Thursday, September 10, 2015

AMUK MALAM MERDEKA


tajuk: Amuk Malam Merdeka

penulis: Ronasina

penerbit: DuBook Press

harga: RM20

muka surat: 143 halaman

orang-orang hebat pun ada pandirnya juga

blurb:


Novel komedi satira yang mengisahkan Hang Tuah, Hang Jebat dan Munsyi Abdullah muncul di kota Kuala Lumpur tahun 2015. Mereka bertemu Hadi, seorang kartunis hebat yang menghadapi masalah mencari idea untuk mengembalikan semula kegemilangan karyanya.

Pertembungan karektor antara Munsyi, Hang Tuah, Hang Jebat dan Hadi yang mewakili perspektif generasi masakini menimbulkan perdebatan hangat tentang jatidiri, kemajuan, prinsip dan nilai kemanusiaan.

Novel satira santai namun sarat falsafah ini menampilkan tema perbahasan dan hujah-hujah yang kuat dan kukuh.

dengan 5 ilustrasi penulis.

LAKI GARDEN


tajuk: Laki Garden

penulis: Fazleena Hishamuddin, Pnut Syafinaz, Sofia J. Rhyland

penerbit: Studio Anai Anai

harga: RM20

muka surat: 120 halaman

bila bini berbicara sweet-sweet tentang laki mereka,
burung-burung pun berkicau riang

blurb:

"Laki mereka tak romantik. Tetapi, mereka bahagia jewr!"
Sinaganaga, mangsa cinta, ahaks.


Buku ini adalah himpunan cerita daripada tiga orang bini tentang laki mereka. Apapun, ini bukan cerita keluh-kesah kerana laki mereka tak romantik. Bukan juga cerita yang membanding-bandingkan laki romantik dengan laki tak romantik. Dan, jauh sekali cerita 'di dalam kelambu'. (Cerita 'dalam kelambu' biarlah kekal di dalam kelambu sahaja ya.)

Ini kisah sweet-sweet yang menjadi tali pengikat hubungan mereka. Tali yang kita tak boleh nampak dengan mata kasar, tetapi kita tahu tali itu ada di situ...

Pada mereka, romantik orang lelaki ni tidak semestinya datang dalam bentuk kata-kata manis pada kad ucapan ulang tahun, atau sejambak bunga, atau sekotak cokelat, atau sebungkus gula-gula. Kadang-kadang ia datang dalam bentuk perbualan seharian seperti, "Gulai lemak telur itik campur belimbing buluh yang awak masak semalam tu ada belen lagi tak? Saya nak bawa bekal pergi kerjalah. Sedap!"

Atau barangkali dalam bentuk, "Selalunya, laki I suruh I tidur dulu nyenyak-nyenyak supaya I tak terganggu dengan dengkur dia yang macam bunyi traktor tu. Sweet-kan!"

Mmm, how lucky they are... kan!?

- OP Zaharin -
Setiausaha Pertahanan Sindiket Sol-Jah

MADAME BOKARY II


tajuk: Madame Bokary II

penulis: Fikri Kacak

penerbit: Studio Anai Anai

harga: RM20

muka surat: 128 halaman

"Down juga bila mak hias makanan dalam pinggan macam Ahmad Maslan ni."

blurb:


'Anak emak' memang manja. Macam Fikri Kacak. Macam saya. Macam sebahagian kecil 'anak emak' di luar sana.

Bukan semua orang sukakan 'anak emak'. Tetapi percayalah, kami punya peminat kami sendiri. "I suka you sebab you manja. Manja sangat. Macam kucing. I suka kucing, tau!" See! *Bahak*

Ada orang beritahu, kalau nak pikat 'anak emak' - kena pikat emaknya dulu. Sebab, 100% rahsia diri si anak berada di dalam genggaman si emak dan si emak bukannya tahu nak simpan rahsia sangat. "Kalau nak tahu, Elizabeth...., Si Fikri ni, masa umur dia dah 10 tahun pun masih kencing tilam lagi..." Tetapi selalunya, si emak akan cover semula si anak. "Sekarang dah ok. Dah tak kencing tilam dah."

Ini bukanlah buku tentang kami - 'anak emak'. Ini buku tulisan Fikri Kacak. Dalam buku ini Fikri Kacak bercerita tentang dia dan emaknya. Entahlah, semasa saya membaca teks buku ini, tiba-tiba saya rindukan arwah emak saya.

Tak kiralah kita 'anak emak' atau pun bukan - emak kita adalah sesuatu yang hampir untuk kita gambarkan tentang Apa Itu Syurga..

"Emak bukan apa, Long," kata Emak sambil menahan sakit dek urutan pada tapak kakinya, "Emak cuma nak bagi kau peluang tengok-tengok dan belek-belek kai emak ni je. Kot la jumpa..."

"Jumpa? Nak Along cari apa?"

"Cari la... Kot-kot boleh jumpa pintu masuk syurga ke..."

...dan tentang Apa Itu Kelakar! Serius! Buku ni best dan kelakar.

- sinaganaga, jenderal, sindiket sol-jah -

SURAT-SURAT CINTA YANG TAK TERSAMPAIKAN


tajuk: Surat-surat Cinta yang Tak Tersampaikan

penulis: anonymous/ramai penulis

penerbit: Studio Anai Anai

harga: RM20

muka surat: 128 halaman

Who knew roti telur, teh tarik and
ayam goreng was cod for "I miss you"?
-miss siti britney-

blurb:


Bill Moore, 90, tidak dapat membendung air matanya apabila berpeluang membaca kembali sepucuk surat cinta yang dia pernah karang kepada kekasihnya, Bernadean Gibson, ketika beliau berkhidmat sebagai seorang askar ketika Perang Dunia kedua, 70 tahun nan lalu.

"Saya fikir, surat itu sangat special buat ibu, dan dia selit di dalam sampul rekod vinil itu dengan niat hendak menjaganya baik-baik, lama selepas itu dia pun terlupa, lalu dia jual rekod vinil itu kepada pemborong barangan lusuh, dan begitulah seterusnya…” ujar anak perempuan pasangan berkenaan, “…sehinggalah Makcik Ilene Ortiz dari Colorado membeli rekod vinil terpakai itu dan menjumpai surat bapa kepada ibu terselit di celahnya. Oh, how sweet!!!"

Tetapi, buku ini bukan kisah perjalanan surat cinta Bill Moore kepada Bernadean Gibson. Dan bukan juga buku tentang pengembaraan Ilene Ortiz untuk mempertemukan surat cinta yang dia jumpa itu dengan pemiliknya. Bukan!

Buku ini mengandungi 51 pucuk surat cinta yang terpilih daripada ratusan surat cinta yang kami terima; ditulis dengan pelbagai rasa untuk pelbagai jiwa, ahaks. Ya, 51 adalah angkat yang ganjil, sama ganjil dan ruwet dengan cinta itu sendiri, dan surat-surat yang ruwet ini memang belum pernah sampai kepada penerimanya lagi. Mungkin, 1 daripada 51 pucuk surat cinta tersebut ditujukan kepada kamu. Manalah nak tahukan...

Well, seperti yang kita tahu, sekurang-kurangnya, surat cinta Pakcik Bill Moore sampai jugalah kepada Makcik Bernadean. Tetapi, bagaimana dengan nasib 51 pucuk surat cinta ini? - jadi, beli dan baca buku ini!

Ok, saya pun nak tulis surat ni... "Ke hadapan Miss Siti Britney, you dah tak ‘roti telur, the tarik, and ayam goreng’ kat I lagi ke?"

SATU SUDU TEH SELEPAS MAKAN



tajuk: Satu Sudu Teh Selepas Makan


penulis: Dr Fahd Razy, Faisal Mat Zawi, Dr Afiq Rahim, Nurlisa Kamal, Dr Haliza Zurah, Dr Wan Aliaa, Dr Nur Akmal, Dr Huda Kamarudin, Amirul Hamudin, Dr Ainul Arina, Dr Bidayah Supardi, Dr Fieza Nur

penerbit: Studio Anai Anai dan Grup Karyawan Luar Negara (GKLN)

harga: RM20

muka surat: 127 halaman

blurb:


Cita-cita saya semasa kecil adalah menjadi seorang doktor. Saya diterima masuk ke Sekolah Menengah Sains, kemudian. Saya telah membelah seekor tikus comel tanpa 'melelapkan' ia dengan klorofom terlebih dahulu sehinggakan guru Biologi kami, Miss Alice Tan, menjerit "Omigod, oh boy!" pada satu hari. Alaa, tikus 'ja kannn! Bukannya saya bedah budak perempuan rakan sekelas pun! [Walaupun saya memang teringin nak buat begitu. *ahaks*] Dan perlahan-lahan cita-cita itu menjadi kelam, lalu terpadam terus dalam 'report card' dan dalam hidup saya. Tap! Saya jadi 'graphic designer'; bikin buku yang cantik-cantik. Buku ini, misalnya.

Tetapi buku ini bukanlah kisah-kisah kegagalan saya dalam mengejar cita-cita untuk menjadi seorang doktor. Bukan!

SATU SUDU TEH SELEPAS MAKAN ini adalah kisah doktor (dan bakal doktor) betul-betul! Doktor yang kita selalu jumpa dan tanya kita, "Apa sakit?" tu! Ha ha.

Ini kisah mereka. Kisah mereka dengan pesakit yang datang menerima rawatan di rumah sakit - diceritakan dalam bentuk 'runcit-runcit' dan sangat 'lepak'. Bak kata bidalan: lain padang lain belalang, lain hospital lain pula doktor-doktornya.

Kadang-kadang doktor buat 'jokes' juga tau. Kelakar!

Jadi, beli dan baca buku ini! Mungkin kita akan belajar sesuatu daripadanya. Mungkin juga, jika ada rezeki, kamu akan terserempak dengan penulis-penulis ini di klinik atau di bilik bedah- jangan lupa untuk hulurkan buku ini dan minta autograf mereka ya! "Kami bedah pakcik dulu ye... dah sedar kang, saya sign!"

SINAGANAGA

The brain of Studio Anai Anai
16 Februari 2015