Friday, July 25, 2014

TERTULIS DI BINTANG-BINTANG (THE FAULT IN OUR STARS) (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Tertulis di Bintang-Bintang

terjemahan The Fault in Our Stars

penulis: John Green

penterjemah: Birsilah Bakar

penerbit: Fixi Verso

harga: RM24.90

muka surat: 326 halaman

penerangan:

Terjemahan novel bestseller antarabangsa THE FAULT IN OUR STARS.
Bab terakhir hidup Hazel Grace Lancaster sudah siap tertulis ketika dia didiagnos dengan kanser. Walaupun tumornya mengecil dengan keajaiban perubatan yang dinamakan Phalanxifor, dia hidup dengan penantian yang tak kunjung tiba sehinggalah suatu hari di Kumpulan Sokongan, kejutan paling besar dalam hidupnya muncul dalam bentuk seorang budak lelaki hot bernama Augustus Waters.
Ini cerita tentang kesan-kesan sampingan kepada evolusi manusia yang berani memilih untuk jatuh cinta.
Tapi tak semua yang tertulis di bintang-bintang itu sempurna.

JOYLAND (BAHASA MALAYSIA)


tajuk: Joyland (Bahasa Malaysia)

penulis: Stephen King

penterjemah: Murni Mansor

penerbit: Fixi Verso

harga: RM24.90

muka surat: 388 halaman

penerangan:

Terjemahan Bahasa Malaysia pertama untuk penulis bestseller antarabangsa Stephen King.
Demi mengubati hati yang telah dilukai seorang gadis, Devin Jones, seorang pelajar kolej, membuat keputusan untuk bekerja di Joyland sewaktu cuti musim panas. Namun dugaan yang dihadapinya di sana ternyata lebih dahsyat. Di Joyland, persoalan demi persoalan di luar jangkauan minda menanti Devin: sebuah legasi pembunuhan yang kejam, untung nasib seorang kanak-kanak yang berada di ambang maut, dan sebuah pengajaran tentang realiti hitam kehidupan — serta alam selepas kematian — yang mengubah dunianya buat selama-lamanya.

Saturday, July 5, 2014

PILO TOQ (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Pilo Toq

penulis: Op Zaharin, Azzam Supardi dan Bahruddin Bekri

penerbit: Sindiket Sol-Jah

harga: RM15

muka surat: 96 halaman

penerangan:

Dalam buku PILO TOQ, Azzam Supardi, Bahruddin Bekri, dan Op Zaharin menulis cerita suami-isteri yang sweet-sweet dan mencuit hati.

bonus:

MADAME BOKARY (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Madame Bokary

penulis: Pelangi bin Awan dan Fikri Kacak

penerbit: Sindiket Sol-Jah

harga: RM15

muka surat: 80 halaman

penerangan:


"Alaaa, tangan Ma bau kari lah!" Itu mungkin kata emak bila kita nak cium tangannya sebelum pulang ke asrama. Iyalah, kari siapa paling sedap selain daripada kari emak kita, kan. Well tangan emak kita ni ada magis - kalau dia hidangkan nasi lauk kicap dengan telur goreng pun sedap.


Jarang kita dapat menulis sesuatu yang sweet tentang emak kita seperti yang ditulis dalam buku Madame Bokary ini.

MANCHESTER AKU MAI (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Manchester Aku Mai

penulis: Cakang

penerbit: Sindiket Sol-Jah

harga: RM15

muka surat: 104 halaman

penerangan:


Cakang adalah graduan kejuruteraan dari Manchester University. Mati-mati orang kampungnya ingat Cakang pergi sana untuk belajar pasal bolasepak. Pada Cakang, selain EPL, Old Trafford dan Sport City, Manchester ialah Hari Raya yang tak semeriah mana.


Cakang berkongsi pengalaman tinggal di bandar yang mempunyai populasi 512,000 orang di barat daya England dalam buku Manchester Aku Mai ini.

THE LANGUAGE BLUEPRINT


tajuk: The Language Blueprint: With Leadership and Communication Inspiration

penulis: Anwar Bakhari

penerbit: Kembara Ilmu Publication

harga: RM25

muka surat: 195 halaman

penerangan:

truly what separates successful people from unsuccessful people is not the position, the qualification, the management skill, the technical skill but simply the linguistic intelligence. this book inspiringly explains the lessons of linguistic intelligence and language mastery. the language blueprint: with leadership and communication inspiration is the language blueprint for individuals who want to step on their road to profound mastery and success.