Monday, November 2, 2015

BARANG BAIK, TUAN!


BLOOK

tajuk: barang Baik, Tuan!

penulis: Muhd Iqbal

penerbit: Penerbit kaukab

penerbit bersama: Buku OK dan Tarekat Karang Mengarang

harga: RM20

muka surat: 227 halaman

blurb:

"Hero ini gagah menulis!"
- Tok Rimau

"Walaupun kisah-kisah yang diceritakan di dalam blog ini berkisar mengenai dirinya, sajak dan perkara yang berlaku di sekeliling masyarakat, pada pengamatan aku, tulisan di blog Kingbinjai tidak meniru-niru blog orang lain. kadang-kadang ia tersulam rasa marah, kadang-kadang sinis, paling kerap rasa lucu."
- OP Zaharin

"Kingbinjai bukanlah nama baru dalam penulisan, menulis, berehat, menulis dan berehat. Dan kini dia kembali. Dan setiap kali dia muncul semula, karyanya bertambah baik dan matang. Percayalah, walaupun pankal namanya 'king', karyanya tetap merakyat."
- Ghazali Ramli

SUARA ORANG TERBUANG


tajuk: Suara Orang Terbuang

penulis: Yajuk

penerbit: Penerbit Kaukab

harga: RM20

muka surat: 86 halaman

blurb:

"Wajah-wajah ganda penakluk, sifat manipulatif mereka, liuk-lentuk licik tipu dayanya, semua ini dikutuk secara terang-terangan dalam Suara Orang terbuang, tanpa segan silu. Penyair punya sikap yang jelas terhadap "golongan penindas" dengan meletakkan mereka sebagai sasaran kritikan-kritikan tajam lewat kumpulan puisi ini. Jelasnya sikap penyair dalam kumpulan puisi ini dapat kita fahami jika kita mengenali sosok seorang Pak Yajuk, sama ada dari dekat atau jauh. Idealisme, kecenderungan, pemikiran dan rasa penyair ditumpahkan sepenuhnya tanpa sebarang penapis atau basa-basi. Bagi Mereka yang tidak mengenali penyair, ideologi politik penyair ini sebenarnya dapat ditelah setelah anda membaca buku ini."
Haizir Othman

SANG LIR SARI


tajuk: Sang Lir Sari

penulis: Muhd Iqbal

penerbit: Penerbit Kaukab

harga: RM20

muka surat: 84 halaman

blurb:

"Biarlah orang yang kemaruk dengan melankolik bulan, bunga, hujan, embun, senja itu saja mengeluh kekeringan ilham ketika segala kebusukan dunia menghentak ubun-ubunnya dari semasa ke semasa.

Buku ini bukanlah yang terbaik. tapi ia adalah antara yang baik. Aku sengaja tak mahu memuji penulis ini berlebih-lebihan. Biarlah. Sekurang-kurangnya dia dirahmati dan dipelihara daripada sikap riya'. Tapi aku suka membaca lontaran kata-katanya yang kadang-kadang bersahaja, dan kadang-kadang menyakitkan hati juga."

Al-Abror yusuf

AKU INI BINATANG JALANG (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Aku Ini Binatang Jalang

penulis: Chairil Anwar

penerbit: DuBook Indo

harga: RM25

muka surat: 131 halaman

blurb:

Aku Ini Binatang Jalang adalah kumpulan puisi terlengkap karya penyair terbesar indonesia Chairil Anwar. Sajak-sajaknya abadi dan terus di bacakan sepanjang masa. Selain keseluruhan sajak asli, dalam koleksi ini dimuat surat-surat Chairil kepada karibnya, H. b. Jassin.

Sajak-sajaknya menyediakan dasar bagi penulisan pusis sampai hari ini, demikian tulis Nirwan Dewanto dalam kata pembuka buku ini. Sementara Sapardi Djoko Damono menulis dalam kata penutup, bahwa beberapa sajak Chairil yamg terbaik menunjukkan ia telah bergerak begitu cepat ke depan, sehingga bahkan bagi banyak penyair masa kini taraf sajak-sajaknya tersebut bukan merupakan masa lampau tetapi masa depan, yang mungkin hanya bisa dicapai dengan bakat, semangat, dan kecerdasan yang tinggi.

MEMBEDAH P. RAMLEE (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Membedah P. Ramlee

penulis: Daniyal Kadir

penerbit: DuBook Press

harga: RM25

muka surat: 207 halaman

penerangan:

Mengapa Abang Ramlee tidak mahu berlakun lagi?

“Saya dah tua. Dah lama saya berlakun. Orang-orang pun dah tak suka saya lagi. Peminat-peminat saya pun semua dah kawin dah beranak dan dah sembahyang.

"Kalau P. Ramlee berlakun siapa nak tengok. Nanti budak-budak universiti tanya apa kelulusan P. Ramlee tu.”

- Petikan temubual dengan P.Ramlee,1968.
---

"Buku Membedah P.Ramlee ini bukan buku biografi atau pun ulasan teknikal filem. Namun ianya lebih kepada catatan-catatan pengalaman peribadi aku menonton filem-filem P.Ramlee. Apa yang aku nampak dan aku rasakan."

-Daniyal Kadir, Penulis Membedah P.Ramlee.

AKU _____, MAKA AKU ADA! (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Aku _____, Maka Aku Ada!

penulis: Faisal Tehrani

penerbit: DuBook Press

harga: RM20

muka surat: 177 halaman

blurb:

Ah! Kau kata…


Aku Liberal.

Aku Syiah.
Aku Anti Melayu.
Aku Kafir.
Aku Sesat.



Usah ajari aku bagaimana menjadi Muslim.
Engkau tak semua tahu. Dan aku tak selalu jahil.


Koleksi artikel, esei dan luahan perasaan Faisal Tehrani

YANG NAKAL-NAKAL (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Yang Nakal-nakal

penulis: Usman Awang

penerbit: Fixi Retro

harga: RM20

muka surat: 220 halaman

blurb:


YANG NAKAL-NAKAL menghimpunkan 17 cerpen dan 8 sajak oleh Sasterawan Negara Usman Awang.


Ia adalah satu sisi Usman Awang yang lain; tulisan dan cerita yang antaranya memperlihatkan beliau sebagai pucuk muda, yang mencuba-cuba mengolah bakat menulis dengan bayangan kenakalan yang berlapik.



Tidak ada hal-hal patriotisme seperti yang sedia dimaklumi di sini. Perkara itu sangat cliché ketika membicarakan sosoknya. Tetapi, yang ada adalah satu sisi lain: nuansa sensual yang dikait ke dalam setiap pemerhatiannya.



Ironi juga, beberapa cerita menyentuh perihal pilihan raya. Semacam ia satu keraian yang perlu diberi perhatian khusus!

SITORA HARIMAU JADIAN


tajuk: Sitora Harimau Jadian

penulis: P. Ramlee

terbitan: Fixi Retro

harga: RM20

muka surat: 207 halaman

blurb:


Penduduk Kampung Kiambang dicengkam oleh perasaan takut yang amat sangat kerana keganasan Sitora Harimau Jadian yang semakin menjadi-jadi. Sudah banyak orang yang menjadi mangsanya. Dr. Effendi yang datang untuk menolong orang kampung di situ pun akhirnya kena sumpah dan menjadi Anak Sitora lalu mengganas mengikut arahan Sitora yang sebenarnya…


Filem SITORA HARIMAU JADIAN ialah satu-satunya filem arahan P.Ramlee yang telah hilang. Novelnya mula-mula terbit pada tahun 1965. Kini setelah lebih 4 dekad, ia akhirnya kembali mengaum!

Thursday, October 8, 2015

SARKAS


tajuk: Sarkas

penulis: Khairy Tajudin, Ceriterapena, dll

penyelenggara: Khairy tajudin

terbitan: Khairy Tajudin Resources

harga: RM25

muka surat: 285 halaman

blurb:

Dunia ni macam SARKAS. Banyak perkara yang diada-adakan. Ada kalanya benar, ada kalanya tipu. Jaga-jaga! Jangan sampai tertipu.

23 buah cerpen dalam antologi ini membawakan kepada anda sketsa kehidupan yang disulam humor dan sarkastik. 

#santai_tapi_sentap

Thursday, September 17, 2015

KAU AKU (ZINE) (TIADA DALAM STOK)


ZINE

tajuk: Kau Aku

penulis: Hanafi Lubis, Sara Ayuni

penerbit: Pusat Impian Kita

harga: RM10

muka surat: 47 halaman

penerangan:

kompilasi cerpen dan sajak daripada pasangan suami isteri dari sungai bakap, penang.

kandungan:

Cerpen

1)  Revolusi Terhenti - sebuah kisah tentang prinsip dan realiti kehidupan

2)  Mata-mata Kampus - bahagian 1 - cerita bersiri mengenai kehidupan seorang cybertrooper kampus
3)  Malaikat Berambut Ikal - kisah malaikat yang patah sayapnya

Sajak

1)  cuma ingin berkawan

2)  orang tua dan orang muda
3)  malam kelmarin dulu
4)  layang-layang tak bertali
5)  adapun isteri berkata,
6)  di kedai pajak
7)  ada budaya
8)  jangan menangis, anak
9)  sastera di hujung kuku
10)cerita apek di beijing