Monday, December 23, 2013

MENUJU REFORMASI PERUNDANGAN ISLAM


tajuk: Menuju Reformasi Perundangan Islam

penulis: Abdullahi Ahmed An-Na'im

penterjemah: Al-Mustaqeem M Radhi, Adib Zalkapli & Omarsaid

penerbit: MEGC

harga: RM25

muka surat: 269 halaman

penerangan:

Buku ini merupakan terjemahan dari buku asal 'Toward an Islamic Reformation'

Dapatkah Syariah dilaksanakan di zaman moden? Apakah isu-isu yang berbangkit dari persoalan tersebut? Dapatkah Syariah menjamin hak semua manusia? Benarkah Syariah bertentangan dengan hak asasi manusia? Aspek apakah yang bermasalah di dalam perundangan Islam dan bagaimana penyelesaiannya? Apakah sekularisme satu-satunya pilihan selain Syariah?

Menerusi buku ini, pemikir asal Sudan Abdullahi Ahmed An-Naim membincangkan persoalan-persoalan berkenaan, menyarankan jawapan, dan mengemukakan model dan kaedah untuk mencapai reformasi yang menyeluruh bagi Syariah, khususnya dalam aspek yang berkaitan dengan isu-isu keperlembagaan, undang-undang jenayah, undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia. Penyelesaian yang dikemukakan buku ini membuka kemungkinan untuk Syariah diterapkan di zaman ini tanpa bertembungan dengan piawaian-piawaian perundangan moden dan hak asasi manusia.

"Bagi menggantikan tempat Syariah yang lama, An-Naim menganjurkan sistem perundangan Islam yang sepenuhnya baru, sistem yang beliau percaya dapat menjadi asas yang sesuai untuk kehidupan Islami dalam dunia kontemporari. Ia adalah sebuah rumusan sepadu berkaitan struktur politik, tata sosial, undang-undang jenayah dan hak asasi manusia."
-JOHN VOLL

TIADA PAKSAAN DALAM AGAMA (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Tiada Paksaan Dalam Agama

penulis: Taha Jabir Al-Awani

penterjemah: Yodi Indrayani & Al-Mustaqeem M Radhi

penerbit: IKD

harga: RM25

muka surat: 192 halaman

penerangan:


Buku ini merupakan karya terjemahan dari buku asal berjudul La ikraha fi al- Din


Buku ini ditulis untuk menjawab persoalan-persoalan yang semakin penting dan bertambah rumit. Antara persoalan yang dibincangkan di sini ialah:

- Adakah Allah Taala mensyariatkan hukuman duniawi, iaitu hukuman bunuh, bagi mereka yang menukar kepercayaan agamanya?

- Adakah Kitabullah dan Sunnah Rasulullah menyatakan sebarang hukuman bunuh yang syarie bagi orang yang menukar kepercayaannya tanpa sebarang sebab?

- Pernahkan Rasulullah SAW menghukum bunuh orang murtad yang tidak melakukan kesalahan selainnya sepanjang hayat baginda di Mekah dan Madinah?

- Kenapa Rasulullah menjawab dengan sabda baginda, "[Agar] jangan orang mengatakan yang Muhammad membunuh teman-temannya," apabila saranan diajukan agar baginda membunuh beberapa munafik yang menyakiti baginda?

- Adakah wujud ijmak ummah di zaman ijmak atas kewajipan membunuh orang murtad atau mereka yang menukar agamanya?

- Adakah Abu Bakar Al-Siddiq memerangi 'golongan murtad' semata-mata kerana mereka menukar kepercayaan atau kerana mereka memikul senjata untuk memerangi Muslim dan cuba memberontak terhadap pemerintah serta memecah-belahkan kesatuan ummah?

- Adakah "iktikad kalbu" dapat dibentuk dengan pedang kekerasan dan pemaksaan?

Inilah antara persoalan-persoalan yang cuba ditangani oleh buku ini dengan berdasarkan kepada rujukan-rujukan Islam, terutamanya Quran dan Sunnah Nabawi.

Kandungan:

Mukadimah
Bab:
1) Asas Permasalahan
2) Premis Perumusan
3) Bahaya Akulturasi sebelum Membangun Metodologi dan Paradigma Sendiri
4) Hakikat Murtad dalam Islam
5) Sunnah Nabi dan Hukuman Mati bagi Murtad
6) Pandangan Mazhab Fekah tentang Hukuman Murtad
7) Ulama-ulama yang Dituduh Murtad
Penutup