Wednesday, June 19, 2013

STINGARDEN (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Stingarden (blook/himpunan entry blog)

penulis: Sinaganaga

penerbit: PTS Fortuna

harga: RM10

muka surat: 154 halaman

blurb:

BUKU INI ADA CERITA TENTANG RASHID BULAN

Apa persamaan antara kawasan perumahan Setinggan dan Dinosaur?

Tanya kepada Mat Trompet, Lebai Sayuti, Hassan Kedai Runcit, Wak Merah-merah Taman Kok Doh, Haji Dua Kupang, Aziz Pesah, Aziz Ayam, Mail Ketapang, Mat Nangka, Mat Kambing, Harun Serkam, Mat Sanggul, Mat Rojer, Nenek Munah Leper, Mamang Sulan, Sarjan Kassim, Karim Driving School, Usop Ludin Tanah Lot, Cikgu Osman, dan beberapa lagi orang kampung.

Tanya pada Kiah Mata Smokey.

Sudah tentu mereka sendiri tidak tahu jawapannya.

50 tahun lagi kawasan perumahan setinggan akan berdiri sama megah dengan Dinasaur.

Bukan kerana kawasan perumahan ini bersifat kebinatangan, tapi kerana pupusnya ia sama seperti yang dialami oleh haiwan malang tersebut.

Tapi Dinasaur meninggalkan fossil yang menjadi rebutan.

Setinggan juga meninggalkan sesuatu yang lebih mahal.

1001 kisah kehidupan yang tidak akan ada di tempat lain.


Stingarden adalah himpunan entri-entri nukilan Sinaganaga yang pernah disiarkan menerusi blog beliau www.sinaganaga.blogspot.com. Blogger yang memenangi pelbagai anugerah ini mencatatkan riwayat kehidupan manusia dalam sisi yang orang lain tidak terfikir nak pandang pun. Kerana apa salahnya berlucu dalam duka, dan berlucu dalam lucu. ehhhh.

AKU MANUSIA BERDOSA (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Aku Manusia Berdosa: Diari Seorang Perempuan (koleksi skrip teater dan filem pendek)

penulis: Nur Ahmad

penerbit: Merpati Jingga

harga: RM35

muka surat: 182 halaman

blurb:



kakak ke Kampong Chetek selepas mendapat berita tentang Dah. gila! macam mana Dah boleh bunuh anak-anak dia sendiri?


Ju mengamuk bila dapat tahu dia di tipu. dia bukan cinta pertama kekasihnya seperti yang disebut-sebut lelaki itu selama lima ratus tahun mereka bercinta. amukan Ju menjadi-jadi. terasa nak bunuh diri sekali lagi.

Matahari kasturu penat jadi cikgu. dia perlukan perubahan. Matahari panjat gunung dengan harapan bertemu cikgu-cikgu penat yang lain. kecewa. Matahari belajar hidup sendiri nidup berdikari hidup dalam sunyi.

Madam Zaleha gila dunia. penyakitnya itu menyebabkan dia nekad menjadi penderhaka Tuhan. Madam Zaleha yakin pekerjaannya bukan satu dosa kerana akal dan hatinya tidak waras. tanpa sedar dia telah bertukar menjadi setan kerana telah lama disembahnya setan. tanpa sedar dia tidak tahu lagi apa rasanya menjadi manusia. tanpa sedar dia menzalim diri.

Si Anak mula mengerti. dia mesti hati-hati melangkah takut tergelincir, jatuh, luka parah kotor bersalut lumpur. moga luka yang sedia ada segera sembuh meninggalkan parut sebagai peringatan. moga langkah bodoh langkah tidak pasti langkah tiada manfaat langkah mengundah mudarat tidak diulang. moga lumpur kering melembut lekang disimbah air lima kali sehari setiap hari sepanjang hayat. moga tapak kakinya terus suci bersyurga melangkah lurus untuk kebahagiaan anak cucunya dunia akhirat.

SURAT-SURAT UNTUK KAHERAH (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Surat-surat Untuk Kaherah

penulis: Maisarah Mansor

penerbit: Merpati Jingga

harga: RM21

muka surat: 141 halaman

blurb:

Tahun demi tahun yang berlalu menghayutkan latar pada era tertentu. Kisah yang pernah ditatap di lembaran akhbar seperti al-Arqam dan Aisyah Bukhari tertinggal menjadi nostalgia. Di dalam merentasi kisah demi kisah insan lain, terkadang kita tidak dapat mengelak dari dikurung nasib yang sama. Menoleh ke belakang tidak memberi kita kemampuan untuk menyatukan kembali serpihan kaca yang berderai, dihempas takdir. Mengutip serpihan itu cuma akan menghiris jari. Namun, ku rapatkan serpihan itu sebagai mengimbas sebuah kecintaan pada persahabatan. 


Surat-surat untuk Kaherah merupakan nota kehidupan beserta nilai persahabatan yang dirakam di dalam naskhah penulisan. Hanim mengutus warkah ke Kaherah sebagai tali untuk menarik Wafa kembali ke sisi Illahi. Calitan kenangan demi kenangan di bandar kecil, penempatan setinggan dan sekolah rendah bersatu dalam ingatannya terhadap Wafa Thahirah. Anak kecil yang dua puluh tahun dahulu dibuli kini bertukar posisi sebagai insan yang paling dikasihi. Wafa Thahirah semakin menghilang dan Hanim umpama mendakap bayang-bayang. Mampukah rasa kasih yang dikurniakan Allah membawa Wafa Thahirah mencari jalan pulang?

DOUBT (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Doubt: 45 Stories of Life, Love, and Loneliness (antologi cerpen/bahasa inggeris)

penulis: Bissme S

penerbit: Merpati Jingga

harga: RM21

muka surat: 136 halaman

blurb:


A woman who hates motherhood... A man has sex with a dead body to win a bet…Two brothers have an incestuous relationship….A man recalls the circumstance that drove his best friend to take his own life... Doubt is a collection of stories that deal with life, love, lust and loneliness.

M. BUTTERFLY (TIADA DALAM STOK)


tajuk: M. Butterfly (buku skrip)

penulis: David Henry Hwang
terjemahan: Mislina Mustaffa

penerbit: Merpati Jingga

harga: RM15

muka surat: 126 halaman

blurb:

Drama diinspirasikan oleh opera Madama Butterfly David Henry Hwang. Babak pertama memperkenalkan watak utama, Rene Gallimard, yang merupakan seorang kakitangan awam melekat kepada kedutaan Perancis di China. Dia jatuh cinta dengan diva opera Cina cantik, Song Liling, yang sebenarnya seorang lelaki menyamar sebagai seorang wanita.

Dalam opera Beijing tradisional, perempuan telah diharamkan dari pentas semua peranan-peranan wanita dan telah dimainkan oleh lelaki. Babak kedua bermula dengan Song datang ke Perancis dan melanjutkan perhubungannya dengan Gallimard. Mereka berada bersama untuk 20 tahun sehingga perkara sebenar dibongkar , dan Gallimard dituduh penderhakaan dan dipenjarakan yang tidak dapat menghadapi fakta itu yangnya "wanita yang sempurna" sebenarnya seorang lelaki, bahawa telah menggayakan kerana seorang wanita selama 20 tahun mampu mengintip, dia berundur dalam dalam dirinya dan kenangannya.

Tindakan drama digambarkan kerananya terganggu, terheret ingatan peristiwa-peristiwa keliling perhubungan mereka. Babak ketiga menggambarkan Gallimard melakukan seppuku (juga dikenali sebagai harakiri, ritual bunuh diri Jepun melalui diri pengeluaran perut) manakala Song melihat dan merokok sebatang rokok.

PADA SEBUAH KETENTUAN (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Pada Sebuah Ketentuan (puisi dan catatan)

penulis: Ayam Fared

penerbit: Merpati Jingga

harga: RM20

muka surat: 72 halaman

blurb:

"ada sajak yang bagi akal (inspiring),ada sajak yang tak masuk akal. Ayam dah tulis sesuatu yang buat aku fikir banyak lagi benda lain yang tak masuk akal selain sajak - hidup di KL salah satunya" - Wahyudi MY

“Nama pun ‘catatan’. Maka catatan-catatan ini, berserta beberapa potong sajak, dengan gaya bahasa yang cukup minimal (namun tetap mampu menikam), tanpa di dekorasi emosi plastik, lebih terjerumus ke lembah perkongsian pengalaman dan pandangan hidup seekor ayam bohemian yang masih kental bertahan di kota berlumpur, seperti yang sering diperakuinya. Malah afdal jika karangannya ditamsil sebagai alegori individu yang nihil dari sebuah impian rekayasa demi memagut keberuntungan material, di zaman kejujuran semakin ditindas kepalsuan ini.

Apa pun dia hanyalah satu suara, dari sekian banyak suara yang telah, sedang, dan belum atau tak berani bersuara langsung, barangkali. Namun dia bukan wakil rakyat, apatah lagi lelaki super dengan kuasa luar biasa tak ingat; dia cuma seekor ayam, jantan pulak tu, yang hanya mampu berkokok, dengan harapan semua orang akan terjaga, bak bilal yang melaungkan ungkapan 'solat itu lebih...' di dinahari.

Kita tak perlu seperti dia, Ayam Fared; tak juga suatu kemestian untuk mengenalinya. Tapi bertuahlah jiwa yang berani mengais-gais (sampai jumpa) beberapa cebisan hakikat kehidupan, sepertimana yang telah digarapnya dalam buku ini" -Dewa Binfilem

MELANGKAUI SEMPADAN: KONFIKTING (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Melangkaui Sempadan: Konflikting

penulis: ramai penulis

penerbit: Merpati Jingga

harga: RM05

muka surat: 56 halaman

blurb:

Melangkaui Sempadan: KONFIKTING ialah sebuah kompilasi rencana-rencana dan hasil karya seni hasil nukilan pendapat dan pemerhatian muda mengenai situasi dan pergolakan politik Malaysia.



penulis-penulis masih tidak ada nama di bidang penulisan, diberikan ruang dan lapangan bagi mereka menyatakan hasrat, cita-cita terhadap negara mereka.

kebebasan memberi pendapat yang semakin meruncing, sistem pendidikan yang memfokuskan kepada pembelajaran kajian dan kekangan universiti memberi sedikit sebanyak kebebasan mereka untuk berkongsi ide melalui penerbitan ini. 



perbezaan pendapat yang diekspresikan di dalam buku in bukan bermakna penulis-penulis ini menentang sistem dan budaya yang ada sekarang. kekangan-kekangan itu sesungguhnya bercanggah dengan prinsip hak asasi manusia dan Perlembagaan Malaysia.

CERPENTWITTER (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Cerpentwitter (buku telah ditandatangani oleh Ajami)

penulis: Ajami Hashim

penerbit: Merpati Jingga

harga: RM15

muka surat: 60 halaman

blurb:

CerpenTwitter ialah koleksi cerpen yang dimulakan oleh Ajami Hashim di akaun twitter peribadinya http://www.twitter.com/ajamiha pada 15 Mac 2011 melalui hashtag #cerpentwitter.

Asalnya ia hanyalah sekadar melepaskan kebosanan untuk menulis apa sahaja perihal yang terlintas di fikirannya. Namun kemudiannya ia berkembang menjadi kegilaan untuk bercerita di laman media sosial itu setiap hari.

Setelah lebih setahun, Ajami telah berjaya mengumpul beratus-ratus cerpen. Dia mencabar dirinya sendiri untuk menulis cerpen tidak melebihi dari 140 aksara di ruang twitter yang terhad dan seboleh-bolehnya menggunakan ejaan penuh.

Buku ini ialah koleksi 500 cerpen terpilih yang dibahagikan kepada tiga segmen iaitu drama, misteri dan komedi. Drama ialah cerpen-cerpen yang agak serius atau aneka frasa. Misteri ialah koleksi cerpen yang ada aksi ganas, seram, sains fiksyen atau pelik. Manakala komedi ialah aneka cerpen yang berunsur jenaka gelap atau terang yang sekurang-kurangnya mengundang senyum dalam hati.

Setiap cerpen menceritakan sebuah situasi, monolog, dialog, perasaan, pendapat, persepsi atau sekadar ayat yang bebas ditafsirkan oleh sesiapa yang membacanya. Kadangkala ada juga cerpen yang berantaian jika dibaca secara berterusan tetapi masih boleh dibaca secara berdikari tanpa mengikut kronologi.

Terdapat juga cerpen-cerpen yang bermula dari ayat permulaan yang sama diikuti oleh ayat seterusnya yang menjadi cerita yang berasingan. Malahan Ajami pernah mengajak pengikut akaun twitternya untuk mencadangkan sepatah perkataan yang dikembangkan menjadi sebuah cerpen.


LAUT LEBIH INDAH DARI BULAN (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Laut Lebih Indah Dari Bulan (antologi skrip teater)

penulis: Namron

penerbit: Merpati Jingga

harga: RM15

muka surat: 82 halaman

blurb:

Lembu
merupakan kisah cinta yang sangat biasa, seolah-olah sebuah drama yang sudah klise. Nam Ron menjadikan kisah cintanya ini lain daripada yang lain, kerana cinta itu terhalang akibat perbezaan pegangan politik ahli keluarga teruna-dara. Apa yang lebih menarik, Nam Ron mengambil pendekatan komedi, dengan mengenengahkan peristiwa kehilangan seekor lembu yang sepatutnya menjadi korban untuk meraikan kedatangan seorang pemimpin. Dalam pada itu, beliau ketara menyuntik dan menjentik hal-hal yang dirasakan mengganggu fikirannya.

Proses
mengangkat masalah sosial yang sejak berkurun sudah mewarisi kehidupan masyarakat Melayu: kemiskinan dan tidak berpendidikan. Situasi ini diburukkan lagi dengan sikap sesetengah orang Melayu sendiri yang tidak begitu cerdik untuk mengatur kehidupan. Memberhentikan anak daripada persekolahan dan mengahwinkannya dalam usia muda jelas merosakkan terus masa depan anak itu.

Matderihkolaperlih
sebagai sebuah monodrama, mengambil pendekatan penceritaan dari sudut pandangan beberapa watak. Selain Derih sendiri, cerita juga disampaikan oleh watak rakannya, Solleh dan Wati. Kisah watak ‘budak’ nelayan dari Kuala Perlis yang bertukar menjadi gedebe yang mengutip duit perlindungan, menjadi tauke Song di Padang Besar, hingga akhirnya bertukar menjadi ahli politik. Detik paling menarik dalam riwayat Matderih ini ialah apabila dia menembak lelaki yang cuba memperkosa Wati dan didapati lelaki itu ialah ayahnya sendiri, yang dicari-cari selama ini. Ini adalah sisi gelap kehidupan ‘seorang Matderih’ yang cuba diperlihatkan oleh Nam Ron, sebagai analogi kepada kehidupan manusia yang memungkinkan segala-galanya, di sebalik takdir.

Aku Nak Jadi Bintang
mengungkapkan kisah seorang gadis desa dengan impian besarnya untuk menjadi bintang – sebagai artis yang hidup penuh glamor. Bagaimanapun dia terjebak dengan Alex yang menjadikannya “bintang” lain. Si gadis mula mengenali segala macam lelaki yang berjanji untuk menjadikannya bintang. Gadis lalu melayani kesemua mereka. Akhirnya dia bertemu dengan Johan yang bekerja dalam bidang perfileman dan gadis sangat meyakininya. Dan dia menyerah kepada Johan. Hingga akhirnya dia terbabit dalam perlakuan dan aksi yang membawa kepada tragedi.

Laut lebih Indah dari Bulan
semacam sekuel kepada Aku Nak Jadi Bintang, mengambil premis daripada satu peristiwa yang pernah berlaku dan menggemparkan negara tidak berapa lama dahulu. Kalau Aku Nak Jadi Bintang merupakan monolog atau penceritaan oleh gadis yang mahu menjadi ‘bintang” itu, Laut... memilih pendekatan penceritaan dari sudut pandangan isteri kepada lelaki yang menghadapi tuduhan sebagai pembunuh (Johan dalam Aku Nak Jadi Bintang?). Si isteri (Bulan) yang sangat setia dan percaya pada suaminya (Laut) itu sangat sukar untuk mempercayai kecurangan pasangannya, sehinggalah dia menemui bukti-bukti yang nyata.


SEMBANG TEPI JALAN: SYURGA YANG HILANG (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Sembang Tepi Jalan: Syurga YAng Hilang

penulis: Meor Yusof Aziddin

penerbit: Merpati Jingga

harga: RM20

muka surat: 134 halaman

blurb:

SEMBANG TEPI JALAN – SYURGA YANG HILANG ialah sebuah siri pengalaman yang dinukilkan setiap kali pertemuan dengan rakannya, Amin (bukan nama sebenar).

Amin telah ‘bertukar agama’. Dilahirkan sebagai Islam. Merantau dan berjaya. Amin mendakwa sangat akrab dengan alam roh yang bebas.

Amin menjadi seorang yang tidak mempercayai agama – a free-thinker. Namun, beliau percaya kepada wujudnya Tuhan. Free-thinkers adalah golongan yang percaya pada Tuhan mengikut kefahaman masing-masing. Free-thinkers bukannya atheist.

Semasa perantauan, Amin telah mengkaji Tuhan melalui agama – Islam, Kristian, Hindu, Zen, Yahudi, Buddha. Sesungguhnya, beliau tidak mempercayai orang yang beragama kerana golongan itu ramai yang berpura-pura. Mereka itu suka kepada kebaikan yang menunjuk-nunjuk. Kebaikan yang terbaik buatnya adalah dari dalaman, bukan luaran.


Wallahu alam

Tuesday, June 18, 2013

MEMOIR BUKAN MEMOIR (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Memoir Bukan Memoir (buku telah ditandatangani oleh Pekin)

penulis: Pekin Ibrahim

penerbit: Merpati Jingga

harga: RM30

muka surat: 136 halaman

blurb:

MEMOIR BUKAN MEMOIR satu penceritaan mengenai perjalanan Pekin Ibrahim di dalam mengejar impiannya menjadi seorang artis terkenal. Bukan seperti memoir biasa, kisah di dalam buku ini bermula daripada Pekin berusia 15 tahun sehingga ke-awal 20an, ketika beliau dan rakan saudaranya, Danny berhijrah ke Kuala Lumpur dari Kota Bharu. Penerimaan pengarah Silver Chong melalui filem vcd Pendekar (2000) menjadi lesen kepada Pekin ke dalam industri filem Negara dan antarabangsa. Pahit manis liku yang dilalui Pekin dinukilkan secara ringan. Perjalanan hidupnya selama lima tahun (1996 ke 2000) memberi iktibar kepada remaja-remaja yang masih merewang-rewang dan juga sebuah penceritaan sebenar seorang insan bernama Pekin Ibrahim, sesuai kepada setiap peringkat umur. Perjalanan yang dilalui itu juga banyak mengajar beliau menjadi lebih matang dan menginsafi akan kesalahan, keabaiannya masa lalu. Kesusahan itulah membuka hati Pekin untuk mengucup tangan ibunya buat pertama kali, yakni ketika beliau pulang berHari Raya pertama kali selepas merantau ke Kuala Lumpur. Pencapaian tertingginya apabila mendapat tawaran berlakon sebagai pelakon utama filem Bunohan yang berjaya menyertai pelbagai festival filem antarabangsa yang berprestij. Inilah kisah benar PEKIN IBRAHIM.


LIMELIGHT (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Limelight

penulis: Faizal Hussein

penerbit: Merpati Jingga

harga: RM30

muka surat: 100 halaman

blurb:

Faizal Hussein, nama yang tidak asing lagi bagi peminat filem tanahair. Beliau juga pewaris kepada legasi Allahyarham Seniman Hussein Abu Hassan dan Allahyarhamah Seniwati Mahyoun Ismail. Seawal usia lima tahun lagi, Faizal sudah pun beraksi di depan lensa kamera. Pengalaman beliau berada dalam industri lakonan selama 40 tahun ini dihuraikan di dalam buku LIMELIGHT.

LIMELIGHT mendedahkan profesionalisme kedua ibubapanya mendidik anak-anak, yang tidak pernah dikongsi selama hayat hidup Hussein Abu Hassan dan Mahyon Ismail. Faizal juga pernah berhadapan dengan tindakan gantung tidak bertali oleh syarikat penerbit drama untuk beberapa tahun atas kedegilan dan prinsip yang dipegang. Pernah dipilih sebagai ahli jawatankuasa SENIMAN, Faizal terpaksa melepaskan tanggungjawab tersebut kerana tidak sanggup melihat politik kotor dan kepentingan tertentu yang diperjuangkan. Faizal pernah memenangi beberapa anugerah dalam beberapa festival filem tanahair.

LIMELIGHT menceritakan bagaimana mengekalkan tahap profesionalisme beliau sehingga sekarang untuk dikongsi dengan sesiapa yang ingin menceburi dalam karier yang sama atau mahukan gambaran awal mengenai amalan industry perfileman tanahair.

Faizal juga menceritakan bibit-bibit manis berlakon dalam enam filem terpenting di dalam hidupnya; Antara filem-filem yang membawanya melonjak naik ialah Gila-gila Remaja (1985), Kanta Serigala (1992), XX Ray (1993), Fantasia (1994), Leftenen Adnan (2000) dan Bunohan (2012)


BOGEL MENUJU TUHAN (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Bogel Menuju Tuhan

penulis: Zahiril Adzim

penerbit: Merpati Jingga

harga: RM30

muka surat: 91 halaman

blurb:

BOGEL MENUJU TUHAN

adalah satu tajuk catatan yang aku tulis di blog satu masa dahulu. Ia merupakan satu keadaan yang aku gambarkan dalam setiap perjalanan kehidupan manusia yang percaya akan dugaan Tuhan. Tidak ada manusia yang terlepas dari dugaanNya. Maka, tidak adalah manusia yang tidak akan menempuh satu tempoh kesakitan, penuh perit dan pedih dalam hidupnya. 

Aku simpulkan, buku ini adalah antologi catatan dan puisi sewaktu aku dalam hari-hari tidak berwarna, sebelum Jingga.

*Zahiril Adzim*



HITAM PUTIH: CATATAN DAN PESANAN (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Hitam Putih: Catatan dan Pesanan (dengan cd muzik percuma)

penulis: Taj Addin

penerbit: Merpati Jingga

harga: RM30

muka surat: 96 halaman

blurb:

“Himpunan catatan dan pesanan ini adalah perjalanan aku, penerokaan ruang kelabu dalam diri sendiri.”
Taj Addin

HitamputiH — catatan dan pesanan — adalah seperti yang dinyatakan, sebuah himpunan catatan, pesanan dan olahan rasa yang diluahkan dalam sukatan yang sederhana buat anak-anaknya dan juga bagi mereka yang dikasihi. Kehidupan di dunia ini telah jelas hitam dan putihnya, hanya kita yang degil dengan tuntunan nafsu sehingga tercipta sebuah ruang kelabu yang baru dan sentiasa berubah-ubah. Atas kesedaran itu, kumpulan nota-nota ini juga merupakan sebuah penerokaan ruang kelabu dalam diri sendiri.

Ia dirupakan sebagai sebuah wasilah buat zuriyyatnya agar dapat mereka mengenalinya dengan lebih dekat selepas pemergiannya nanti.

Terkandung dalam butir-butir kata yang tersusun adalah pandangan beliau tentang keadaan dirinya sendiri dan tentang masyarakat sekelilingnya. Ia juga merupakan batu penanda bagi perjalanan hidupnya setakat ini; segala kejayaan, kegagalan, perkara yang melahirkan kelucuan juga airmata turut dimuatkan dengan gayanya yang agak naïf (walau sudah berusia hampir 40 tahun).


pada setiap kejadian, adalah sebuah kelahiran yang baru