Showing posts with label kaukab. Show all posts
Showing posts with label kaukab. Show all posts

Monday, November 2, 2015

BAHASA TUHAN SUDAH MATI


tajuk: Bahasa Tuhan Sudah Mati

penulis: Za'im Yusoff, Fadli Al-Akiti dan Muhd Iqbal

penerbit: Penerbit Kaukab dan Institut terjemahan dan Buku Malaysia

harga: RM25

muka surat: 123 halaman

blurb:


Sebuah kumpulan puisi yang seimbang dari segi nada dan bentuknya secara keseluruhan, Seperti sebuah rumah, puisi-puisi dalam buku ini disusun dalam sebegini rupa dengan tujuan tertentu. Za'im Yusoff bertindak menjadi beranda dan pintu hadapan, Fadli Al-Akiti adalah ruang tamu yang penuh dengan koleksi filem dan potret yang banyak nostalgia dan renungan, manakala Muhd Iqbal adalah bilik bacaan yang menyimpan banyak suara-suara diam yang barangkali jarang tumpah ke telinga pengunjung rumah ini.
Karl Agan

Asalkan situasi-situasi yang bermacam-macam secara bertubi-tubi menganggu fikiran aku. Ada yang lembut mengajakku tenang. Ada yang tajam membuat aku bengang. Ada yang manis memujuk aku sayang.
Fynn Jamal

BARANG BAIK, TUAN!


BLOOK

tajuk: barang Baik, Tuan!

penulis: Muhd Iqbal

penerbit: Penerbit kaukab

penerbit bersama: Buku OK dan Tarekat Karang Mengarang

harga: RM20

muka surat: 227 halaman

blurb:

"Hero ini gagah menulis!"
- Tok Rimau

"Walaupun kisah-kisah yang diceritakan di dalam blog ini berkisar mengenai dirinya, sajak dan perkara yang berlaku di sekeliling masyarakat, pada pengamatan aku, tulisan di blog Kingbinjai tidak meniru-niru blog orang lain. kadang-kadang ia tersulam rasa marah, kadang-kadang sinis, paling kerap rasa lucu."
- OP Zaharin

"Kingbinjai bukanlah nama baru dalam penulisan, menulis, berehat, menulis dan berehat. Dan kini dia kembali. Dan setiap kali dia muncul semula, karyanya bertambah baik dan matang. Percayalah, walaupun pankal namanya 'king', karyanya tetap merakyat."
- Ghazali Ramli

SUARA ORANG TERBUANG


tajuk: Suara Orang Terbuang

penulis: Yajuk

penerbit: Penerbit Kaukab

harga: RM20

muka surat: 86 halaman

blurb:

"Wajah-wajah ganda penakluk, sifat manipulatif mereka, liuk-lentuk licik tipu dayanya, semua ini dikutuk secara terang-terangan dalam Suara Orang terbuang, tanpa segan silu. Penyair punya sikap yang jelas terhadap "golongan penindas" dengan meletakkan mereka sebagai sasaran kritikan-kritikan tajam lewat kumpulan puisi ini. Jelasnya sikap penyair dalam kumpulan puisi ini dapat kita fahami jika kita mengenali sosok seorang Pak Yajuk, sama ada dari dekat atau jauh. Idealisme, kecenderungan, pemikiran dan rasa penyair ditumpahkan sepenuhnya tanpa sebarang penapis atau basa-basi. Bagi Mereka yang tidak mengenali penyair, ideologi politik penyair ini sebenarnya dapat ditelah setelah anda membaca buku ini."
Haizir Othman

SANG LIR SARI


tajuk: Sang Lir Sari

penulis: Muhd Iqbal

penerbit: Penerbit Kaukab

harga: RM20

muka surat: 84 halaman

blurb:

"Biarlah orang yang kemaruk dengan melankolik bulan, bunga, hujan, embun, senja itu saja mengeluh kekeringan ilham ketika segala kebusukan dunia menghentak ubun-ubunnya dari semasa ke semasa.

Buku ini bukanlah yang terbaik. tapi ia adalah antara yang baik. Aku sengaja tak mahu memuji penulis ini berlebih-lebihan. Biarlah. Sekurang-kurangnya dia dirahmati dan dipelihara daripada sikap riya'. Tapi aku suka membaca lontaran kata-katanya yang kadang-kadang bersahaja, dan kadang-kadang menyakitkan hati juga."

Al-Abror yusuf

Wednesday, March 4, 2015

I LAP U


tajuk: I Lap U: 115 Puisi Cinta

penulis: Aqil Zahra aka @ZaimYusoff

penerbit: Penerbit Kaukab

harga: RM20

muka surat: 125 halaman

penerangan:


I LAP U - 115 PUISI CINTA kumpulan puisi sulung aQIl zahra a.k.a Za'im Yusoff yang menghimpunkan 115 buah puisi bertemakan cinta melalui tiga bahagian - Temu & Rindu, Perit & Pergi dan Lepas & Harap.


Berikut merupakan testimonial yang diberikan oleh para pembaca I LAP U :

“Sengaja bertemankan secawan kopi pekat dan alunan muzik instrumental, saya menyusuri bait-bait puisi Za’im, di tengah malam gerimis.

Dari corak puisi klasik hingga mencongak ke avant-garde, jelas terlihat penulis sangat berahi bermain dengan kata, rakus mencumbui makna dan mengerang sedap pada bunyi tanpa melupakan kepelbagaian aksi.

Suka saya pada beberapa puisi kontot seperti “Karma” dan “Dendam”. Pendek namun tetap menusuk ke dalam. Bila melihat “Tatkala Tuan Tercipta” dan beberapa puisi lain, sedikit terhidu 3V (Verbal Vokal Visual) dari seniman A Ghafar Ibrahim. Rojak kata dalam sebahagian kumpulan puisi ini mungkin tidak disenangi para sarjana sastera yang penuh tradisi tanpa toleransi.

Penguasaan rima kata dalam puisi-puisi Za’im agak bersifat diktator, seakan seperti satu kemestian. Semampu-mampunya mahu semua sempurna dan ini ialah suatu yang baik dan terjaga.

Ceritanya cerita muda. Saya boleh masuk dan ternyata saya tidaklah terlalu tua untuk menikmati puisi-puisi ini.

Moga para pembaca dapat manfaatnya walau dalam sebaris ayat.
Teruskan!”

HAIRUL ANUAR HARUN, 39 tahun
Penulis Lirik Tanah Air*
*Lagu-lagu seperti Awallah Dondang (Noraniza Idris), Cindai (Datuk Siti Nurhaliza), Kandil Kemilau (Jamal Abdillah), Hati Kama (duet Datuk Siti Nurhaliza dan Noraniza Idris), Yayadan (Datuk Sharifah Aini) dan banyak lagi.

Monday, November 17, 2014

TRISULA KATA DARI DAERAH M (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Trisula Kata Dari Daerah M

penulis: Arafat Hambali, M Farez, Najmuddin Yusoff

penerbit: Penerbit Kaukab

harga: RM20

muka surat: 110 halaman

penerangan:

prakata oleh faisal tehrani.

'99 buah puisi yang dikemukakan oleh tiga orang penyair ini menjamin suara sastera dan seni tanahair tidak tandus. Mereka tidak peduli jika tidak dikenal sebagai ‘arus perdana’, peduli apa jika tidak dipandang bukan kerana tiada ambisi; kerana tugas mereka sememangnya bukan meletakkan diri di situ.' - Faisal Tehrani

NUZENTARA


tajuk: Nuzentara

penulis: M Farez

penerbit: Penerbit Kaukab

harga: RM20

muka surat: 92 halaman

penerangan:

45 Lorekan Sajak M Farez

Prakata oleh Dr Faizal Musa (Faisal Tehrani)


"Farez, waima menongkah arus teruskan kayuhan menuju hulu bijaksana kerana di nuZENtara sudah kelihatan baharinya pekerti dan isi hati." 
-Pharo Abdul Hakim

"Puisi itu sesuatu yang mengalir. Fikiran pembaca akan mengalir bersama ungkapan Mohamad Farez melalui sejumlah puisi yang bernafaskan Islam sebagai ad-din."
-Darma Mohammad


'Nada melankolik beliau (M Farez) tidak keterlaluan bahkan menimbulkan kesan matang dan efek yang berbekas dalam hati pembaca, paling kurang, saya merasakannya.' - Faisal Tehrani

Sunday, November 16, 2014

ADA DI DADA


tajuk: Ada di Dada

penulis: M Farez

penerbit: Penerbit Kaukab

harga: RM20

muka surat: 94 halaman

penerangan:

Himpunan anekdot & cerpen Mohamad Farez Abdul Karim (Anak Bumi)

Ada Di Dada merupakan sebuah himpunan anekdot & cerpen Mohamad Farez bin Abdul Karim (Anak Bumi). Ia mengandungi cerita pendek berkaitan persoalan politik, falsafah, agama, sosial dan digarap dalam bentuk fiksyen. Ada juga humor dan unsur satira di dalamnya. Tiga karya anekdot bersiri yang diolah mudah dalam bentuk tersendiri. Empat cerpen lain yakni Cermin, Perbualan Hati-hati Yang Sedang Rindu, Cerita Paling Sedih dan Surat Untuk Kiri pula ditulis dalam jalur tidak konvensional, menyentuh persoalan falsafah dan kejiwaan. ia merupakan naskhah falsafah yang ringan untuk dicerna.

CATATAN SS (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Catatan SS

penulis: Sani Sudin (Kopratasa)

catan/lukisan: Fathullah Luqman Yusuff

penerbit: Penerbit Kaukab

harga: RM25

muka surat: 89 halaman

penerangan:

Himpunan 44 catatan Sani Sudin (Kopratasa) dan 44 catan abstrak ekspresionis Fathullah Luqman Yusuff (Infectious Maggots).

Apakah persamaan antara Sani Sudin dan Fathullah Luqman Yusuff? Walaupun mereka berdua tidak mempunyai pendidikan 'formal' dalam bidang kesenian masing-masing (pada masa awal mereka digelar sebagai outsider), mereka tetap berjuang dan yakin dengan bakat sendiri dan tidak pernah lelah berhenti. Mereka sentiasa berkarya dan tetap berkarya. Mereka bukan selebriti yang popular mengikut musim, tetapi artis yang sebenar-benar artis. Hidup mereka untuk meluahkan karya seni. Umpamakan kerja seni mereka sebagai 'pokok yang semakin rendang, akar bahkan lebih kuat lagi'.

BAHLOOL (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Bahlool: Kumpulan Cerita-cerita Rakyat Timur Tengah Dahulukala

olahan semula: Rouhi

penerbit: Penerbit Kaukab

harga: RM12

muka surat: 84 halaman

blurb:

"sesungguhnya raja ini patut memperoleh
penghormatan dari segala penguasa kerajaan.

ini seorang raja yang daif namun hambanya adalah
raja yang agung dan perkasa, bak raja jamsyid dan
khaqan.

hari ini dia telah mentalak dunia, bahkan esok dia
tidak peduli akan syurga.

usahlah memandang hina para pengemis ini yang
tidak bersepatu!

mereka lebih bernilai di sisi kebijaksanaan daripada
mata yang menangis kerana takut pada allah.

seandainya adam menjual syurga dengan dua butir
gandum, maka ketahuilah orang-orang ini tidak akan
membelinya meskipun dengan satu butir gandum."