Showing posts with label sinaganaga. Show all posts
Showing posts with label sinaganaga. Show all posts

Tuesday, September 6, 2016

MASUK BARISAN: JIWA KACAU YANG SATU LAGI


BLOOK

tajuk: Masuk Barisan: Jiwa Kacau yang Satu Lagi

penyelenggara: Basri, Jigo, Attokz

penerbit: Mak Itam Network Enterprise

harga: RM23

muka surat: 188 halaman

blurb:


Geng Jurnal kembali mempersembahkan projek-cabut-palam bagi membakar tangan-tangan yang masih segan untuk berkenalan dengan tetikus dan papan kekunci.


MASUK BARISAN bukanlah buku propaganda politik tetapi adalah blook yang menghimpunkan entri-entri terpilih lebih daripada 20 penulis blog tempatan. Dilonjakkan oleh kejayaan luar jangkaan blook JIWA KACAU, MASUK BARISAN sekali lagi menyusuri kehidupan yang tentunya tidak selalu manis, wangi dan berangin bak daun pudina.

Seperti juga JIWA KACAU, MASUK BARISAN mengekalkan kepelbagaian rasa masin masam manis pahit payau untuk digigit, dikunyah, diratah, ditelan dan dihadam bagi memenuhi selera segenap lapisan masyarakat.

Saturday, March 28, 2015

LELAKI SIMPANAN (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Lelaki Upahan

penulis: Sinaganaga, Mohzan OP Zaharin, Tok Rimau, Mat Jan, Pipiyapong, Pelangi bin Awan, Jigo, Azzam Supardi, Zaki 'Kangaq' Zainol, Bahruddin Bekri, Jasdy Syarman, Zan Zaini Sharudin

penerbit: Sindiket Sol-Jah

harga: RM20

muka surat: 143 halaman

penerangan:

Ditulis oleh 12 komrad Sindiket Sol-jah dan kawan-kawan yang kita suka. 

Kisah suka duka sebuah dream team yang lebih kurang sama taranya dengan pasukan Harimau Malaya yang negara kita ada sekarang.

Jika anda pernah memiliki novel Siapa Kekah Bidan Sepiah, novel ini masih dalam universe yang sama.

blurb:

"Tak lelakilah kalau tak main bola, tak tengok bola kat tivi kedai mamak, bro!"

Kata Berahim Prewel Mati sambil menggaru-garu celah kelangkang sport short warna merah yang dia sedang pakai. 'Balls' dia kena gigit tungau dan semakin digaru semakin menggila gatalnya.

Ini adalah selingkar kisah lelaki-lelaki Kampung Fatimah Kacip yang bermain bolasepak persahabatan dengan pasukan kampung sebelah untuk merebut piala District Officer (DO) yang penuh dengan skandal rasuah, lemah urus tadbir, doping, lemah urus tadbir dan sex 'runcit-runcit'.


Cerita ini mungkin tidak akan memenangi hati juri Hadiah Sastera Perdana Malaysia pun - tetapi, inilah kisah mereka. Kisah suka duka sebuah dream team yang, mmm, lebih kurang sama taranya dengan pasukan Harimau Malaya yang negara kita ada sekarang.

"Bukan Salah padang ni, bro! Salah tungau ni! Tungau!"

Kata Berahim Prewel Mati, mengulas kekalahan demi kekalahan pasukan Harimau Malaya, errr, maksud saya, pasukan Kampung Fatimah Kacip FC apabila ditanya oleh orang suratkhabar.

Saturday, July 5, 2014

PILO TOQ (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Pilo Toq

penulis: Op Zaharin, Azzam Supardi dan Bahruddin Bekri

penerbit: Sindiket Sol-Jah

harga: RM15

muka surat: 96 halaman

penerangan:

Dalam buku PILO TOQ, Azzam Supardi, Bahruddin Bekri, dan Op Zaharin menulis cerita suami-isteri yang sweet-sweet dan mencuit hati.

bonus:

Wednesday, June 19, 2013

STINGARDEN (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Stingarden (blook/himpunan entry blog)

penulis: Sinaganaga

penerbit: PTS Fortuna

harga: RM10

muka surat: 154 halaman

blurb:

BUKU INI ADA CERITA TENTANG RASHID BULAN

Apa persamaan antara kawasan perumahan Setinggan dan Dinosaur?

Tanya kepada Mat Trompet, Lebai Sayuti, Hassan Kedai Runcit, Wak Merah-merah Taman Kok Doh, Haji Dua Kupang, Aziz Pesah, Aziz Ayam, Mail Ketapang, Mat Nangka, Mat Kambing, Harun Serkam, Mat Sanggul, Mat Rojer, Nenek Munah Leper, Mamang Sulan, Sarjan Kassim, Karim Driving School, Usop Ludin Tanah Lot, Cikgu Osman, dan beberapa lagi orang kampung.

Tanya pada Kiah Mata Smokey.

Sudah tentu mereka sendiri tidak tahu jawapannya.

50 tahun lagi kawasan perumahan setinggan akan berdiri sama megah dengan Dinasaur.

Bukan kerana kawasan perumahan ini bersifat kebinatangan, tapi kerana pupusnya ia sama seperti yang dialami oleh haiwan malang tersebut.

Tapi Dinasaur meninggalkan fossil yang menjadi rebutan.

Setinggan juga meninggalkan sesuatu yang lebih mahal.

1001 kisah kehidupan yang tidak akan ada di tempat lain.


Stingarden adalah himpunan entri-entri nukilan Sinaganaga yang pernah disiarkan menerusi blog beliau www.sinaganaga.blogspot.com. Blogger yang memenangi pelbagai anugerah ini mencatatkan riwayat kehidupan manusia dalam sisi yang orang lain tidak terfikir nak pandang pun. Kerana apa salahnya berlucu dalam duka, dan berlucu dalam lucu. ehhhh.