tajuk: Memoir Bukan Memoir (buku telah ditandatangani oleh
Pekin)
penulis: Pekin Ibrahim
penerbit: Merpati Jingga
harga: RM30
muka surat: 136 halaman
blurb:
MEMOIR BUKAN MEMOIR satu penceritaan
mengenai perjalanan Pekin Ibrahim di dalam mengejar impiannya menjadi seorang
artis terkenal. Bukan seperti memoir biasa, kisah di dalam buku ini bermula
daripada Pekin berusia 15 tahun sehingga ke-awal 20an, ketika beliau dan rakan
saudaranya, Danny berhijrah ke Kuala Lumpur dari Kota Bharu. Penerimaan
pengarah Silver Chong melalui filem vcd Pendekar (2000) menjadi lesen kepada
Pekin ke dalam industri filem Negara dan antarabangsa. Pahit manis liku yang
dilalui Pekin dinukilkan secara ringan. Perjalanan hidupnya selama lima tahun
(1996 ke 2000) memberi iktibar kepada remaja-remaja yang masih merewang-rewang
dan juga sebuah penceritaan sebenar seorang insan bernama Pekin Ibrahim, sesuai
kepada setiap peringkat umur. Perjalanan yang dilalui itu juga banyak mengajar
beliau menjadi lebih matang dan menginsafi akan kesalahan, keabaiannya masa
lalu. Kesusahan itulah membuka hati Pekin untuk mengucup tangan ibunya buat
pertama kali, yakni ketika beliau pulang berHari Raya pertama kali selepas
merantau ke Kuala Lumpur. Pencapaian tertingginya apabila mendapat tawaran
berlakon sebagai pelakon utama filem Bunohan yang berjaya menyertai pelbagai
festival filem antarabangsa yang berprestij. Inilah kisah benar PEKIN IBRAHIM.
No comments:
Post a Comment