tajuk: Limelight
penulis: Faizal Hussein
penerbit: Merpati Jingga
harga: RM30
muka surat: 100 halaman
blurb:
Faizal Hussein, nama yang tidak asing
lagi bagi peminat filem tanahair. Beliau juga pewaris kepada legasi Allahyarham
Seniman Hussein Abu Hassan dan Allahyarhamah Seniwati Mahyoun Ismail. Seawal
usia lima tahun lagi, Faizal sudah pun beraksi di depan lensa kamera.
Pengalaman beliau berada dalam industri lakonan selama 40 tahun ini dihuraikan
di dalam buku LIMELIGHT.
LIMELIGHT mendedahkan profesionalisme
kedua ibubapanya mendidik anak-anak, yang tidak pernah dikongsi selama hayat
hidup Hussein Abu Hassan dan Mahyon Ismail. Faizal juga pernah berhadapan
dengan tindakan gantung tidak bertali oleh syarikat penerbit drama untuk
beberapa tahun atas kedegilan dan prinsip yang dipegang. Pernah dipilih sebagai
ahli jawatankuasa SENIMAN, Faizal terpaksa melepaskan tanggungjawab tersebut
kerana tidak sanggup melihat politik kotor dan kepentingan tertentu yang
diperjuangkan. Faizal pernah memenangi beberapa anugerah dalam beberapa
festival filem tanahair.
LIMELIGHT menceritakan bagaimana
mengekalkan tahap profesionalisme beliau sehingga sekarang untuk dikongsi
dengan sesiapa yang ingin menceburi dalam karier yang sama atau mahukan
gambaran awal mengenai amalan industry perfileman tanahair.
Faizal juga menceritakan bibit-bibit
manis berlakon dalam enam filem terpenting di dalam hidupnya; Antara
filem-filem yang membawanya melonjak naik ialah Gila-gila Remaja (1985), Kanta
Serigala (1992), XX Ray (1993), Fantasia (1994), Leftenen Adnan (2000) dan
Bunohan (2012)
No comments:
Post a Comment