Saturday, May 11, 2013

PUTERA GUNUNG TAHAN (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Putera Gunung Tahan

penulis: Ishak Haji Muhammad (Pak Sako)


penerbit: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia


harga: RM20


muka surat: 110 halaman


blurb:

Cintanya terhadap bangsa dan tanah air terlalu besar. Kerana itu, dia sanggup mengorbankan segala kemewahan yang dinikmatinya sebagai pegawai tadbir pada zaman kolonial dulu. Oleh sebab dia lahir dalam kalangan rakyat, maka dia mahu hidup dan berdamping dengan rakyat. Dia mahu sama-sama merasai susah payah dan derita lara yang ditanggung mereka.

Dia bukan sahaja seorang wartawan yang berkebolehan , tetapi seorang penulis berbakat. Bakatnya digunakan untuk menyedarkan dan meniupkan semangat memperjuangkan kemerdekaan daripada penjajah. Kebetulan pada waktu dia giat dalam lapangan penulisan, semangat kebangsaan sudah mula menampakkan riaknya.

Lahirlah beberapa buah novelnya, Putera Gunung Tahan dan Anak Mat Lela Gila merupakan novelnya yang terkuat dan berkesan. Novel-novel tersebutlah yang mengharumkan namanya sebagai novelis ulung pada zamannya. Kedua-dua novel itu mencerminkan pandangan dan cita-citanya sebagai seorang patriot dan sasterawan.

Itulah Ishak Haji Muhammad yang ketokohannya dalam dunia sastera Melayu tidak dapat dinafikan lagi.

BUDAK BECA (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Budak Beca

penulis: Ishak Haji Muhammad (Pak Sako)

penerbit: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia

harga: RM25

muka surat: 199 halaman

blurb:

Pak Sako bukanlah nama asing dalam dunia kesusasteraan Melayu. Dalam setiap tulisannya, nasionalisme yang menjadi jati beliau jelas terpancar. Kecintaan Pak Sako terhadap tanah air dan semangat antipenjajahnya diterapkan secara sinikal dalam banyak karya beliau. Pak Sako mengkritik dalam sendanya. Walaupun kadang-kadang teknik penceritaan yang digunakan oleh Pak Sako agak ‘berkhutbah’, namun estetika sebagai suatu karya masih lagi utuh terpelihara.

Dalam Budak Beca, Pak Sako mengkritik sikap bangsawan Melayu yang lupa akan peranan masing-masing. Pak Sako juga menyuarakan kebimbangannya bahawa orang Melayu hanya sekadar menjerit Merdeka! tatkala menyambut turunnya Union Jack, tetapi tidak tahu cara untuk mengisi kemerdekaan itu nanti. Beliau juga menyuarakan betapa orang Melayu semakin terhimpit di bumi sendiri dek sikap mereka. Keadaan ini diparahkan lagi dengan berlakunya perubahan sosioekonomi Tanah Melayu akibat dasar yang dibuat oleh penjajah Inggeris. Ini semua menyesakkan dada Pak Sako. Lantaran itu, lahirlah Budak Beca bagi mengingatkan dan menyedarkan orang-orang Melayu agar tidak berdagang di tanah sendiri.

ANAK MAT LELA GILA (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Anak Mat Lela Gila

penulis: Ishak Haji Muhammad (Pak Sako)

penerbit: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia

harga: RM20

muka surat: 184 halaman

blurb:

Anak Mat Lela Gila karya Ishak Haji Muhammad pertama kali diterbitkan pada tahun 1960. Ia mengisahkan seorang pemuda yang dianggap gila oleh penduduk kampung- suka membersihkan laman masjid namun tidak pernah menjengah ke dalamnya. Novel yang dibelai dengan penuh perhatian ini terkandung banyak maksud tersirat. Ishak Haji Muhammad secara halus menyampaikan kritik sosial melalui karya ini dengan gaya bahasa lama yang mudah untuk difahami.

Walaupun novel ini dihasilkan 40 tahun yang lalu, namun Ishak Haji Muhammad atau Pak Sako seperti sudah tahu penyakit yang akan dihadapi oleh generasi akan datang. Kebanyakan isu-isu masyarakat yang diketengahkannya adalah malar segar dan masih berlaku sehingga ke hari ini lalu dapat kita rasakan pemikiran Pak Sako merentasi zamannya.