Wednesday, April 29, 2015

KUNANG PESISIR MORTEN (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Kunang Pesisir Morten

penulis: Raiha Bahaudin

penerbit: Nubook

harga: RM20

muka surat: 212 halaman

blurb:


Kampung Morten 1984. Dengan sebatang sungai kotor bukan saja dipenuhi dengan sampah sarap dan ketam lumpur Uca Annulipes. Juga telah menjadi garis ghaib pemisah dua komuniti bangsa selama berdekad-dekad. Sehinggalah keajaiban berlaku dengan kehadiran seorang budak perempuan enam tahun comotnya ya ampun berambut gerbang.


Dhiya; seorang pemikir visual genius bersama-sama sahabatnya Adi dan Lim meneroka kota Melaka, menjadi usahawan kecil, menerokai dunia lukisan Monet, menjejak pencuri berkaki ghaib. Dan tanpa mereka sedari, sedikit perkara-perkara kecil yang mereka lakukan telah menaut jurang tebing antara dua bangsa. 

TERIMA KASIH SI BABI HUTAN: TUHAN KINI AKU DATANG (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Terima Kasih Si Babi Hutan: Tuhan Kini Aku Datang

penulis: Ismail Ariffin @ Lepat

penerbit: Dubook Press

harga: RM25

muka surat: 218 halaman

blurb:


"Terima Kasih Si Babi Hutan...Tuhan Kini Aku Datang" adalah perjalanan surreal dan nyata Ismail Ariffin @ Lepat saat dia berada dalam amukan kegilaan merempuh dugaan bertimpa yang mengasak jalan takdir hidupnya sembilan belas tahun dahulu. Siri-siri hikayat "Al-Kisah Mereka Tak Kisah" ini telah dia tulis sejak dari tahun-tahun berikutnya yang naskah asalnya telah beberapa kali hilang, dibakar orang, ditulis dan hilang lagi hingga yang tersisa hanyalah apa yang ada di fikirannya sahaja. Setelah mengambil keputusan untuk men'sabatikal'kan dirinya ke sebuah pulau akhirnya naskah lengkap ini berjaya juga disiapkan.


Ia juga adalah medium asal tulis tangan sebelum adanya Facebook dan YouTube sebagai wadah bagi dia meluahkan amukan akal fikirannya serta menjelaskan pada umum (selain membuat sebuah album lagu yang tak pernah dirilis sepenuhnya) tentang apa yang telah terjadi padanya kerana dia sudah lelah dengan tohmahan serta ketidakpedulian mereka-mereka yang seharusnya membela nasibya saat itu.



"Nak tau kesemua beli la buku ni, bukan berapa det pun, tak kena GST aihh, sapa tak beli rugii...abih ceritaa." Kata dia saat diminta pendapat tentang "blurb" buku ini.



Haramm sungguhh..kata aku!

ADVENTURA PULANG KE MALAYA (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Adventura Pulang ke Malaya

penulis: Badrul Hisham

penerbit: Dubook Press

harga: RM25

muka surat: 151 halaman

penerangan:

London - Malaya / 3 Basikal / 5 Bulan / 18 Negara

blurb:

Buku ini menceritakan sebuah kisah benar. Berbekalkan RM8000, aku berbasikal merentas 18 negara sejauh 11,000 km demi mengejar impian melihat dunia. Aku memulakan misi berbasikal ini hanya beberapa hari selepas aku tamatkan pengajian ijazah pertama jurusan Kejuruteraan Mekanikal di University of Sheffield, UK.

Moga pengembaraan bersejarah ini menjadi inspirasi buat seluruh rakyat Malaysia.

AKU KAFIR, KAU SIAPA? (JANGAN JAWAB) (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Aku Kafir, Kau Siapa? (Jangan Jawab)

penulis: Ooi Kok Hin

penerbit: Dubook Press

harga: RM20

muka surat: 189 halaman

blurb:

Ooi Kok Hin mencari perjalanannya dalam naratif yang ada tetapi dengan cara yang berbeza. Untuk tulisan ini, beliau telah melakukannya dengan rasa cinta yang hebat.
Kita dapat lihat keberaniannya dalam menunjuk masalah yang kita hadapi di kala ini, tetapi dengan perasaan ingin tahu yang seakan-akan naif, disajikan dengan pelbagai jalan yang boleh diambil agar kita mampu membaiki keadaan yang ada. Kita sedar, apa yang kita mampu buat adalah berdasarkan perbandingan dengan keadaan yang lebih teruk boleh berlaku di masa hadapan. Kesedaran kebaikan yang berasaskan keburukan adalah landasan harapan. Dan untuk itu kita harus berterima kasih kepada Ooi Kok Hin untuk suara dan tenaganya yang mampu menghidupkan harapan yang ada.
-Fuad Rahmat

TORA DATANG LAGI (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Tora Datang Lagi

penulis: Amirul Bozu

penerbit: Dubook Press

harga: RM25

muka Surat: 300 halaman

blurb:


"Buku Tora Datang Lagi ini berupaya mengenang memori retro dengan jelas dan terperinci. Menghabiskan buku ini sama seperti menyusun balik memori hidup mengikut timeline zaman kanak-kanak. Kita jumpa semula yang hilang, kita imbau balik yang sudah terlupa, kita bina balik blok-blok gambaran hidup zaman kanak-kanak dan segala keriangannya. Selepas ini kita tidak perlu bimbang jika aktiviti atau scene kanak-kanak kita terlepas dari ingatan. Simpan buku ini dan apabila hendak mengingati, bacalah. Bacalah untuk diri sendiri, bacalah untuk anak-anak dan bacalah untuk cucu-cicit di suatu masa nanti."


-Fdaus Ahmad 

HIKAYAT CALAQISYA (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Hikayat Calaqisya

penulis: Hazwan Faiz

penerbit: Dubook Press

harga: RM25

muka surat: 216 halaman

penerangan:

CalaQisya – Butik hijabster paling hip di Malaysia.
Mempunyai lebih 249k followers tegar.
Beberapa butik cawangan di Malaysia.
Perkongsian hikayat jatuh bangun CalaQisya.

BAGAIMANA ANYSS NAIK KE LANGIT? (TIADA DALAM STOK)



tajuk: Bagaimana Anyss Naik ke Langit?

penulis: Faisal Tehrani


penerbit: Dubook Press


harga: RM18


muka surat: 112 halaman


blurb (cetakan ketiga):

"P*NT*T AKU KOYAK P*NT*T AKU SAKIT"

Memang kat-kata itu mengejutkannya. Tetapi perempuan Penan diperkosa, dan seluruh negara tuli tidak mendengar. Tiada suara pembelaan. Seisi dunia tidak mendengar.

blurb (cetakan pertama):

Saya tak fikir isi Laporan Penilaian oleh Lembaga Penilai Manuskrip DuBook yang menyatakan bahawa manuskrip terbaharu Faisal Tehrani ini bebas Syiah sepenuhnya itu penting kerna soalan Mustaqim menampar saya selama 3 minggu yang berbunyi;

“Mengapa orang kita rasa menolong Palestina lebih bersyurga kalau Penan di halaman sendiri diperlakukan sebagai mangsa?” 

Tetapi yang lebih penting, manuskrip ‘Bagaimana Anyss Naik Ke Langit’ ini membuktikan fungsi ‘sastera’ dalam berpihak kepada masyarakat tertindas untuk melawan tirani. ‘Sastera’ tidak pernah dan tidak mungkin, berpaut dan bergayut di dagu pak menteri. Ini jelas melalui watak Ratu Sago;

“Dia dirogol berkali-kali. Setelah lembik, dia dimasukkan ke dalam sebuah perahu dan dihanyutkan di Sungai Melinau. Ketika itu berlaku, ada seekor belengang bertenggek di atas pohon jati memerhati. Ratu Sago tahu, ada roh orang mati yang datang melihat. Dan sejak itu Ratu berazam, untuk melaknat semua penjahat pembalak dan penguasa sepenuh hati. Dia mengidam untuk menjadi pennakoh. Dia akan memburu mereka. 

Profesor Anyss masih ingat ayat akhir Ratu Sago dalam interbiu yang sulit dirakamnya itu; ‘Pantat aku koyak. Pantat aku sakit.’ Memang kata-kata itu mengejutkannya. Tetapi perempuan Penan diperkosa. Dan seluruh negara tuli tidak mendengar. Tiada suara pembelaan. Seisi dunia tidak mendengar.”

-ZUL FIKRI ZAMIR