tajuk: Aku Manusia
Berdosa: Diari Seorang Perempuan (koleksi skrip teater dan filem pendek)
penulis: Nur Ahmad
penerbit: Merpati Jingga
harga: RM35
muka surat: 182 halaman
blurb:
kakak ke Kampong Chetek selepas mendapat
berita tentang Dah. gila! macam mana Dah boleh bunuh anak-anak dia sendiri?
Ju mengamuk bila dapat tahu dia di tipu. dia bukan cinta pertama kekasihnya
seperti yang disebut-sebut lelaki itu selama lima ratus tahun mereka bercinta.
amukan Ju menjadi-jadi. terasa nak bunuh diri sekali lagi.
Matahari kasturu penat jadi cikgu. dia perlukan perubahan. Matahari panjat
gunung dengan harapan bertemu cikgu-cikgu penat yang lain. kecewa. Matahari
belajar hidup sendiri nidup berdikari hidup dalam sunyi.
Madam Zaleha gila dunia. penyakitnya itu
menyebabkan dia nekad menjadi penderhaka Tuhan. Madam Zaleha yakin pekerjaannya
bukan satu dosa kerana akal dan hatinya tidak waras. tanpa sedar dia telah
bertukar menjadi setan kerana telah lama disembahnya setan. tanpa sedar dia
tidak tahu lagi apa rasanya menjadi manusia. tanpa sedar dia menzalim diri.
Si Anak mula mengerti. dia mesti hati-hati
melangkah takut tergelincir, jatuh, luka parah kotor bersalut lumpur. moga luka
yang sedia ada segera sembuh meninggalkan parut sebagai peringatan. moga
langkah bodoh langkah tidak pasti langkah tiada manfaat langkah mengundah
mudarat tidak diulang. moga lumpur kering melembut lekang disimbah air lima
kali sehari setiap hari sepanjang hayat. moga tapak kakinya terus suci
bersyurga melangkah lurus untuk kebahagiaan anak cucunya dunia akhirat.
No comments:
Post a Comment