tajuk: Belas Kasihku Meliputi Segala: Ajaran Quran Tentang Belas Kasih, Keamanan & Cinta
penulis: Reza Shah-Kazemi
penerbit: MEGC
harga: RM10
muka surat: 120 halaman
penerangan:
Buku ini merupakan karya terjemahan dari 'My Mercy Encompasses All' karya Reza Shah-Kazemi
Banyak orang yang menebak Islam akan menjadi agama paling dominan di dunia dalam jangkamasa dua puluh tahun. Pada hari ini, seorang dari setiap lima orang penduduk dunia menganggap diri mereka sebagai Muslim, hanya sedikit kurang dari penganut Kristian. Bertentangan dari sangkaan banyak orang, hanya 15 peratus dari jumlah keseluruhan Muslim berbangsa Arab. Fakta-fakta ini menuntut pemahaman lebih mendalam tentang agama sejagat yang semakin berkembang ini. Buku ini dapat menjadi tingkap untuk pembaca menjengah ke dalam dunia 1.3 bilion penduduk dunia.
Orang menyangka Islam adalah agama yang keras, sedangkan budaya agama ini sarat dengan belas kasih. Orientasi kerohanian ini berakar dari kepercayaan bahawa Tuhan tidak berjenaka apabila ia mendeklarasikan bahawa “Belas Kasihku Meliputi Segala,” dalam surah ketujuh Quran. Pengarang Reza Shah- Kazemi memilih, menterjemah dan memberikan notakaki kepada sederetan ayat-ayat Quran yang mencerminkan sisi belah kasih ini, belas kasih yang dihujungnya memberikan kurnia keamanan dan cinta tak terbatas. Buku ini mengambil semangat dari 'Blessed Are the Peacemakers', sebuah koleksi petikan dari Injil yang diselenggarakan oleh Wendell Berry. Inilah buku yang dapat membantu kita lebih memahami Quran yang amat berpengaruh itu.
Reza Shah-Kazemi adalah editor pengasas islamic world report, pengkaji di institute of ismaili studies, london, serta pengarang justice and rememberance: an introduction to the sprituality of imam ali dan beberapa buku lain.
No comments:
Post a Comment