KULIT KERAS
tajuk: Mitos Peribumi Malas: Imej Orang Jawa, Melayu dan Filipina dalam Kapitalisme Penjajah
tajuk: Mitos Peribumi Malas: Imej Orang Jawa, Melayu dan Filipina dalam Kapitalisme Penjajah
penulis: Syed Hussein Alatas
kata pengantar oleh Syed Farid Alatas
penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka
harga: RM32
muka surat: 280 halaman
blurb:
Citra tentang kemalasan golongan peribumi yang
digembar-gemburkan oleh para penjajah tidak berasas, malah ternyata tanggapan
tersebut dimanfaatkan untuk kepentingan ideologi mereka. Perbuatan mereka itu
antara lain bertujuaan untuk memberi tempat dari sisi undang-undang amalan
penindasan dan ketidakadilan dalam kalangan tenaga kerja peribumi dan mencari
alasan penaklukan serta penguasaan Eropah terhadap
tanah jajahannya. Malah mereka juga menyelewengkan kenyataan sosial untuk
penyebaran ideologi mereka sesuai dengan kepentingan mereka sendiri.
Dalam hal ini, para penulis kolonial melemparkan
tuduhan atau hujah ideologi mereka berdasarkan faktor iklim dan lingkungan
tropika yang dianggap sebagai punca utama kemalasan golongan peribumi. Pada
anggapan mereka, iklim tropika yang lembab dan panas, jangkitan penyakit serta
kemewahan para pemimpin mereka telah menyebabkan rakyat sengsara - mereka jadi
manusia beku tanpa cita-cita.
Syed Hussein Alatas menyangkal semua anggapan
tersebut dan menunjukkan bukti bahawa golongan peribumi masyarakat Indonesia,
Malaysia dan Filipina bekerja keras untuk hidup sebagai manusia. Mereka rajin
dan mahir dalam bidang masing-masing, tetapi sebagai bangsa yang bermaruah,
mereka tidak sedia menjadi alat pengeluaran kaum kapitalis yang mahu melayani
mereka sebagai hamba abdi.
Penulis buku ini, Profesor Syed Hussein Alatas, ahli sosiologi berwibawa dan dikenali di peringkat antarabangsa, banyak melakukan penyelidikan tentang masalah sosial dan isu berkaitan dengannya. Semasa hayatnya Allahyarham dilantik
sebagai Ketua, Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Nasional Singapura (1967-1978) dan sebagai Naib
Canselor Universiti Malaya (1988-1991). Antara
karya penting Allahyarham termasuklah Rasuah, Sifat, Sebab dan Fungsi, Intelektual Masyarakat Membangun, Modernization and Social Change in Southeast Asia dan Thomas
Stamford Raffels: Schemer or Reformer.
Bagaimana utk sy mendapatkan buku ini? Sukar untuk mendapatkan nya di kedai buku.
ReplyDeletesalam saudari, maaf lambat respon, pada saya sudah tiada stok.
Deletebaru2 ni saya ada jumpa buku ni di pustaka mukmin, kedai buku berhadapan dengan sogo.