Friday, December 2, 2016

LARI DARI SIBERIA (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Lari Dari Siberia

penulis: Leon Trotsky

penterjemah: Manya

penerbit: Thukul Cetak

harga: RM15

muka surat: 102 halaman

blurb:


Pada 3 Disember Kesatuan Soviet telah dikepung oleh tentera-tentera yang setia kepada kerajaan. Trotsky dan pemimpin-pemimpin Soviet yang lain telah dihadapkan ke pengadilan pada 1906, atas tuduhan menyokong pemberontakan bersenjata. Semasa perbicaraan, Trotsky telah memberikan beberapa ucapan yang terbaik sepanjang hayatnya dan membuktikan kebolehannya sebagai pemidato yang teragung. Dia disabitkan dengan kesalahan memberontak dan dijatuhi hukuman buang negara seumur hidup

MANIFESTO KOMUNIS (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Manifesto Komunis

penulis: Kark Marx & Friedrich Engels

penterjemah: Manya

penerbit: Thukul Cetak

harga: RM15

muka surat: 65 halaman

blurb:

Berapakah jumlah kematian akibat Komunisme sejak diperkenalkan?

USSR -- 20 juta
China -- 65 juta
Vietnam -- 1 juta
Korea Utara -- 2 juta
Kemboja -- 2 juta
Eropah Timur -- 1 juta
Amerika Latin -- 150,000
Afrika -- 1.7 juta
Afghanistan -- 1.5 juta

Belum pernah terjadi, hanya dengan satu ideologi, tak kurang dari 100 juta kematian disebabkan olehnya. Adakah kematian ini semuanya berpunca dari kitab berusia 168 tahun ini?

MEIN KAMPF: VOLUME 1 (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Mein Kampf: Volume 1

penulis: Adolf Hitler

penterjemah: Siti Zul Fatihah

penerbit: Thukul Cetak

harga: RM30

muka surat: 261 halaman

blurb:

Pertama kali diterbitkan pada 1925, terjual lebih dari 240,000 naskhah sebelum Hitler menjadi Canselor pada 1933, lebih dari 10 juta dijual setelah tamatnya perang dunia kedua, malah versi eBook-nya pula menduduki carta ke-4 muat turun di Amazon & ke-3 di iTunes pada 2014 selain terjual keras di India, Amerika dan negara Eropah lainnya.

Penulis buku ini, Adolf Hitler ialah lelaki yang memulakan Perang Dunia Kedua - perang yang membunuh 60 juta jiwa.

Adakah buku ini, yang ditulis sejurus sebelum dia menjadi Canselor - adalah titik permulaan kepada tragedi peperangan paling dahsyat di muka bumi sehingga kini?

ORKES MASYARAKAT MANUSIAWI (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Orkes Masyarakat Manusiawi

penulis: Dr Maszlee Malik

penerbit: Thukul Cetak

harga: RM25

muka surat: 220 halaman

blurb:

Di Malaysia dewasa ini, suasana mempergunakan agama untuk melarikan rakyat dari isu sebenar semakin ketara. Di satu sudut terdapat pihak yang oportunis untuk mengekalkan kekuasaan dan korupsi mereka dengan membangkitkan isu berkaitan sentimen agama. Golongan ini cuba mewujudkan sinonim bahawa mempertahankan agama adalah selari dengan agenda mengekalkan kekuasaan mereka. Mempertahankan agama pula ditonjolkan di dalam kerangka isu-isu sensitif melibatkan perkauman dan juga keagamaan. Mempertahankan agama menurut pentafsiran mereka adalah dengan meletakkan golongan berkepentingan ini di tempat yang tinggi dan kemudiannya mereka bebas melakukan korupsi, rasuah, memperbanyakkan aktiviti maksiat, tetapi di dalam masa yang sama menafikan hak-hak penganut agama lain.

FILSUF UNTUK NOOB (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Filsuf Untuk Noob

penulis: Dayang Sifar

penerbit: Thukul Cetak

harga: RM25

muka surat: 161 halaman

blurb:


Dari Augustine, Ibn Sina sampai Al Ghazali. Dari Descartes sampai Hume. Dari Kant sampai Hegel. Dari Schopenhauer sampai Kierkergaard. Dari Sokrates sampai Nietzsche, semuanya diterangkan dalam bahasa yang paling mudah, bahasa orang muda untuk budak noob falsafah macam kau.


Tapi jangan risau, Dayang Sifar kini mengaji dalam bidang Falsafah di University of Lauven, Belgium (salah sebuah Universiti Top 30 dalam bidang Falsafah).



Bak kata Al-Ghazali dalam kitab Al-Jawahir AlQuran;
"Kalau yang berjalan tepi laut, takkan kau tak ingin menyelam kedalamnya, melihat apa khazanah di dasarnya? Takkan kau tak ingin berlayar dan meneroka pulau-pulaunya? Puas sajakah kau hanya berjalan meniti air di pantai?"

Thursday, December 1, 2016

METAMORFOSIS DAN KISAH2 LAIN


tajuk: Metamorfosis Dan Kisah2 Lain

penulis: Franz Kafka

penterjemah: Perewa

penerbit: Thukul Cetak

harga: RM25

muka surat: 133 halaman

penerangan:

Metamorfosis dan Kisah2 Lain adalah novella oleh Franz Kafka, pertama kali diterbitkan pada tahun 1915. Ia telah dipanggil salah satu karya seminal fiksyen abad ke-20 dan dikaji di kolej dan universiti di seluruh dunia Barat. Ia telah dialih sepenuhnya ke dalam Bahasa Melayu sepenuhnya.
Cerita ini bermula dengan jurujual kembara, Gregor Samsa, bangun untuk mencari dirinya berubah (dimetamorfosis) ke dalam, besar salahnya serangga seperti makhluk yang besar. Punca transformasi Gregor yang tidak pernah dinyatakan dan Kafka sendiri tidak pernah memberikan penjelasan. Selebihnya novella tawaran Kafka dengan cubaan Gregor untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru kerana beliau memperkatakan yang membebankan ibu bapa dan kakaknya, yang ditolak oleh makhluk yang menengerikan penuh kutu.
blurb:

Di waktu pagi nan hening, Gregor Samsa bangun dari mimpi buruknya, dia mendapati dirinya bertukar menjadi serangga yang menakutkan. Badannya direbahkan dan merasakan sesuatu yang keras seperti cengkerang di belakang badannya. Jika kepalanya diangkat, dia boleh melihat perutnya yang berwarna coklat serta cembung dan terbahagi pada bahagian yang keras melengkung. Terbahagi kepada tulang rusuk yang melengkungkaku, di atas itulah selimut yang menutup tubuhnya hampir melorot ke bawah. Kaki-kakinya yang banyak, yang sangat kurus jika dibandingkan daripada bahagian tubuhnya yang lain, melambai-lambai tidak berdaya di hadapan kedua matanya. 

"Apa yang telah berlaku?"

SANG PENGUASA


tajuk: Sang Penguasa

penulis: Niccolo Machiavelli

penterjemah: Zamir Mohyedin

penerbit: Thukul Cetak

harga: RM25

muka surat: 118 halaman

blurb:


Sang Penguasa ialah sebuah karya politik yang ditulis oleh Niccolo Machiavelli pada 1513.

Tetapi buku ini tidak diterbitkan sehingga 1532, iaitu lima tahun selepas kematiannya.

"Orang Melayu yang kuat makan budu, makan belacan kena baca buku ni, bagi cerdik sikit masa mengundi nanti," Anas, anak muda Kampung Pisang

"Kalau semua ahli UMNO baca buku ni, tak ada can lah orang Cina nak memerintah kita," Pak Abu, pengembala lembu kampung sebelah.

"Rafizi ni tak pernah baca buku ni ke dia jadi macam tu la ni?" Ah Chong, bekas ketua perwakilan MCA Bukit Bintang.

WABAK


tajuk: Wabak

penulis: Albert Camus

penterjemah: Haris Murshidi

penerbit: Thukul Cetak

harga: RM30

muka surat: 399 halaman

blurb:

Peristiwa aneh di dalam cerita ini terjadi pada tahun 1940-an di Oran. Semua orang sependapat yang kejadian luar biasa seperti itu tidak sepatutnya berlaku di tempat itu. Sebab paling utama, Oran adalah sebuah bandar biasa saja, tidak lebih daripada sebuah pelabuhan jajahan Perancis, juga sebagai pusat pentadbiran Perancis di kawasan pantai Algeria.


Rieux tahu cerita ini bukanlah tulisan yang menceritakan kemenangan terakhir. Cerita ini hanyalah satu kesaksian dari apa yang patut dilakukan, dan akan dilakukan lagi dalam perjuangan tanpa henti melawan kejahatan dan serangannya yang tidak henti-henti. Meskipun dibebani kesengsaraan peribadi, oleh orang yang menolak untuk tunduk kepada penyakit (walaupun tidak dapat menjadi wali keramat), namun berusaha sedaya upaya untuk menjadi penyembuh.


Mungkin akan tiba suatu hari, sebagai penderitaan dan pencerahan bagi manusia, wabak akan membangunkan tikus-tikus sekali lagi, dan menghantar mereka untuk mati di sebuah bandar yang bahagia.

penerangan:

Wabak adalah sebuah novel oleh Albert Camus, yang diterbitkan pada tahun 1947 dan kini telah di alih ke dalam Bahasa Melayu, yang menceritakan kisah seorang wabak menyapu bandar Algeria Oran. Ia meminta beberapa soalan yang berhubungan dengan sifat takdir dan keadaan manusia. Watak-watak dalam buku ini, yang terdiri daripada doktor untuk pelancong untuk berhijrah, semua bantuan untuk menunjukkan kesan penyakit itu telah pada penduduk.

PIDATO & STRATEGI PERANG (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Pidato & Strategi Perang

penulis: Che Guevara

penterjemah: Zikri Rahman

penerbit: Thukul Chetak

harga: RM25

muka surat: 115 halaman

blurb:


Sejak berusia dua tahun, Che Guevara menghidap asma yang dideritai sepanjang hidupnya. Oleh kerana itu, keluarganya berpindah ke daerah yang lebih kering iaitu di daerah Alta Gracia (Cordoba). Namun begitu, kesihatannya tetap tidak membaik. Dirinya mendapat didikan awal di rumah, dengan sebahagian besar diajar ibunya sendiri, Celia de la Serna.


Pada usianya yang masih muda, Che Guevara merupakan seorang pembaca yang tekun. Beliau mendalami karya Marx, Engels dan Freud yang ada di perpustakaan ayahnya. Boleh jadi dirinya sudah pun membaca karya-karya tokoh besar ini sebelum memasuki persekolahan peringkat menengahnya (1941) di The Colegio National Dean Funes, Cordoba. Di sekolahnya, beliau merupakan pelajar yang terbaik di bidang sastera dan olahraga.



Pelbagai peristiwa yang berlaku sekaligus mempengaruhi diri Che Guevara sejak muda. Dirinya melihat sebuah penghinaan dalam pantomim yang dilakonkan dalam sistem demokrasi berparlimen serta kebenciannya yang membuak-buak pada ahli-ahli politik didokong tentera, kapitalis serta yang paling jelas kepada matawang Dolar Amerika yang dianggap sebagai lambang penjajahan.


penerangan:

"Che menjadi legenda. Dirinya dikenang atas keberaniannya, penampilannya yang romantik, karismanya yang menarik, sikapnya yang tidak mengenal kompromi serta menolak penghormatan berlebihan, penghujahannya untuk sebuah revolusi yang murni dan pengabdian dirinya untuk menolak kekejaman, juga sikapnya yang ranggi."

DOWN & OUT DI LONDON & PARIS


tajuk: Down & Out di London & Paris

penulis: George Orwell

penterjemah: Lokman

penerbit: Thukul Cetak

harga: RM30

muka surat: 294 halaman

penerangan:

Down & Out di London & Paris adalah tulisan pertama oleh penulis Inggeris George Orwell, yang diterbitkan pada tahun 1933 dan diterjemah sepenuhnya ke dalam Bahasa Melayu. Ia adalah memoir dalam dua bahagian pada tema kemiskinan di kedua-dua bandar. Bahagian pertama ialah kisah hidup di Breadline di Paris dan pengalaman pekerja kasual di dapur restoran. Bahagian kedua ialah travelog hidup di jalan raya di dalam dan sekitar London dari perspektif tualang, dengan pelabagi perihal jenis asrama yang ada dan beberapa watak-watak itu yang tinggal di margin.

blurb:

pukul 7:00 pagi, rue du coq d'or, paris. kedengaran jeritan-jeritan bengis yang berterusan dari jalan. madame monce yang memiliki sebuah hotel kecil bertentangan dengan tempat tinggal saya keluar ke jalan untuk berkata sesuatu kepada seorang penyewa bilik hotelnya di tingkat tiga. madame monce memakai kasut besar dan rambut putihnya mengurai ke bawah.

madame moce: perempuan murahan! berapa kali sudah aku beritahu, jangan penyekkan serangga di dinding? kau ingat hotel ini engkau yang beli ke? kenapa kau tak boleh buang ke luar macam orang lain buat? 'PELACUR!'

perempuan di tingkat tiga: 'LEMBU!'

BERLARI DARI JOGJA UNTUK MENEMUKAN SI DIA DI CHRISTIANA (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Berlari Dari Jogja Untuk Menemukan Si Dia Di Christiana

penulis: ZF Zamir

penerbit: Thukul Chetak

harga: RM25

muka surat: 199 halaman

blurb:


Kau tahu Kabumen itu di Jogja kan?

Ya, tahu.
Jadi Christina itu pula di mana?
Copenhegen.
Copenhegen? Di mana itu Mir?
Denmark.
Aduh, berapa jauhnya Denmark itu?
Sudahnya, sampai bila agaknya kau nak lari?
Sampai jumpa.
Gila. Kalau pun jumpa, kau ingat berapa lama kau nak sampai ke Denmark sana?
Gila mana pun, aku perlu cari Si Dia.
Memang macam inilah perangainya.
Amer, kalau ini rasanya Gila, biar aku terus Gila Seperti ini. Jangan sedarkan aku.


penerangan:

Kompilasi catatan-catatan perjalanan penulis merentas benua dari Jogjakarta sehingga di Christiana di Copenhagen.

SUATU HARI NANTI MANUSIA AKAN MELUPAKAN TUHAN (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Suatu Hari Nanti Manusia Akan Melupakan Tuhan

penulis: Fahmi Mustaffa

penerbit: Simptomatik Press

harga: RM25

muka surat: 408 halaman

blurb:

Pada tahun 2112 Masihi, manusia akan melupakan Tuhan. Agama dipakai seperti persalinan sutera – setiap orang memakainya mengikut agenda peribadi, terlihat suci dan mewah sekali.


Asyik sekali manusia berbalahan, - sehinggalah pada tahun 2060 Masihi, Gempa Mega dan TsunamiRaya menjadi anarki teragung, memusnahkan peta dunia yang kita kenal hari ini. Sebahagian daripada Amerika Syarikat tenggelam. Malaysia sudah terhapus ditampar Gempa Mega dan Tsunami Raya yang berjujukan; hanya tinggal sebuah dataran besar, diberi nama neo-Kuala Lumpur yang ditadbir oleh Tuan Presiden maha haloba.


Razieff adalah neo-Human yang didatangi mimpi tentang Tuhan. Anak tunggal saintis neo-Human Mama Juwita, dia berkelana menemui Buhaira’, seorang ulama tunggal neo-Human yang masih hidup untuk mempelajari suatu rahsia agung.



Sejarah adalah roda dan penghukum tegar kepada yang melupakan. Nafsu manusia yang terdidih bergumpal menjadi amukan perang di akhir zaman, sebelum menunggu Isa al-Masih. Ada rahsia di antara Buhaira’ dan Tinta Pujangga, juga tentang Bahtera Nabi Nuh yang akan menyelamatkan mereka. Mungkinkah Suatu Hari Nanti, Manusia Akan Melupakan Tuhan?

Tuesday, September 6, 2016

MASUK BARISAN: JIWA KACAU YANG SATU LAGI


BLOOK

tajuk: Masuk Barisan: Jiwa Kacau yang Satu Lagi

penyelenggara: Basri, Jigo, Attokz

penerbit: Mak Itam Network Enterprise

harga: RM23

muka surat: 188 halaman

blurb:


Geng Jurnal kembali mempersembahkan projek-cabut-palam bagi membakar tangan-tangan yang masih segan untuk berkenalan dengan tetikus dan papan kekunci.


MASUK BARISAN bukanlah buku propaganda politik tetapi adalah blook yang menghimpunkan entri-entri terpilih lebih daripada 20 penulis blog tempatan. Dilonjakkan oleh kejayaan luar jangkaan blook JIWA KACAU, MASUK BARISAN sekali lagi menyusuri kehidupan yang tentunya tidak selalu manis, wangi dan berangin bak daun pudina.

Seperti juga JIWA KACAU, MASUK BARISAN mengekalkan kepelbagaian rasa masin masam manis pahit payau untuk digigit, dikunyah, diratah, ditelan dan dihadam bagi memenuhi selera segenap lapisan masyarakat.

Thursday, September 1, 2016

DI KAKI BUKIT CIBALAK


BUKU INDONESIA

tajuk: Di Kaki Bukit Cibalak

penulis: Ahmad Tohari

penerbit: Penerbit PT Gramedia Pustaka Utama

harga: RM25

muka surat: 170 halaman

blurb:

Perubahan yang mendasar mulai merambah desa Tanggir pada tahun 1970-an. Suara orang menumbuk padi hilang, digantikan suara mesin kilang padi. Kerbau dan sapi pun dijual karena tenaganya sudah digantikan traktor. Sementara, di desa yang sedang berubah itu muncul kemelut akibat pemilihan kepala desa yang tidak jujur. Pambudi, pemuda Tanggir yang bermaksud menyelamatkan desanya dari kecurangan kepala desa yang baru malah tersingkir ke Yogya. Di kota pelajar itu Pambudi bertemu teman lama yang memintanya meneruskan belajar sambil bekerja di sebuah toko. Melalui persuratkabaran, Pambudi melanjutkan perlawanannya terhadap kepala desa Tanggir yang curang, dan berhasil. Tetapi pemuda Tanggir itu kehilangan gadis sedesa yang dicintainya. Dan Pambudi mendapat ganti, anak pemilik toko tempatnya bekerja, meski harus mengalami pergulatan batin yang meletihkan.

HAFALAN SHALAT DELISA (TIADA DALAM STOK)


BUKU INDONESIA

tajuk: Hafalan Shalat Delisa

penulis: Tere Liye

penerbit: Republika Penerbit

harga: RM30

muka surat: 266 halaman

sinopsis:


Delisa anak perempuan yang bermata hijau, bening dan umurnya baru mencecah lima tahun. Dia hidup dalam keluarganya yang sebegitu, dia cuba menghafal bacaan dalam solat dengan bantuan ibu dan kakaknya.


Namun Tuhan lebih tahu apa yang lebih baik untuk hamba-Nya. Tsunami datang melumatka senyuman pada wajah Delisa. Tsunami mengambil segala-galanya, keluarga juga kaki kecilnya. Yang tersisa, hanya dia dan ayahnya, dan dalam keadaan sebegitu apakah Delisa mampu tetap tersenyum seperti dahulu dan menyudahkan hafalannya?


- Telah difilimkan & ditonton puluhan juta pemirsa.

- Salah satu buku dengan rating tertinggi di www.goodreads.com, 4 dari 5 bintang.

Sunday, February 28, 2016

MOSH ZINE #17 (ZINE)


ZINE

tajuk: Mosh Zine #17

penulis: Nizang

penerbit: KaryaRaya Publishing

harga: RM12

muka surat: 98 halaman

penerangan:

texts, arts & rock n roll.

keluaran ke 17 zine Mosh yang memuatkan temuramah dengan band punk/indie lokal, artikel, kolum dan ulasan-ulasan zine dan muzik.

menampilkan Khottal, Iqbal M., Brayok, Belacak, Aizat Tarmizi, Con-Damn The Corruptor dengan penulis jemputan Ra1m1, Daniyal Kadir, Kudin, Syahmi dan Amirul Jaafar.

"Ikan kecil takkan menjadi makanan ikan besar selamanya."

AKSI REAKSI 2: DOKUMENTASI DUM DUM TAK


tajuk: Aksi Reaksi 2: Dokumentasi Dum Dum Tak

penulis: Nizang

penerbit: Perak Alternatif Press & Distro, KaryaRaya Publishing

harga: RM15

muka surat: 102 halaman

penrangan:

kata Nizang "Bulan Januari 2012 lepas, kawan kami Zulhabri (Pekan Frinjan) ada terbitkan buku kami Aksi Reaksi sebanyak 100 salinan. Buku tu dah lama sold-out. Lepas tu harini, dengan bantuan Anuar dari Perak Alternatif Press & Distro, kami terbitkan buku Aksi Reaksi 2. Kalini isi dah ditambah dan dikemaskini. Juga ada prakata oleh Hishamuddin Rais (Tukar Tiub). 110 muka surat bersaiz A6 (sesuai utk traveller masukkan dalam kocek). Ikuti perjalanan band ni, asam garam, naik turun, pengalaman kami dan juga sikit sebanyak perihal scene punk, hardcore, indie, seni, politik, muda-mudi tempatan."

"DUM DUM TAK merupakan satu fenomena dalam scene muzik, sosial dan politik." -ANIX, Punk Rocker