Thursday, December 19, 2013

GELOMBANG KEBANGKITAN ASIA (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Gelombang Kebangkitan Asia

penulis: Anwar Ibrahim

penerbit: DBP

harga: RM20

muka surat: 200 halaman

penerangan:


Buku ini adalah edisi bahasa Melayu yang asalnya dalam bahasa Inggeris, The Asian Renaissance.


"Gagasan kemunculan semula Asia sebagai kekuatan baru berasaskan nilai tradisi murni, keinsanan, kerohanian dan falsafah - demi menyumbang kepada ketamadunan sejagat."



(Dato' Seri) pernah menjawat beberapa jawatan di kementerian utama seperti Menteri Belia dan Sukan(1983), Menteri Pertanian(1984), Menteri Pelajaran(1986) Menteri Kewangan (1991-98) dan Timbalan Perdana Menteri (1993-98) selain memangku jawatan Perdana Menteri (1997)


Di peringkat antarabangsa, pernah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa pada 1998 sebelum disingkirkan jawatan dengan fitnah dan konspirasi kotor terhadapnya.



Mendapat pendidikan awal di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), dan Universiti Malaya (UM); sejurus bebas dari penjara pada 2006, menjawat jawatan profesor di beberapa universiti terkemuka seperi di Universiti Oxford( Britain), Universiti Johns Hopkins dan Universiti Georgetown ( Amerika Syarikat).

kandungan:

1. Prakata
2. Nahdah Asia
- Perangkap Kenanaran Budaya
- Kebangkitan Kembali Falsafah
- Keragaman Budaya
- Pemerkasaan Ekonomi
- Percanggahan Gamblang
- Diri Lawan Masyarakat
3. Timur dan Barat
- Tiga Sikap Terhadap Barat
- Ancaman Dari Timur
- Pembaharuan Budaya
-Dialog Peradaban
-Convivencia Sejagat
4. Demokrasi dan Masyarakat Madani
- Karamah Insaniah
- Kekudusan Nyawa
- Media Massa Di Asia
- Masa Yang Penuh Kesamaran
5. Keadilan dan Undang-Undang
- Kedaulatan Undang- Undang
- Peranan Peguam
6. Akhlak dan Ekonomi
- Kegagalan Marxisme
- Kontrarevolusi
- Jalan Tengah
7. Ekonomi yang Manusiawi
- Seni Bukan Kejuruteraan
- Produktiviti
- Peninggalan Keynes
- Percukaian
- Masalah Rasuah
8. Keunggulan Budaya
- Budaya Lawan Ekonomi
- Cabaran Budaya Abad Asia
- Cara Asia
- Nasib Dan Dilema Anak Pribumi
- Iktibar daripada Si Tenggang
- Ilmu Itu Lazat
- Melahirkan Manusia Nahdah
9. Islam di Asia Tenggara
- Keserhadanaan Dan Ketelitian
- Peminggiran Umat Islam
- Kegemilangan Ilmu
- Arah Baru Umat Islam
- Pilihan Kita
10. Asia di Masa Depan
- Tatacara Baru
11. Bibliografi Pilihan
12. Glosari
13. Indeks 

LIBERALISME: ESEI-ESEI TERPILIH F. A. HAYEK


tajuk: Leberalisme: Esei-esei Terpilih F. A. Hayek

penulis: F. A. Hayek

penterjemah: Al-Mustaqeem Mahmod Radhi

penerbit: Pustaka Liberal

harga: RM20

muka surat: 179 halaman

penerangan:


Buku ini merupakan di antara sebilangan kecil karya terjemahan tentang Liberalisme dalam Bahasa Melayu. Esei-esei di dalam buku ini dapat menghantar pembaca memasuki gerbang wacana Liberalisme. 

Bukan sekadar itu, ia juga membuatkan orang merenung permasalahan falsafi yang lebih mendalam, khususnya ketika Hayek membincangkan tentang rasionalisme, batasan akal, keadilan dan asal usul nilai moral. 

Berkaitan rasionalisme, epistimologi dan asal-usul “nilai”, misalnya, ia memanggil kita untuk meninjau perbandingan antara sudut pandangan Liberalisme dan Islam, khususnya dalam pandangan tasawuf. 

Dalam soal falsafah perundangan negatif liberal pula, menarik untuk di bandingkan dengan unsur negatif yang seakan sama dengannya dalam falsafah perundangan Isla, seperti yang terbayang pada prinsip-prinsip al-dharar yuzal (kemudaratan harus dihilangkan), dar’ al-mafsadah muqaddam ‘ala jalbi al-manfaah (mencegah kerosakan lebih utama dari meraih manfaat), al-akhzu bi akhaf al-dhararain (memilih mudarat yang lebih ringan di antara dua kemudaratan).

kandungan:

~ Sumber asal
~ Pengantar
~ Riwayat Ringkas F.A.Hayek
- Utopia Agung
- Individualisme dan Kolektivisme
- Liberty dan Liberties
- Tanggungjawab dan Kebebasan
- Francis Bacon (1562-1626):Pengasas Saintisme
- The Austrian School of Economics
- Dr. Benard Mandeville (1670-1733)
- Falsafah Peundangan dan Politik David Hume (1711-1776)
- Adam Smith (1723-1790): Pesannya dalam Bahasa Hari Ini

KEROHANIAN & PENCERAHAN


tajuk: Kerohanian & Pencerahan

susunan & suntingan: Adib Zalkapli

penerbit: IKD

harga: RM18

muka surat: 115 halaman

penerangan:

Buku ini merupakan himpunan artikel terpilih dari www.jalantelawi.com

kandungan:

- nota penerbit
- agenda intelektual masa kini - khalid jaafar
- multikulturalisme barat dan pencarian sekularisme malaysia - bual-bicara edin khoo dan khalid jaafar
- menembusi polemik ali abdul raziq - amir sari dan mr mustaqeem
- ibnu rushd muncul di zaman kegelapan kerajaan islam sepanyol - lutfi assyaukanie
- ibn rushd: pendahuluan pencerahan? - charles e butterworth
- ibn rushd, kant, dan projek pencerahan islam - lutfi assyaukanie
- pencerahan bangsa skot - john w danford
- pencerahan & falsafah dalam islam - temu bual bersama abdoulkarim soroush
- kant dalam konteks masyarakat dan budaya di malaysia: apakah relevannya? - mohd hzim shah
- kebebasan dan pluralisme di malaysia baru - khalid ibrahim

PEMANASAN GLOBAL DAN PERUBAHAN IKLIM


tajuk: Pemanasan Global & Perubahan Iklim: Tinjauan Isu-isu Dasar

penulis: Noor Amin Ahmad

penerbit: IKD

harga: RM18

muka surat: 87 halaman

penerangan:


Apakah sebenarnya pemanasan global dan perubahan iklim ini? Adakah memang dunia ini sedang menuju kecelakaan kerananya? Apakah tidak ada sisi interpretasi lain terhadapnya?


Kehangatan Persidangan Copenhagen pada lewat tahun 2009 telah membawa masyarakat dunia untuk memberi tumpuan kepada isu pemanasan global dan perubahan iklim.

Seperti dirancang, pada tahun yang sama filem 2012- yang menggambarkan sejumlah kecelakaan dunia yang berpunca daripada masalah global dan perubahan iklim- mula ditayangkan kepada umum dengan tagline' kita telah diingatkan'(we were warned). Kempen yang bersifat menakutkan, dan sering kali berbunyi paternalistik ini tentulah paling tidak dapat menarik sejumlah sokongan besar daripada masyarakat umum. Namun, itu tidak cukup untuk menghalang sejumlah pandangan berbeza yang boleh dan perlu diberi perhatian sewajarnya.

Buku ini ditulis untuk mengajak pembaca menelusuri debat yang berlaku sekitar isu pemanasan global dan perubahan iklim dari perspektif sains, politik dan ekonomi dengan cuba mengaitkan sebanyak mungkin persoalan yang berbangkit bersama isu ini di samping beberapa tinjauan berkaitan dasar.

kandungan:


Biodata pengarang
Penghargaan
Pendahuluan
Bab:
1-Sorotan Sejarah
2-Perspektif Sains
3-Hujah Perdebatan
4-Politik, Ekonomi dan Sosial
5-Tinjauan Dasar
Penutup 

IBNU RUSYD: MAKALAH PENENTU TENTANG HUBUNGAN ANTARA SYARIAH DENGAN FALSAFAH (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Ibnu Rusyd: Makalah Penentu Tentang Hubungan Antara Syariah Dengan Falsafah

Penulis: Abu Al- Walid Muhammad Bin Ahmad Bin Rusyd

Penterjemah: Al- Mustaqeem Mahmod Radhi


Kata Pengatar: Luthfi Assyaukanie


penerbit: MEGC

harga: RM15

muka surat: 66 halaman

penerangan:


Buku ini merupakan terjemahan dari tajuk asal, 'Kitab Fasl al-Maqal wa Taqrir ma baina al-Syariah wa al-Hikmah min al-Ittisal'.


Ibnu Rusyd, seorang fakeh dan filasuf, telah menulis buku ini sekitar awal abad ke-12, sebelum beliau menulis karya agung Tahafut al-Tahafut. Buku ini merupakan pembelaan kepada falsafah dan khusus sebagai jawapan kepada serangan Al-Ghazali. Hujah utama buku ini ialah bahawa Islam tidak menegah pengkajian falsafah bahkan menjadikannya satu kewajipan ke atas mereka yang bekemampuan.

"Sepanjang hidupnya, Ibnu Rusyd selalu berusaha mengharmonikan dua sumber kebenaran yang diyakininya, yakni wahyu dan akal. Baginya, tidak ada pertentangan antara wahyu dan akal, antara agama dan ilmu, antara syariah dan falsafah. Untuk mewujudakan pandangannya, Ibnu Rusyd banyak menulis buku-buku agama (fekah) dan buku-buku falsafah. Namun, karya paling monumel yang berbicara tentang harmonisasi dua sumber kebenaran itu adalah buku yang sedang anda pegang ini..." (Luthfi Assyaukanie)

kandungan:

Transliterasi

Prakata
Kata Pengantar
Bahagian 1: Makalah Penentu
- Falsafah dan Syariah: Adalah falsafah wajib menurut syarak?
- Ilmu non-Muslim dan hukumnya
- Falsafah dan usaha mengenal Tuhan
- Falsafah bersesuaian dengan Syariah
- Kesesuaian antara akal dan wahyu
- Pengkafiran filasuf Muslim oleh Al-Ghazali
- Jenis kewujudan dan pandangan filasuf
- Tiga prinsip agama
- Takwil Quran dan Hadith
- Perselisihan tentang keadaan Akhirat
- Bahagian ilmu duniawi dan ukhrawi
- Pembahagian logik dan demonstrasi
- Syarak memanfaatkan ruh dan perubatan memanfaat kan badan
- Kesilapan kelompok Asy'ariah
- Cara menyesuaikan falsafah dengan syariah
Bahagian 2: Lampiran

Damimah
Sedutan dari Al-Kasyfu 'an Manahij al-Adillah
Daftar Kata

APA ITU PENCERAHAN? (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Apa Itu Pencerahan?

penulis: Emmanuel Kant

penterjemah: Pauline Fan

penerbit: IKD

harga: RM12

muka surat: 36 halaman

penerangan:

buku ini merupakan terjemahan dari ammanuel kant, beantwortung der frage: was ist aufklarung?.

IMMANUEL KANT (1724-1804) lahir di Konigsberg, ibu kota Prussia Timur. Ketika berusia 16 tahun, melanjutkan pelajaran di Universiti Konigsberg. Pelajarannya tertangguh akibat kematian si ayah pada 1746 dan...

menjadi guru sambilan di pekan-pekan sekitar Konigsberg. Dilantik menjadi Professor Logik dan Metafizik di Universiti Konigsberg pada 1770.

Esei-esei penting beliau termasuklah Metaphysische Anfangsgrunde der Naturwissenschaft ("Dasar Metafizik Ilmu Sains Alam Semulajadi") dan Beantwortung der Frage: Was ist Aufklarung? ("Jawapan kepada Soalan: Apa itu Pencerahan?") menyebabkan namanya masyhur.

Menghadapi pertikaian dengan kerajaan Prussia yang mencela beliau akibat 'penyimpangan' ajaran agama yang tidak berlandaskan wahyu, sebaliknya taakul. Raja Frederick William 2, melarang Kant dari mengajar dan menulis mengenai hal-ehwal agama sampai baginda wafat. Fikiran dan karya-karya Kant punya pengaruh besar terhadap ahli-ahli falsafah dan penulis, baik di tanahairnya mahupun di seruluh dunia sehingga dewasa ini.

" Pencerahan adalah kemunculan seseorang dari ketidakmatangannya yang sendiri dipikul.[...]Sapere aude! Beranilah menggunakan kefahaman sendiri! Itulah cogan kata Pencerahan."
-IMMANUEL KANT, Konigsberg, Prussia, 30 September 1784

"...Apakah relevannya esei Kant ini pada kita? Sikap kritis, penggunaan akal sebagai alat untuk menyoal siasat sistem politik, ekonomi dan sosial, dan juga amalan beragama, menjadikan disiplin Pencerahan sesuatu yang subvertif dalam masyarakat otoritarian."
-KHALID JAAFAR, penulis buku Tumit Achiles dalam Kata Pengatar

"Kewarasan dan keinsafan fikiran dan tulisan Kant jelas dilihat dalam ayat nisannya: Dua perkara semakin menyegarkanku fikiran dengan kekaguman dan ketakjuban, semakin lama dan semakin mendalam saya merenungnya: bintang-bintang di kayangan dan hukum susila di batin."
-PAULINE FAN, Penterjemah dalam Pendahuluan

kandungan:


1. Pengenalan
2. Kata Pengantar
3. Jawapan Kepada Soalan: Apa Itu Pencerahan?
4. Foto- foto Lampiran
5. Senarai Istilah