menjual buku-buku baru, buku-buku terpakai dan apa-apa barang yang patot...
Thursday, July 16, 2015
MELAYU PULAU PINANG: HIMPUNAN KERTAS KERJA KOLOKIUM KEBANGSAAN MELAYU PULAU PINANG
tajuk: Melayu Pulau Pinang: Himpunan Kertas Kerja Kolokium Kebangsaan Melayu Pulau Pinang
penyelenggara/penyunting: Noriah Mohamed
penulis: ramai penulis
penerbit: Projek Penyelidikan Budaya Utara, Dewan Budaya, Universiti Sains Malaysia
harga: RM30
muka surat: 242 halaman
kandungan:
Halaman Tajuk
Kandungan
Senarai Carta, Jadual, Peta, Petikan, Rajah, dan Skema
Sekapur Sirih
Seulas Pinang
Bab 1
Arkeologi: Penempatan Awal Melayu Pulau Pinang
Mohd. Mokhtar saidin
Bab 2
Pulau Pinang Sebelum 1786
Mahani Musa
Bab 3
Bahasa Melayu: Sejarah dan Keragamannya di Pulau Pinang
Noriah Mohamed
Bab 4
Ekonomi: Pemasalahan Melayu Pulau Pinang
Amir Hussin Baharuddin
Bab 5
Pendidikan: Masalah Pelajar Melayu Pulau Pinang
Aminah Ayob
Bab 6
Pendidikan Awal Melayu Pulau Pinang: Wacana Ketamadunan dan Jati Diri
Syed Muhammad Dawilah al-Edrus
Bab 7
Ekonomi: Pencapaian dan Kejaayan melayu Pulau Pinang
Abdul Rahman Maidin
Bab 8
Tanah Wakaf: Isu dan Cabaran
Ariffin Omar
Bab 9
Pemuliharaan Warisan Seni Bina Melayu dan Islam Pulau Pinang
A. Ghafar Ahmad
Bab 10
Pulau Pinang Bandar Percetakan Awal Negara
Jelani Harun
Bab 11
Haji Abdullah Fahim: Tokoh Agama dari Pulau Pinang
Fadhullah Jamil
Bab 12
Politik: Kekuatan dan Pergolakan Melayu Pulau Pinang
Sanusi Osman
Bab 13
Pulau Pinang Sebagai Pusat Ilmu dan Perkembangan Intelektual
Muhammad Haji Salleh
Wednesday, April 29, 2015
KUNANG PESISIR MORTEN (TIADA DALAM STOK)
tajuk: Kunang Pesisir Morten
penulis: Raiha Bahaudin
penerbit: Nubook
harga: RM20
muka surat: 212 halaman
blurb:
Kampung Morten 1984. Dengan sebatang sungai kotor bukan saja dipenuhi dengan sampah sarap dan ketam lumpur Uca Annulipes. Juga telah menjadi garis ghaib pemisah dua komuniti bangsa selama berdekad-dekad. Sehinggalah keajaiban berlaku dengan kehadiran seorang budak perempuan enam tahun comotnya ya ampun berambut gerbang.
Dhiya; seorang pemikir visual genius bersama-sama sahabatnya Adi dan Lim meneroka kota Melaka, menjadi usahawan kecil, menerokai dunia lukisan Monet, menjejak pencuri berkaki ghaib. Dan tanpa mereka sedari, sedikit perkara-perkara kecil yang mereka lakukan telah menaut jurang tebing antara dua bangsa.
Labels:
nubook,
raiha bahaudin,
rm11-rm20,
tiada dalam stok
TERIMA KASIH SI BABI HUTAN: TUHAN KINI AKU DATANG (TIADA DALAM STOK)
tajuk: Terima Kasih Si Babi Hutan: Tuhan Kini Aku Datang
penulis: Ismail Ariffin @ Lepat
penerbit: Dubook Press
harga: RM25
muka surat: 218 halaman
blurb:
"Terima Kasih Si Babi Hutan...Tuhan Kini Aku Datang" adalah perjalanan surreal dan nyata Ismail Ariffin @ Lepat saat dia berada dalam amukan kegilaan merempuh dugaan bertimpa yang mengasak jalan takdir hidupnya sembilan belas tahun dahulu. Siri-siri hikayat "Al-Kisah Mereka Tak Kisah" ini telah dia tulis sejak dari tahun-tahun berikutnya yang naskah asalnya telah beberapa kali hilang, dibakar orang, ditulis dan hilang lagi hingga yang tersisa hanyalah apa yang ada di fikirannya sahaja. Setelah mengambil keputusan untuk men'sabatikal'kan dirinya ke sebuah pulau akhirnya naskah lengkap ini berjaya juga disiapkan.
Ia juga adalah medium asal tulis tangan sebelum adanya Facebook dan YouTube sebagai wadah bagi dia meluahkan amukan akal fikirannya serta menjelaskan pada umum (selain membuat sebuah album lagu yang tak pernah dirilis sepenuhnya) tentang apa yang telah terjadi padanya kerana dia sudah lelah dengan tohmahan serta ketidakpedulian mereka-mereka yang seharusnya membela nasibya saat itu.
"Nak tau kesemua beli la buku ni, bukan berapa det pun, tak kena GST aihh, sapa tak beli rugii...abih ceritaa." Kata dia saat diminta pendapat tentang "blurb" buku ini.
Haramm sungguhh..kata aku!
Labels:
dubook,
ismail ariffin @ lepat,
rm21-rm30,
tiada dalam stok
ADVENTURA PULANG KE MALAYA (TIADA DALAM STOK)
tajuk: Adventura Pulang ke Malaya
penulis: Badrul Hisham
penerbit: Dubook Press
harga: RM25
muka surat: 151 halaman
penerangan:
London - Malaya / 3 Basikal / 5 Bulan / 18 Negara
blurb:
Buku ini menceritakan sebuah kisah benar. Berbekalkan RM8000, aku berbasikal merentas 18 negara sejauh 11,000 km demi mengejar impian melihat dunia. Aku memulakan misi berbasikal ini hanya beberapa hari selepas aku tamatkan pengajian ijazah pertama jurusan Kejuruteraan Mekanikal di University of Sheffield, UK.
Moga pengembaraan bersejarah ini menjadi inspirasi buat seluruh rakyat Malaysia.
Labels:
badrul hisham,
dubook,
rm21-rm30,
tiada dalam stok
AKU KAFIR, KAU SIAPA? (JANGAN JAWAB) (TIADA DALAM STOK)
tajuk: Aku Kafir, Kau Siapa? (Jangan Jawab)
penulis: Ooi Kok Hin
penerbit: Dubook Press
harga: RM20
muka surat: 189 halaman
blurb:
Ooi Kok Hin mencari perjalanannya dalam naratif yang ada tetapi dengan cara yang berbeza. Untuk tulisan ini, beliau telah melakukannya dengan rasa cinta yang hebat.
Kita dapat lihat keberaniannya dalam menunjuk masalah yang kita hadapi di kala ini, tetapi dengan perasaan ingin tahu yang seakan-akan naif, disajikan dengan pelbagai jalan yang boleh diambil agar kita mampu membaiki keadaan yang ada. Kita sedar, apa yang kita mampu buat adalah berdasarkan perbandingan dengan keadaan yang lebih teruk boleh berlaku di masa hadapan. Kesedaran kebaikan yang berasaskan keburukan adalah landasan harapan. Dan untuk itu kita harus berterima kasih kepada Ooi Kok Hin untuk suara dan tenaganya yang mampu menghidupkan harapan yang ada.
-Fuad Rahmat
Labels:
dubook,
ooi kok hin,
rm11-rm20,
tiada dalam stok
TORA DATANG LAGI (TIADA DALAM STOK)
tajuk: Tora Datang Lagi
penulis: Amirul Bozu
penerbit: Dubook Press
harga: RM25
muka Surat: 300 halaman
blurb:
"Buku Tora Datang Lagi ini berupaya mengenang memori retro dengan jelas dan terperinci. Menghabiskan buku ini sama seperti menyusun balik memori hidup mengikut timeline zaman kanak-kanak. Kita jumpa semula yang hilang, kita imbau balik yang sudah terlupa, kita bina balik blok-blok gambaran hidup zaman kanak-kanak dan segala keriangannya. Selepas ini kita tidak perlu bimbang jika aktiviti atau scene kanak-kanak kita terlepas dari ingatan. Simpan buku ini dan apabila hendak mengingati, bacalah. Bacalah untuk diri sendiri, bacalah untuk anak-anak dan bacalah untuk cucu-cicit di suatu masa nanti."
-Fdaus Ahmad
Labels:
amirul bozu,
dubook,
rm21-rm30,
tiada dalam stok
HIKAYAT CALAQISYA (TIADA DALAM STOK)
tajuk: Hikayat Calaqisya
penulis: Hazwan Faiz
penerbit: Dubook Press
harga: RM25
muka surat: 216 halaman
penerangan:
CalaQisya – Butik hijabster paling hip di Malaysia.
Mempunyai lebih 249k followers tegar.
Beberapa butik cawangan di Malaysia.
Perkongsian hikayat jatuh bangun CalaQisya.
Labels:
dubook,
hazwan faiz,
rm21-rm30,
tiada dalam stok
BAGAIMANA ANYSS NAIK KE LANGIT? (TIADA DALAM STOK)
tajuk: Bagaimana Anyss Naik ke Langit?
penulis: Faisal Tehrani
penerbit: Dubook Press
harga: RM18
muka surat: 112 halaman
blurb (cetakan ketiga):
"P*NT*T AKU KOYAK P*NT*T AKU SAKIT"
Memang kat-kata itu mengejutkannya. Tetapi perempuan Penan diperkosa, dan seluruh negara tuli tidak mendengar. Tiada suara pembelaan. Seisi dunia tidak mendengar.
blurb (cetakan pertama):
Saya tak fikir isi Laporan Penilaian oleh Lembaga Penilai Manuskrip DuBook yang menyatakan bahawa manuskrip terbaharu Faisal Tehrani ini bebas Syiah sepenuhnya itu penting kerna soalan Mustaqim menampar saya selama 3 minggu yang berbunyi;
“Mengapa orang kita rasa menolong Palestina lebih bersyurga kalau Penan di halaman sendiri diperlakukan sebagai mangsa?”
Tetapi yang lebih penting, manuskrip ‘Bagaimana Anyss Naik Ke Langit’ ini membuktikan fungsi ‘sastera’ dalam berpihak kepada masyarakat tertindas untuk melawan tirani. ‘Sastera’ tidak pernah dan tidak mungkin, berpaut dan bergayut di dagu pak menteri. Ini jelas melalui watak Ratu Sago;
“Dia dirogol berkali-kali. Setelah lembik, dia dimasukkan ke dalam sebuah perahu dan dihanyutkan di Sungai Melinau. Ketika itu berlaku, ada seekor belengang bertenggek di atas pohon jati memerhati. Ratu Sago tahu, ada roh orang mati yang datang melihat. Dan sejak itu Ratu berazam, untuk melaknat semua penjahat pembalak dan penguasa sepenuh hati. Dia mengidam untuk menjadi pennakoh. Dia akan memburu mereka.
Profesor Anyss masih ingat ayat akhir Ratu Sago dalam interbiu yang sulit dirakamnya itu; ‘Pantat aku koyak. Pantat aku sakit.’ Memang kata-kata itu mengejutkannya. Tetapi perempuan Penan diperkosa. Dan seluruh negara tuli tidak mendengar. Tiada suara pembelaan. Seisi dunia tidak mendengar.”
-ZUL FIKRI ZAMIR
Labels:
dubook,
faisal tehrani,
rm11-rm20,
tiada dalam stok
Tuesday, April 28, 2015
SESEMBANG (TIADA DALAM STOK)
tajuk: Sesembang
penulis: MM Vectoristic
penerbit: Dubook Press
harga: RM20
muka surat: 104 halaman
blurb:
Sesembang secara dasarnya komik yang dihasilkan dari kotak fikiran si pelukis secara sindiran, satira, dan sarkastik, yang melibatkan pelbagai isu seperti bola sepak, politik, hiburan, kemasyarakatan, kekeluargaan dn berbagai lagi.
Latar belakang pejabat digunakan sebab di situlah pelukis mengadap komputer menjana idea dan melukis saban hari bertemkakan pokok, dispenser air, dan alat pemadam api.
Labels:
dubook,
mm vectoristic,
rm11-rm20,
tiada dalam stok
YAK BOK TE! (TIADA DALAM STOK)
tajuk: Yak Bok Te! (buku telah ditandatangani ole Amin Landak)
penulis: Amin Landak
penerbit: Dubook Press
harga: RM20
muka surat: 129 halaman
blurb:
"Yak Bok Te" adalah perkataan yang dipinjam dari bahasa Kelantan, yang tidak mempunyai maksud tetapi sering digunakan, terutama ketika melatah & terkejut,
Perkataan Yak Bok Te boleh disifatkan senasib dengan perkataan "Ek Eleh" yang tidak punya maksud tetapi bila digunakan pada tempat-tempat tertentu dan memberi maksud yang berbeza, samalah dengan Yak Bok Te!
Labels:
amin landak,
dubook,
rm11-rm20,
tiada dalam stok
Subscribe to:
Posts (Atom)









