Tuesday, December 17, 2013

VALUES OF DEMOCRACY AND YOUTH


tajuk: Values of Democracy and Youth

suntingan: Nurul Mu'az Omar

terbitan: IKD

harga: RM3

muka surat: 45 halaman

penerangan:

this book is compilation of proceedings from the "youth and democracy workshop" organised by political education unit, ikd and malaysia youth and student democratic movement (dema) with the co-operation of konrad adenauer stiftung (kas) on may 26th, 2001 at hotel impiana, kuala lumpur.

BERDIALOG DENGAN GEREJA (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Berdialog Dengan Gereja: Sebuah Travelog Kedamaian

penulis: Mujahid Yusof Rawa

penerbit: Ilham Centre

harga: RM25

muka surat: 153 halaman

sedutan halaman buku Berdialog Dengan Gereja

BAB 13: KEJUTAN 2013


Kalau 2010 adalah kejutan pertama tentang isu penggunaan kalimah ‘Allah’ hasil dari keputusan Mahkamah Tinggi yang dicabar oleh Kementerian Dalam Negeri. Keputusannya ialah Majalah Herald Katholik boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitannya untuk edaran bagi pembaca Kristian tetapi dilarang menyebarnya kepada orang Islam. Semangat keputusan yang dbuat ialah bersandarkan kepada Artikel 3 dan artikel 11 masing-masing mendefinisikan kedudukan agama Islam dan hubungannya dengan agama lain di negara ini. 

Walaupun telah dibawa kepada Mahkamah Rayuan tahun 2013 baru-baru ini, kes rayuan oleh KDN ditangguhkan lagi dan pendengaran baru-baru ini hanyalah berbentuk pengurusan sahaja. Isu penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh penganut Kristian Katholik sekali lagi muncul awal tahun ini 
(2013). 

Kali ini ialah apabila YAB Ketua Menteri Pulau Pinang membuat ucapan Krismasnya dengan melontarkan sekali lagi kepada Kerajaan Persekutuan supaya penganut Kristian diizinkan menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam terjemahan kitab Injil ke dalam Bahasa Malaysia. Ucapan itu keesokannya menjadi isu nasional dan berlakulah gegaran seterusnya, hadiah istimewa tahun baru 2013.

KASYAF (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Kasyaf

penulis: Khairi Mohd

penerbit: Fixi

harga: RM24.90

muka surat: 424 halaman

blurb:

Demi dendam, Lakhus jadi anjing belaan syaitan. Sebuah kuasa sihir yang tenggelam dalam mitos hampir 200 tahun perlu dia cari dan kembalikan ke Naruka. Kuncinya, seorang gadis berdarah diraja mesti dibunuh saat malam gerhana.
Hasnitah tidak tahu kecantikan parasnya menyimpan kecelakaan yang cukup hitam sehingga dia secara tiba-tiba mengalami rantaian kejadian aneh bermula dengan kematian kakaknya. Kakaknya hidup semula, berkelakuan absurd dan penderitaan Hasnitah selepas itu bermula.
Prof. Zack masih dibayangi kes homisid misteri di Pulau Pinang apabila dia mendapat KASYAF ghaib untuk menyelamatkan seorang gadis. Dia keluar untuk menghalang Lakhus tanpa menyedari komplot dari belakang hijab itu sebenarnya turut mengancam makmal atom miliknya di Agensi Nuklear Malaysia.
Siapakah Lakhus dan mengapa Hasnitah? Zack bakal membuka rahsia paling tragik dalam hidupnya.

SERONOK (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Seronok

penulis: Saat Omar

penerbit: Fixi

harga: RM19.90

muka surat: 318

blurb:


Bila mengesyaki yang suaminya Bakar, seorang pelakon TV terkenal, mempunyai hubungan sulit dengan perempuan lain, Rozilla mengupah Amirul, seorang penyiasat persendirian, untuk mencari bukti. Apa yang Rozilla tidak tahu ialah Bakar dan Amirul pernah menjadi kenalan rapat sewaktu menuntut di universiti dahulu.


Sementara itu Pak Halim, seorang jiran, meminta bantuan Amirul untuk menyiasat kecenderungan seksualiti anaknya Sazali.



Bakar menjadi mangsa peras ugut apabila dia bertanding untuk jawatan presiden persatuan pelakon. Rozilla terpaksa buat penyamaran gila untuk membantu penyiasatan. Amirul dikejutkan dengan kemunculan orang minyak. Dan sebuah balang kaca berisi objek misteri bakal membuka rahsia besar antara mereka.



Bila kita dapat menemui sahabat dan kekasih yang sejati, dunia akan menjadi SERONOK.

SAMAR (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Samar

penulis: Dayang Noor

penerbit: Fixi

harga: RM19.90

muka surat: 310

blurb:


Athirah janda muda yang bakal dijodohkan dengan Syed Ammar, orang kuat ayahnya. Datuk Sahar merancang untuk menjadikan Syed Ammar sebagai pengganti untuk menerajui syarikatnya kerana tidak percayakan anak-anak lelakinya sendiri.


Datin Saedah berkecil hati dengan Datuk Sahar yang telah lama meminggirkannya.



Athirah cuba untuk menerima Syed Ammar tetapi hatinya lebih cenderung kepada Juan, eksekutif muda yang baru bekerja sebagai pembantu khas Syed Ammar.



Kamarul Hisyam dan Amin, anak-anak Datuk Sahar menggunakan pelbagai taktik kotor untuk membuktikan kredibiliti.



Watak-watak lain termasuk seorang pelacur pertengahan umur dan seorang pembunuh upahan yang licik. Ketika situasi mula meragut nyawa, beberapa rahsia SAMAR keluarga Datuk Sahar terdedah… 

INFANTISID (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Infantisid

penulis: Rozlan Mohd Noor

penerbit: Fixi

Harga: RM19.90

muka surat: 318 halaman

blurb:


Apabila seorang bayi mangsa INFANTISID dibuang ke dalam tong sampah dan dimamah anjing jalanan di Ampang, kes ini menular kepada pelbagai komplikasi.


Forensik perubatan mengesahkan keanehan DNA bayi itu, dan ini menarik minat media, ahli politik, NGO, pendakwah dan pengguna media sosial. Kes bertambah rumit apabila mereka yang terlibat secara langsung mengambil kesempatan untuk mengejar glamour atau pangkat!



Seorang pembantu rumah yang juga suspek di dalam kes Bayi Tong Sampah dijumpai terbunuh. Seorang lagi suspek melarikan diri ke luar negara, dan kerjasama Interpol diperlukan untuk menjejaknya.


Kes kontroversi ini mengundang penglibatan Inspektor Mislan Latif dari Unit Siasatan Khas (D9) untuk dileraikan. 

KATARSIS (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Katarsis

penulis: Anastasia Aemilia

penerbit: Fixi

harga: RM18.90

muka surat: 261 halaman

blurb:


Tara, gadis berusia 18 tahun, satu-satunya saksi dalam jenayah tragis di rumah pakciknya di Bandung, Indonesia. Ketika ditemui, dia dikurung di dalam kotak perkakas kayu dalam keadaan trauma. Dan semasa penyelidikan polis, satu demi satu petunjuk mula menampakkan keganjilan.


Dr. Alfons ialah psikiatris yang berusaha membantu Tara. Ia tidak mudah. Ada sesuatu dalam masa lalu Tara yang disembunyikan gadis itu dengan sangat rapat. Namun sebelum hal itu terdedah, muncul Ello — jejaka yang pernah menjadi kawan Tara semasa mereka kecil.



Serentak dengan kemunculan Ello, polis berhadapan dengan kes pembunuhan bersiri yang melibatkan kotak perkakas kayu seperti yang dipakai untuk mengurung Tara. Adakah Tara hanya mangsa atau dia menyembunyikan jejak masa lalu yang gelap? 

Monday, December 16, 2013

SURAT UNTUK ANAK (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Surat Untuk Anak

penulis: Mohd Affandi Ramli

terbitan: Anak Kunci Production

harga: RM30

muka surat: 158 halaman

penerangan:

Catatan biografi seorang bapa kepada dua anak yang mengalami Cerebral Palsy.

"Anak-anakku! Aku tahu Kau bisa membaca coretan ini sebagaimana aku bisa melihat kau menari, berenang dan bercakap di alam mimpi."


Wednesday, October 16, 2013

MUSLIM ZALIM VS NON MUSLIM ADIL (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Muslim Zalim VS Non Muslim Adil

penulis: Wan Ji Wan Hussin

penerbit: Anak Kunci Production

harga: RM10


muka surat: 58 halaman


blurb:

ustaz wan ji bin wan hussin dilahirkan pada 12 januari 1982 di pasir mas, kelantan. mendapat pendidikan institut pendidikan al-balaghul mubin, pasir mas, kelantan dan pondok lubuk tapah, pasir mas, kelantan. seterusnya beliau melanjutkan pelajaran di jamiah farooqiah, karachi, pakistan. kemudian meneruskan pengajian di jamiah al-azhar, mesir sebelum ke universiti malaysia kelantan.

ustaz wan ji bin wan hussin kini aktif menulis selain menyampaikan kuliah, ceramah juga sebagai panelis di forum-forum. pandangan berani beliau sering juga menjadi perdebatan dikalangan ilmuan agama. selain itu ustaz wan ji bin wan hussin mempunyai pengalaman sebagai editor syariah, kemilau publika dan juga merupakan pengasas sekolah pemikiran al-syatibi.

ustaz wan ji bin wan hussin boleh dihubungi di blognya al bakistani di http://g-82.blogspot.com/


sinopsis:



Politik adalah perkara yang sebati dengan kehidupan manusia, Masakan berada di luar rumah, dalam rumah pun manusia itu sudah berpolitik. Sebelum manusia diciptakan Tuhan, sudah ada politik. Membuka medan kritikan yang dibuka oleh Allah s.w.t kepada malaikat merupakan politik yang perlu dipelajari oleh semua makhluk.

Di awal dakwah Nabi Muhammad s.a.w., politik yang dibina oleh Baginda adalah mengelak manusia daripada perhambaa sesama manusia tetapi beralih kepada perhambaan kepada Allah s.w.t. Politik di awal Islam juga adalah berusaha menjadikan manusia itu saling hirmati merentasi warna kulit.

POSTO! #2


tajuk: Posto! #2 (majalah)

penerbit: Anak Kunci Production

harga: RM12

muka surat: 64 halaman

penulis, kolumnis, penulis tamu:

Ronasina, Faizal Riduan, Wak Jono, Benz Ali, Sirr Charlie, Aji Rondo, Lim Hong Siang, Wan Ji Wan Hussin, Wak Dogol, Rosli Ibrahim, Adam Adli, Puspawati Rosman, Hasni Abas, Hishamuddin Rais, Sandy Indra Pramata, Mohd Faizal, Rahim Sabri, Pyanhabib.