit: Penerbit Kaukab

harga: RM20

muka surat: 84 halaman

blurb:

"Biarlah orang yang kemaruk dengan melankolik bulan, bunga, hujan, embun, senja itu saja mengeluh kekeringan ilham ketika segala kebusukan dunia menghentak ubun-ubunnya dari semasa ke semasa.

Buku ini bukanlah yang terbaik. tapi ia adalah antara yang baik. Aku sengaja tak mahu memuji penulis ini berlebih-lebihan. Biarlah. Sekurang-kurangnya dia dirahmati dan dipelihara daripada sikap riya'. Tapi aku suka membaca lontaran kata-katanya yang kadang-kadang bersahaja, dan kadang-kadang menyakitkan hati juga."

Al-Abror yusuf