Wednesday, April 29, 2015

TORA DATANG LAGI (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Tora Datang Lagi

penulis: Amirul Bozu

penerbit: Dubook Press

harga: RM25

muka Surat: 300 halaman

blurb:


"Buku Tora Datang Lagi ini berupaya mengenang memori retro dengan jelas dan terperinci. Menghabiskan buku ini sama seperti menyusun balik memori hidup mengikut timeline zaman kanak-kanak. Kita jumpa semula yang hilang, kita imbau balik yang sudah terlupa, kita bina balik blok-blok gambaran hidup zaman kanak-kanak dan segala keriangannya. Selepas ini kita tidak perlu bimbang jika aktiviti atau scene kanak-kanak kita terlepas dari ingatan. Simpan buku ini dan apabila hendak mengingati, bacalah. Bacalah untuk diri sendiri, bacalah untuk anak-anak dan bacalah untuk cucu-cicit di suatu masa nanti."


-Fdaus Ahmad 

HIKAYAT CALAQISYA (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Hikayat Calaqisya

penulis: Hazwan Faiz

penerbit: Dubook Press

harga: RM25

muka surat: 216 halaman

penerangan:

CalaQisya – Butik hijabster paling hip di Malaysia.
Mempunyai lebih 249k followers tegar.
Beberapa butik cawangan di Malaysia.
Perkongsian hikayat jatuh bangun CalaQisya.

BAGAIMANA ANYSS NAIK KE LANGIT? (TIADA DALAM STOK)



tajuk: Bagaimana Anyss Naik ke Langit?

penulis: Faisal Tehrani


penerbit: Dubook Press


harga: RM18


muka surat: 112 halaman


blurb (cetakan ketiga):

"P*NT*T AKU KOYAK P*NT*T AKU SAKIT"

Memang kat-kata itu mengejutkannya. Tetapi perempuan Penan diperkosa, dan seluruh negara tuli tidak mendengar. Tiada suara pembelaan. Seisi dunia tidak mendengar.

blurb (cetakan pertama):

Saya tak fikir isi Laporan Penilaian oleh Lembaga Penilai Manuskrip DuBook yang menyatakan bahawa manuskrip terbaharu Faisal Tehrani ini bebas Syiah sepenuhnya itu penting kerna soalan Mustaqim menampar saya selama 3 minggu yang berbunyi;

“Mengapa orang kita rasa menolong Palestina lebih bersyurga kalau Penan di halaman sendiri diperlakukan sebagai mangsa?” 

Tetapi yang lebih penting, manuskrip ‘Bagaimana Anyss Naik Ke Langit’ ini membuktikan fungsi ‘sastera’ dalam berpihak kepada masyarakat tertindas untuk melawan tirani. ‘Sastera’ tidak pernah dan tidak mungkin, berpaut dan bergayut di dagu pak menteri. Ini jelas melalui watak Ratu Sago;

“Dia dirogol berkali-kali. Setelah lembik, dia dimasukkan ke dalam sebuah perahu dan dihanyutkan di Sungai Melinau. Ketika itu berlaku, ada seekor belengang bertenggek di atas pohon jati memerhati. Ratu Sago tahu, ada roh orang mati yang datang melihat. Dan sejak itu Ratu berazam, untuk melaknat semua penjahat pembalak dan penguasa sepenuh hati. Dia mengidam untuk menjadi pennakoh. Dia akan memburu mereka. 

Profesor Anyss masih ingat ayat akhir Ratu Sago dalam interbiu yang sulit dirakamnya itu; ‘Pantat aku koyak. Pantat aku sakit.’ Memang kata-kata itu mengejutkannya. Tetapi perempuan Penan diperkosa. Dan seluruh negara tuli tidak mendengar. Tiada suara pembelaan. Seisi dunia tidak mendengar.”

-ZUL FIKRI ZAMIR

Tuesday, April 28, 2015

SESEMBANG (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Sesembang

penulis: MM Vectoristic

penerbit: Dubook Press

harga: RM20

muka surat: 104 halaman

blurb:


Sesembang secara dasarnya komik yang dihasilkan dari kotak fikiran si pelukis secara sindiran, satira, dan sarkastik, yang melibatkan pelbagai isu seperti bola sepak, politik, hiburan, kemasyarakatan, kekeluargaan dn berbagai lagi.


Latar belakang pejabat digunakan sebab di situlah pelukis mengadap komputer menjana idea dan melukis saban hari bertemkakan pokok, dispenser air, dan alat pemadam api. 

YAK BOK TE! (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Yak Bok Te! (buku telah ditandatangani ole Amin Landak)

penulis: Amin Landak

penerbit: Dubook Press

harga: RM20

muka surat: 129 halaman

blurb:


"Yak Bok Te" adalah perkataan yang dipinjam dari bahasa Kelantan, yang tidak mempunyai maksud tetapi sering digunakan, terutama ketika melatah & terkejut,

Perkataan Yak Bok Te boleh disifatkan senasib dengan perkataan "Ek Eleh" yang tidak punya maksud tetapi bila digunakan pada tempat-tempat tertentu dan memberi maksud yang berbeza, samalah dengan Yak Bok Te!

ORANG NGOMONG ANJING GONG GONG (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Orang Ngomong Anjing Gong Gong

penulis: Mutalib Uthman

penerbit: Dubook Press

harga: RM20

muka surat: 123 halaman

blurb:

WOF!


"Satu bangsa tidak akan menjadi besar tanpa memiliki sifat KURANG AJAR,"
kata Usman Awang.


Ini adalah buku yang paling KURANG AJAR yang orang Melayu pernah hasilkan semenjak Tanah Melayu Merdeka.

"Tak suka? Fak u. I dont care."
kata Mutalib Uthman

KARYA AGONG (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Karya Agong

penulis: Nasron Yasin

penerbit: Dubook Press

harga: RM20

muka surat: 159 halaman

penerangan:

Nasron Yasin, atau lebih dikenali dengan nama Jorji, setahu aku adalah salah seorang veteran dalam scene counter culture Seremban dan dia pernah menubuhkan sebuah band Noise Rock, Ando-Natsu. Dari latar ini saja kita boleh tahu betapa kool-nya Jang ini.
Kali pertama aku baca tulisan Jorji adalah melalui zine yang diterbitkannya bertajuk ‘Pills’. Dalam zine itu, dia menulis tentang hidupnya, a young slacker yang berpeleseran sekitar Seremban; tak ada kerja, tanam anggur, kutu, tak tentu arah dan tak peduli. Cara dia meromantikkan bandar tua Seremban yang membuatkan aku tertarik. Jorji buatkan Seremban kedengaran seperti Paris pada tahun 30an. ‘Pills’ adalah holy grail zine Malaysia dan Jorji adalah Beatnik.
-Mohd Jayzuan

CURSING MALAY: BUKU 1 (POLITIK LOBOTOMI POLITIK KITA) (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Cursing Malay: Buku 1 (Politik Lobotomi Politik Kita)

penulis: Mantot

penerbit: Dubook Press

harga: RM20


muka surat: 165 halaman

blurb:

Revolusi imaginasi ideologi politik semunya bermula dari satu idea yang ditulis atas kertas dengan pen. Atau zaman sekarang, papan kekunci.

penerangan:

Politik Lobotomi Politik Kita


Mantot menulis terus dari hatinya. Meski tanpa pedang yang tajam, karyanya masih mampu menikam dan meninggalkan luka yang dalam bagi mereka yang faham. Tidak perlu metafora meleret bila berkarya dan itulah Mantot, melayu yang menyumpah.

AMRAN FANS (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Amran Fans

penulis: Amran

penerbit: Dubook Press

harga: RM25

muka surat: 173 halaman

blurb:

"Buku ni bukan buku bodoh punya barang, kerana kita semua tahu, kebodohan Amran hanya untuk mereka yang berakal."

-Abang Dubook

Saturday, March 28, 2015

DOMPET KULIT BUAYA (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Dompet Kulit Buaya

penulis: Wan Nor Azriq

penerbit: Sindiket Sol-Jah

harga: RM20

muka surat: 90 halaman

blurb:


Okay, kau nak jadi jantan sebab itu kau sedang pegang buku ini. Tetapi kau memang silap besar sebab ini bukan sebuah buku. Seorang jantan tidak baca buku untuk jadi jantan. Seorang jantan baca resit kedai makan, resit tempar parkir kereta, bil elektrik, bil air, butang baju, kad ATM, tiket wayang, gambar awek, kad doktor, dan kotak ubat sakit perut.


Seorang jantan baca dompet dalam seluarnya.



Kau masih nak jadi jantan?
Buka dan bacalah dompet ini sekarang.