tajuk: Cerpentwitter (buku telah ditandatangani oleh Ajami)
penulis: Ajami Hashim
penerbit: Merpati
Jingga
harga: RM15
muka surat: 60
halaman
blurb:
CerpenTwitter ialah koleksi cerpen yang dimulakan oleh
Ajami Hashim di akaun twitter peribadinya http://www.twitter.com/ajamiha pada
15 Mac 2011 melalui hashtag #cerpentwitter.
Asalnya ia hanyalah sekadar melepaskan kebosanan untuk
menulis apa sahaja perihal yang terlintas di fikirannya. Namun kemudiannya ia
berkembang menjadi kegilaan untuk bercerita di laman media sosial itu setiap
hari.
Setelah lebih setahun, Ajami telah berjaya mengumpul
beratus-ratus cerpen. Dia mencabar dirinya sendiri untuk menulis cerpen tidak
melebihi dari 140 aksara di ruang twitter yang terhad dan seboleh-bolehnya
menggunakan ejaan penuh.
Buku ini ialah koleksi 500 cerpen terpilih yang
dibahagikan kepada tiga segmen iaitu drama, misteri dan komedi. Drama ialah
cerpen-cerpen yang agak serius atau aneka frasa. Misteri ialah koleksi cerpen
yang ada aksi ganas, seram, sains fiksyen atau pelik. Manakala komedi ialah
aneka cerpen yang berunsur jenaka gelap atau terang yang sekurang-kurangnya
mengundang senyum dalam hati.
Setiap cerpen menceritakan sebuah situasi, monolog,
dialog, perasaan, pendapat, persepsi atau sekadar ayat yang bebas ditafsirkan
oleh sesiapa yang membacanya. Kadangkala ada juga cerpen yang berantaian jika
dibaca secara berterusan tetapi masih boleh dibaca secara berdikari tanpa
mengikut kronologi.
Terdapat juga cerpen-cerpen yang bermula dari ayat
permulaan yang sama diikuti oleh ayat seterusnya yang menjadi cerita yang
berasingan. Malahan Ajami pernah mengajak pengikut akaun twitternya untuk
mencadangkan sepatah perkataan yang dikembangkan menjadi sebuah cerpen.
No comments:
Post a Comment