Tuesday, June 18, 2013

MEMOIR BUKAN MEMOIR (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Memoir Bukan Memoir (buku telah ditandatangani oleh Pekin)

penulis: Pekin Ibrahim

penerbit: Merpati Jingga

harga: RM30

muka surat: 136 halaman

blurb:

MEMOIR BUKAN MEMOIR satu penceritaan mengenai perjalanan Pekin Ibrahim di dalam mengejar impiannya menjadi seorang artis terkenal. Bukan seperti memoir biasa, kisah di dalam buku ini bermula daripada Pekin berusia 15 tahun sehingga ke-awal 20an, ketika beliau dan rakan saudaranya, Danny berhijrah ke Kuala Lumpur dari Kota Bharu. Penerimaan pengarah Silver Chong melalui filem vcd Pendekar (2000) menjadi lesen kepada Pekin ke dalam industri filem Negara dan antarabangsa. Pahit manis liku yang dilalui Pekin dinukilkan secara ringan. Perjalanan hidupnya selama lima tahun (1996 ke 2000) memberi iktibar kepada remaja-remaja yang masih merewang-rewang dan juga sebuah penceritaan sebenar seorang insan bernama Pekin Ibrahim, sesuai kepada setiap peringkat umur. Perjalanan yang dilalui itu juga banyak mengajar beliau menjadi lebih matang dan menginsafi akan kesalahan, keabaiannya masa lalu. Kesusahan itulah membuka hati Pekin untuk mengucup tangan ibunya buat pertama kali, yakni ketika beliau pulang berHari Raya pertama kali selepas merantau ke Kuala Lumpur. Pencapaian tertingginya apabila mendapat tawaran berlakon sebagai pelakon utama filem Bunohan yang berjaya menyertai pelbagai festival filem antarabangsa yang berprestij. Inilah kisah benar PEKIN IBRAHIM.


LIMELIGHT (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Limelight

penulis: Faizal Hussein

penerbit: Merpati Jingga

harga: RM30

muka surat: 100 halaman

blurb:

Faizal Hussein, nama yang tidak asing lagi bagi peminat filem tanahair. Beliau juga pewaris kepada legasi Allahyarham Seniman Hussein Abu Hassan dan Allahyarhamah Seniwati Mahyoun Ismail. Seawal usia lima tahun lagi, Faizal sudah pun beraksi di depan lensa kamera. Pengalaman beliau berada dalam industri lakonan selama 40 tahun ini dihuraikan di dalam buku LIMELIGHT.

LIMELIGHT mendedahkan profesionalisme kedua ibubapanya mendidik anak-anak, yang tidak pernah dikongsi selama hayat hidup Hussein Abu Hassan dan Mahyon Ismail. Faizal juga pernah berhadapan dengan tindakan gantung tidak bertali oleh syarikat penerbit drama untuk beberapa tahun atas kedegilan dan prinsip yang dipegang. Pernah dipilih sebagai ahli jawatankuasa SENIMAN, Faizal terpaksa melepaskan tanggungjawab tersebut kerana tidak sanggup melihat politik kotor dan kepentingan tertentu yang diperjuangkan. Faizal pernah memenangi beberapa anugerah dalam beberapa festival filem tanahair.

LIMELIGHT menceritakan bagaimana mengekalkan tahap profesionalisme beliau sehingga sekarang untuk dikongsi dengan sesiapa yang ingin menceburi dalam karier yang sama atau mahukan gambaran awal mengenai amalan industry perfileman tanahair.

Faizal juga menceritakan bibit-bibit manis berlakon dalam enam filem terpenting di dalam hidupnya; Antara filem-filem yang membawanya melonjak naik ialah Gila-gila Remaja (1985), Kanta Serigala (1992), XX Ray (1993), Fantasia (1994), Leftenen Adnan (2000) dan Bunohan (2012)


BOGEL MENUJU TUHAN (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Bogel Menuju Tuhan

penulis: Zahiril Adzim

penerbit: Merpati Jingga

harga: RM30

muka surat: 91 halaman

blurb:

BOGEL MENUJU TUHAN

adalah satu tajuk catatan yang aku tulis di blog satu masa dahulu. Ia merupakan satu keadaan yang aku gambarkan dalam setiap perjalanan kehidupan manusia yang percaya akan dugaan Tuhan. Tidak ada manusia yang terlepas dari dugaanNya. Maka, tidak adalah manusia yang tidak akan menempuh satu tempoh kesakitan, penuh perit dan pedih dalam hidupnya. 

Aku simpulkan, buku ini adalah antologi catatan dan puisi sewaktu aku dalam hari-hari tidak berwarna, sebelum Jingga.

*Zahiril Adzim*



HITAM PUTIH: CATATAN DAN PESANAN (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Hitam Putih: Catatan dan Pesanan (dengan cd muzik percuma)

penulis: Taj Addin

penerbit: Merpati Jingga

harga: RM30

muka surat: 96 halaman

blurb:

“Himpunan catatan dan pesanan ini adalah perjalanan aku, penerokaan ruang kelabu dalam diri sendiri.”
Taj Addin

HitamputiH — catatan dan pesanan — adalah seperti yang dinyatakan, sebuah himpunan catatan, pesanan dan olahan rasa yang diluahkan dalam sukatan yang sederhana buat anak-anaknya dan juga bagi mereka yang dikasihi. Kehidupan di dunia ini telah jelas hitam dan putihnya, hanya kita yang degil dengan tuntunan nafsu sehingga tercipta sebuah ruang kelabu yang baru dan sentiasa berubah-ubah. Atas kesedaran itu, kumpulan nota-nota ini juga merupakan sebuah penerokaan ruang kelabu dalam diri sendiri.

Ia dirupakan sebagai sebuah wasilah buat zuriyyatnya agar dapat mereka mengenalinya dengan lebih dekat selepas pemergiannya nanti.

Terkandung dalam butir-butir kata yang tersusun adalah pandangan beliau tentang keadaan dirinya sendiri dan tentang masyarakat sekelilingnya. Ia juga merupakan batu penanda bagi perjalanan hidupnya setakat ini; segala kejayaan, kegagalan, perkara yang melahirkan kelucuan juga airmata turut dimuatkan dengan gayanya yang agak naïf (walau sudah berusia hampir 40 tahun).


pada setiap kejadian, adalah sebuah kelahiran yang baru