Saturday, March 28, 2015

LELAKI SIMPANAN (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Lelaki Upahan

penulis: Sinaganaga, Mohzan OP Zaharin, Tok Rimau, Mat Jan, Pipiyapong, Pelangi bin Awan, Jigo, Azzam Supardi, Zaki 'Kangaq' Zainol, Bahruddin Bekri, Jasdy Syarman, Zan Zaini Sharudin

penerbit: Sindiket Sol-Jah

harga: RM20

muka surat: 143 halaman

penerangan:

Ditulis oleh 12 komrad Sindiket Sol-jah dan kawan-kawan yang kita suka. 

Kisah suka duka sebuah dream team yang lebih kurang sama taranya dengan pasukan Harimau Malaya yang negara kita ada sekarang.

Jika anda pernah memiliki novel Siapa Kekah Bidan Sepiah, novel ini masih dalam universe yang sama.

blurb:

"Tak lelakilah kalau tak main bola, tak tengok bola kat tivi kedai mamak, bro!"

Kata Berahim Prewel Mati sambil menggaru-garu celah kelangkang sport short warna merah yang dia sedang pakai. 'Balls' dia kena gigit tungau dan semakin digaru semakin menggila gatalnya.

Ini adalah selingkar kisah lelaki-lelaki Kampung Fatimah Kacip yang bermain bolasepak persahabatan dengan pasukan kampung sebelah untuk merebut piala District Officer (DO) yang penuh dengan skandal rasuah, lemah urus tadbir, doping, lemah urus tadbir dan sex 'runcit-runcit'.


Cerita ini mungkin tidak akan memenangi hati juri Hadiah Sastera Perdana Malaysia pun - tetapi, inilah kisah mereka. Kisah suka duka sebuah dream team yang, mmm, lebih kurang sama taranya dengan pasukan Harimau Malaya yang negara kita ada sekarang.

"Bukan Salah padang ni, bro! Salah tungau ni! Tungau!"

Kata Berahim Prewel Mati, mengulas kekalahan demi kekalahan pasukan Harimau Malaya, errr, maksud saya, pasukan Kampung Fatimah Kacip FC apabila ditanya oleh orang suratkhabar.

PUNYALAH PENAT ABAM HARI INI (ZINE) (TIADA DALAM STOK)


ZINE

tajuk: Punyalah Penat Abam Hari Ini

penulis: OP Zaharin

penerbit: Sindiket Sol-Jah

harga: RM5

muka surat: 18 halaman

blurb:

abam adalah seorang lelaki biasa-biasa yang penat memandu dalam kesesakan lalulintas pada bulan ramadan di kuala lumpur (kl).

pada pandangan abam, sebagai negara islam, kerajaan perlu main peranan untuk mengurangkan kesesakan lalulintas ketika bulan orang berpuasa ini.

cuba pejam mata dan bayangkan:
bayangkan, berapa punya sesak kl apabila agensi kerajaan dan syarikat swasta balik serentak pada pukul 4:30 atau 5 petang dalam bulan puasa?

bayangkan, jika pada suatu hari, 1.7 juta warga kl bergerak keluar dari ibukota tercinta in? dan, pada masa yang sama, tiada siapa yang bergerak masuk ke ibu kota? betapa sakitnya hati kita apabila melihat lane yang bertentangan kosong-nil-zero-sifar, tak ada satu kenderaan pun yang melaluinya, bayangkan! ditambah pula dengan - polis, jpj, dbkl, dan spad tak kasi kita lalu di jalan yang kosong-nil-zero-sifar tu dan kata, "ke tepi la, bodo!" di corong pembesar suara pada kereta peronda mereka. (part ni sinaganaga pernah kena!)

bayangkan, kalau kita ada separuh hari di waktu siang dan sepanjang malam untuk beribadat dengan selesa bersama-sama keluarga? (frasa ni sahajalah abam tambah - untuk kasi feel islamika sikit!)

BAYANGKAN, KALAU KERAJAAN BOLEH BAYANGKAN INI SEMUA? BAYANGKAN!

Wednesday, March 4, 2015

I LAP U


tajuk: I Lap U: 115 Puisi Cinta

penulis: Aqil Zahra aka @ZaimYusoff

penerbit: Penerbit Kaukab

harga: RM20

muka surat: 125 halaman

penerangan:


I LAP U - 115 PUISI CINTA kumpulan puisi sulung aQIl zahra a.k.a Za'im Yusoff yang menghimpunkan 115 buah puisi bertemakan cinta melalui tiga bahagian - Temu & Rindu, Perit & Pergi dan Lepas & Harap.


Berikut merupakan testimonial yang diberikan oleh para pembaca I LAP U :

“Sengaja bertemankan secawan kopi pekat dan alunan muzik instrumental, saya menyusuri bait-bait puisi Za’im, di tengah malam gerimis.

Dari corak puisi klasik hingga mencongak ke avant-garde, jelas terlihat penulis sangat berahi bermain dengan kata, rakus mencumbui makna dan mengerang sedap pada bunyi tanpa melupakan kepelbagaian aksi.

Suka saya pada beberapa puisi kontot seperti “Karma” dan “Dendam”. Pendek namun tetap menusuk ke dalam. Bila melihat “Tatkala Tuan Tercipta” dan beberapa puisi lain, sedikit terhidu 3V (Verbal Vokal Visual) dari seniman A Ghafar Ibrahim. Rojak kata dalam sebahagian kumpulan puisi ini mungkin tidak disenangi para sarjana sastera yang penuh tradisi tanpa toleransi.

Penguasaan rima kata dalam puisi-puisi Za’im agak bersifat diktator, seakan seperti satu kemestian. Semampu-mampunya mahu semua sempurna dan ini ialah suatu yang baik dan terjaga.

Ceritanya cerita muda. Saya boleh masuk dan ternyata saya tidaklah terlalu tua untuk menikmati puisi-puisi ini.

Moga para pembaca dapat manfaatnya walau dalam sebaris ayat.
Teruskan!”

HAIRUL ANUAR HARUN, 39 tahun
Penulis Lirik Tanah Air*
*Lagu-lagu seperti Awallah Dondang (Noraniza Idris), Cindai (Datuk Siti Nurhaliza), Kandil Kemilau (Jamal Abdillah), Hati Kama (duet Datuk Siti Nurhaliza dan Noraniza Idris), Yayadan (Datuk Sharifah Aini) dan banyak lagi.

BUKAN DORMAN


tajuk: Bukan Dorman

penulis: Hafiz Latiff, Sayidah Mu'izzah, Sanisha Bogaraja, Wafa Awla Alias, Shamsul Amin, dll

penerbit: Legasi Oakheart

harga: RM25

muka surat: 152 halaman

blurb:


14 buah cerpen
14 penulis muda

yang dorman
di mata orang
di fikir orang
tetapi sebenarnya bukan dorman



*dah tu apa?

KOMBINASI IMAGINASI (ZINE) (TIADA DALAM STOK)


ZINE

tajuk: Kombinasi Imaginasi (dengan tandatangan Muzammil Rahim)

pelukis: Sanisha Bogaraja & Muzammil Rahim

penerbit: Legasi Oakheart

harga: RM5

muka surat: 17 halaman

penerangan:

Penuh dengan lukisan (doodle) dan kata-kata orang berani hidup.

BUKAN AMIGO BIASA (ZINE)


ZINE

tajuk: Bukan Amigo Biasa (dengan tanda tangan kedua-dua penulis)

penulis: Hafiz Latiff & Sayidah Mu'izzah

penerbit: Legasi Oakheart

harga: RM5

muka surat: 21 halaman

penerangan:

himpunan puisi daripada pasangan suami isteri.

MARSUM AWAN (ZINE)



ZINE

tajuk: Marsum Awan

penulis: Wafa Awla Alias dan Shamsul Amin

penerbit: Legasi Oakheart

harga: RM5

muka surat: 20 halaman

penerangan:

himpunan puisi-puisi awal dua orang penulis.

Tuesday, March 3, 2015

LEGASI #4: GRAVITI (ZINE)


ZINE

tajuk: Legasi #4: Graviti (majalah/zine)

penerbit: Legasi Oakheart

harga: RM5

muka surat: 52 halaman

penerangan:

majalah berkala daripada penerbitan Legasi Oakheart, mengumpulkan esei dan karya kreatif daripada pengarang-pengarang baru seluruh malaysia. pada yang berminat menghantar karya (puisi, cerpen, resensi buku, warkah dan juga aktiviti seni dan sastera yang anda hadiri), boleh emelkan ke majalahlegasi@gmail.com

"MEMBURU PRODIGI MUDA MUDI"

Sunday, January 4, 2015

FLYERS (04/01/2015)





klik pada gambar untuk gambar lebih jelas...

Friday, December 19, 2014

TURUNNYA SEBUAH BENDERA (TIADA DALAM STOK)


KULIT KERAS

tajuk: Turunnya Sebuah Bendera (kulit Keras)

penulis: Usman Awang (Sasterawan Negara)

penerbit: UA Enterprises

harga: RM20

muka surat: 148 halaman

blurb:

angin tanahair yang baik budi memberikan nafas kepada segala mereka yang berada di buminya selama ini meniup-niup bendera itu. maka getaran bendera itu semakin meluapkan semangat pemuda-pemuda yang ada di situ. teriakan berulang lagi: "turunkan bendera penjajah! turunkan bendera penjajah! turunkan! turunkan!! turunkan!!!"

penerangan:

18 buah cerpen menarik yang memberi gambaran tentang situasi kehidupan rakyat sebelum, sewaktu dan sesudah Merdeka. ‘Turunnya Sebuah Bendera’ diangkat sebagai tajuk antologi cerpen ini kerana ia merupakan puncak semangat Merdeka yang mewakili cerpen-cerpen yang lain yang dimuatkan dalam buku ini.

Penghormatan buku ini adalah kepada tema sambutan 50 tahun kemerdekaan negara kita. Visi buku ini adalah untuk memberi gambaran jelas kepada anak-anak generasi selepas Merdeka untuk mengenal kepahitan hidup ibu, ayah, nenek, moyang mereka pada zaman sebelum Merdeka.

Ceritera dari kompilasi cerpen-cerpen ini, separuhnya belum pernah dibukukan lagi. Perasaan apresiasi atas pengorbanan yang selalu diambil mudah dan tidak dipedulikan oleh anak-anak generasi kini dapat dihayati, disedari dan dihormati. Minda mereka akan lebih terbuka dan negara mendapat generasi baru yang lebih berwibawa.

kandungan:


Suara Kemanusiaan Zaman Muda

Suara Rasa...
1) Kalau Ajallah Sampai...!!
2) Setelah Tahun 1948 (secebis dari pengalaman hidup)

3) Kenangan Jauh 

4) Mulanya Dia menjadi Mata-mata 
5) Sebuah Coretan
6) Menyambut lawatan Ketua Tertinggi Barisan Pemuda 
7) Kami Yang Terlibat 
8) Untuk Malaya Merdeka 
9) Tugas (Tajuk asal: Ini Saya Punya Kerja) 
10) Cinta Di Negara Hang Tuah 
11) Dari Johor Bahru ke Kota Tinggi 
12) Setelah 1948 
13) Kenalan Baru 
14) Surat Dari Seorang Mata-Mata
15) Koperal Tua 
16) Menentang 
17) Undang-undang Darurat 
18) Turunnya Sebuah Bendera
Glosari