Tuesday, May 14, 2013

INI BUKAN KLISE (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Ini Bukan Klise: Himpunan Analisa terpilih Seorang Aktivis

penulis: Amin Iskandar

penerbit: Gerakbudaya Enterprise

harga: RM20

muka surat: 211 halaman

blurb:


Ini Bukan Klise: Himpunan Analisa Terpilih Seorang Aktivis memuatkan rencana penulisan Amin Iskandar yang menampilkan pandangan, kritikan dan cadangan beliau mengenai wajah dan lanskap politik negara ini.

Antara isu-isu yang disentuh adalah tentang politik Malaysia, sistem pilihan raya, hala tuju generasi muda, orang Melayu dan agama. 

Pandangan yang dipaparkan bukan sahaja langsung dari sudut hati penulis sendiri, tetapi juga dari pengalaman peribadi penulis sebagai seorang aktivis pada masa itu.

Seringkali tulisan Amin Iskandar menimbulkan kontroversi tetapi bagi beliau, kebenaran harus ditegakkan. Dengan harapan sedikit sebanyak pembaca mendapat manfaat daripada tulisan beliau.

Amin Iskandar ialah Penolong Pengarah Berita di portal berita The Malaysian Insider. Beliau mula menulis semenjak masih menuntut di universiti atas minat yang amat dalam terhadap bidang penulisan. Selain itu, beliau pernah terlibat dalam program pemantauan pilihan raya antarabangsa di Afghanistan, Bangladesh, Pakistan, Filipina, Taiwan, Indonesia dan Sri Lanka. Beliau merupakan penerima anugerah zamalah Asian Public Intellectuals (API) pada 2009-2010 untuk membuat kajian mengenai sejarah pemantauan pilihan raya di Filipina dan Indonesia.

CERITA BOLA SEPAK MALAYSIA (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Cerita Bola Sepak Malaysia

penulis: jemaah penggila bola sepak malaysia

penerbit: DuBook Press

harga: RM30

muka surat: 269 halaman

blurb:

Himpunan 14 cerita bola sepak dari jemaah penggila bola sepak untuk penggila bola sepak yang lain.

Monday, May 13, 2013

SINEMA SPIRITUAL (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Sinema Spiritual: Dramaturgi dan Kritikan

penulis: Faisal Tehrani

penerbit: Unit Buku Harakah

harga: RM18

muka surat: 144 halaman

blurb:


"Sesungguhnya kita tidak boleh lagi bergantung dengan produk filem seperti Lion of the Desert, atau The Message dan dua tiga lagi filem yang sudah lapuk. Musuh Islam telah meninggalkan kita jauh, amat jauh. Maka atas semangat dan kesedaran itulah saya teringin menerjuni dalam lubuk dunia ini. Kerana kita sudah banyak membina masjid, kita sudah melahirkan beratus ribu graduan al-Azhar, Madinah dan Jordan tetapi ulama masih gagal menyelesaikan persoalan masyarakat malah asyik bergaduh dan terikut-ikut mengejar populariti seperti artis. Rasa-rasanya di sini kita tiada filem Islam ( saya sedari sesetengah orang begitu alahan dengan label ini), jadi kita tidak boleh membiarkan keadaan ini berterusan. Dan tidak ada yang paling anggun sekali dengan memulakan produk pertama kali dalam bidang perfileman dengan menghasilkan sebuah filem mengenai peranan manusia sebagai khalifah Allah."

Faisal Tehrani (Dr Mohd Faizal Musa) ialah seorang novelis, pengamat sastera dan budaya, pengarah drama teater, pengkritik filem, pengulas politik dan kini akademik di Institut Tamadun dan Alam Melayu (ATMA) di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau ialah pemenang pelbagai anugerah sastera termasuk Anugerah Sastera Negara pada tahun 2006.

PEMIKIRAN DAN PERANCANGAN SENI-BUDAYA (TIADA DALAM STOK)



tajuk: Pemikiran dan Perancangan Seni-Budaya


penulis: Dinsman


penerbit: Seniman Paksi Rakyat

harga: RM17

muka surat: 156 halaman

blurb:


Ini kumpulan pertama dari tulisan dalam kolum Wacana Budaya (Harakah). Pilihan 29 esei, sesuai dengan tujuan penerbitannya untuk ditujukan khas keapda pemimpin di Malaysia, terutama pemimpin politik. Juga pernyataan terima kasih Seniman Paksi Rakyat (Paksi) terhadap respon Tan Sri Khalid Ibrahim kepada ucapan Presidennya, Dinsman sempena Konvensyen Penulis Selangor, Jun 2011. Ucapan secara berterus-terang di hadapan pihak teraju pentadbiran kebudayaan Selangor. Menteri Besar menunjukkan sikap yang terbuka, menerima kritikan dan menyambutnya dengan mengumumkan tawaran dana khas untuk penulis dan seni-budaya di Selangor sebanyak RM2.5 juta.

Tawaran dana sebesar itu untuk penulis dan aktiviti seni-budaya di sebuah negeri memang boleh memberi jawapan yang berkesan kepada sebahagian permasalahan. Paksi berasa tidak wajar menyambutnya dengan sekadar berdiam diri dan memohon dana berkenaan sahaja. Paksi menyatakan penghargaan dengan menawarkan sebuah pemahaman dan maklumat penting mengenai seni-budaya (yakni buku ini), untuk melahirkan kesedaran budaya yang diperacyainya perlu ada pada setiap pemimpin.

YASMIN HOW YOU KNOW? (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Yasmin How You Know?

penulis: ramai penulis

penerbit: Leo Burnett-Arc Malaysia

harga: RM35

muka surat: 192 halaman

blurb:

"Yasmin How You Know? " is a compilation of Yasmin's apparent ridiculousness but which are actually gem of her wisdom and wit. Contributed by those close to her, you may notice some are written in present tense - because to them, she's still very much alive - just not in a physical sense.

the anecdotes here range from her days as a student, her many different phases in life, right up to the day of her passing. You'll find poems which Yasmin wrote, and photographs which she took (many may not know Yasmin was an accomplished poet and photographer). Also included are the last two TV commercial scripts written by her.

Sunday, May 12, 2013

REFORMASI PENDIDIKAN III: PENDIDIKAN SIVIK UNTUK PENYUBURAN DEMOKRASI


tajuk: Reformasi Pendidikan III: Pendidikan Sivik Untuk Penyuburan Demokrasi

penulis: Sri Murniati dan Al-Mustaqeem M Radhi

penerbit: Institut Kajian Dasar
dengan kerjasama: Konrad Adenauer Stiftung

harga: RM22

muka surat: 146 halaman

blurb:

Demokrasi memerlukan warganegara yang celik politik. Pendidikan sivik dan kewarganegaraan di sekolah adalah salah satu cara untuk melahirkan rakyat yang berkemampuan untuk memikul cabaran demokrasi dan pembinaan negara.

Tetapi apakah matapelajaran sivik dan kewarganegaraan yang diajarkan di sekolah-sekolah menengah di Malaysia telah dirumuskan dengan baik untuk memenuhi cabaran ini? Apakah pengetahuan dan keterampilan yang sekarang didedahkan kepada pelajar melalui matapelajaran sivik dan kewarganegaraan dapat melahirkan pelajar yang celik sivik? Jika tidak, apakah yang perlu diperbaiki?

Buku ini adalah satu percubaan untuk membincangkan pertanyaan-pertanyaan di atas dan menggunakan pengalaman Jerman sebagai rujukan dan perbandingan untuk memberikan rumusan bagi peningkatan pendidikan sivik dan kewarganegaraan Malaysia.

REFORMASI PENDIDIKAN II: MENINJAU PERANAN KOMPONEN KESUSASTERAAN BAHASA MELAYU DALAM PEMBANGUNAN PEMIKIRAN PELAJAR


tajuk: Reformasi Pendidikan II: Meninjau Peranan Kompenen Kesusasteraan Bahasa Melayu Dalam Pembangunan Pemikiran Pelajar

penulis: Sri Murniati dan Al-Mustaqeem M Radhi

penerbit: Institut Kajian Dasar
dengan kerjasama: Konrad Adenauer Stiftung

harga: RM22

muka surat: 127 halaman

blurb:

Apakah karya-karya sastera yang dominan dibaca para pelajar sekolah menengah kita? Karya-karya klasik atau karya-karya pengarang Melayu moden? Atau karya-karya pengarang muda? Bermutukah karya-karya tersebut? Berkesankah kaedah apresiasi yang digunakan para guru di sekolah untuk mengajar karya-karya tersebut?

Temukan jawapan-jawapan terhadap pertanyaan-pertanyaan tersebut dalam buku kecil Reformasi Pendidikan II: Meninjau Peranan Komponen Kesusasteraan Bahasa Melayu dalam Pembangunan Pemikiran Pelajar ini.

Dengan mengupas pertanyaan-pertanyaan di atas buku ini berusaha meneroka apakah pelajaran Komponen Kesusasteraan yang diwajibkan di sekolah dapat menjawab cabaran membangun pemikiran para pelajar kita. Baca juga wawancara penulis dengan beberapa tokoh, antaranya Sasterawan Negara Prof. Muhammad Hj. Salleh, mengenai Komsas.

REFORMASI PENDIDIKAN DI MALAYSIA: MERENTAS JALAN BARU


tajuk: Reformasi Pendidikan Di Malaysia: Merentas Jalan Baru

penulis: Sri Murniati dan Al-Mustaqeem M Radhi

penerbit: Institut Kajian Dasar
dengan kerjasama: Konrad Adenauer Stiftung

harga: RM22

muka surat: 130 halaman

blurb:

Bagaimanakah keadaan sebenar pendidikan di Malaysia? Benarkah mutu pendidikan negara berada di tahap yang buruk? Apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk memperbaiki keadaan? Apakah ada jalan lain selain yang pernah kita lalui?

Kebanyakan orang sedar bahawa pendidikan di Malaysia tidak berada di tahap yang menjanjikan, namun jarang ada sesiapa yang dapat menjelaskan keadaan sebenar secara sepadu. Perbincangan seputar sistem pendidikan yang kononnya terlalu berorientasi peperiksaan dan keputusan terbaru kerajaan memansuhkan PMR dan merombak UPSR membuktikan memang ada yang tak kena pada system pendidikan di Malaysia.

Jawapan kepada pertanyaan-pertanyaan di atas dan banyak lagi pertanyaan berkaitan berselerak di forum dan tulisan di media. Buku ini memanfaatkan tulisan-tulisan di media arus perdana dan alternative serta karya-karya akademik mengenai pendidikan bagi memberi gambaran umum dan bersepadu serta menilai keadaan pendidikan di Malaysia. Selain itu, ia juga membuka ruang untuk pembaca melihat jalan mana yang belum ditempuh Malaysia untuk meningkatkan mutu pendidikan dan barangkali layak dipertimbangkan untuk masa mendatang.

RAHSUAH: SIFAT, SEBAB DAN FUNGSI (TIADA DALAM STOK)



KULIT KERAS

tajuk: Rasuah: Sifat, Sebab dan Fungsi

penulis: Syed Hussein Alatas
kata pengantar oleh Syed Farid Alatas

penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka

harga: RM35

muka surat: 300 halaman

blurb:

Berhubung dengan penyimpangan moral yang telah begitu lama dikenal manusia seperti rasuah, bukan hanya terdapat kesulitan untuk membanterasnya, namun akhirnya gejala ini menimbulkan hambatan ideologis. Ada pihak yang mengakui peranan positif rasuah dalam pembangunan. Hal ini merupakan kemuncak daripada bangunan rumit rasuah yang memiliki komponen-komponen yan keras, dan sekali gus tak terlihat. Sebagai gejala sosial, rasuah timbul daripada pelbagai sebab, tampil dengan pelbagai sifat dan kemudian menunjukkan fungsi di samping akibat-akibat sosialnya. Faktor ini yang menjadikannya sebagai kajian khusus dalam sosiologi yang menimbulkan perbezaan pandangan.

Buku ini merangkumi semua aspek rasuah menerusi huraian yang terperinci tentang kes-kes sejarah di Romawi kuno, China kuno serta masyarakat Asia moden. Apabila buku ini mengambil sikap tertentu terhadap rasuah, hal ini hanya timbul menerusi pembahasannya sebagai gejala secara menyeluruh, yang dihadapkan dengan masyarakat yang memiliki moraliti dan cita-cita luhur yang dilakukan penulisnya secara telus dan berwibawa.

Penulis buku ini, Profesor Syed Hussein Alatas, ahli sosiologi berwibawa dan dikenali di peringkat antarabangsa, banyak melakukan penyelidikan tentang masalah sosial dan isu berkaitan dengannya. Semasa hayatnya Allahyarham dilantik sebagai Ketua, Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Nasional Singapura (1967-1978) dan sebagai Naib Canselor Universiti Malaya (1988-1991). Antara karya penting Allahyarham termasuklah Mitos Peribumi Malas, Intelektual Masyarakat Membangun, Modernization and Social Change in Southeast Asia dan Thomas Stamford Raffels: Schemer or Reformer.

MITOS PERIBUMI MALAS (TIADA DALAM STOK)



KULIT KERAS

tajuk: Mitos Peribumi Malas: Imej Orang Jawa, Melayu dan Filipina dalam Kapitalisme Penjajah

penulis: Syed Hussein Alatas
kata pengantar oleh Syed Farid Alatas

penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka

harga: RM32

muka surat: 280 halaman

blurb:

Citra tentang kemalasan golongan peribumi yang digembar-gemburkan oleh para penjajah tidak berasas, malah ternyata tanggapan tersebut dimanfaatkan untuk kepentingan ideologi mereka. Perbuatan mereka itu antara lain bertujuaan untuk memberi tempat dari sisi undang-undang amalan penindasan dan ketidakadilan dalam kalangan tenaga kerja peribumi dan mencari alasan penaklukan serta penguasaan Eropah terhadap tanah jajahannya. Malah mereka juga menyelewengkan kenyataan sosial untuk penyebaran ideologi mereka sesuai dengan kepentingan mereka sendiri.

Dalam hal ini, para penulis kolonial melemparkan tuduhan atau hujah ideologi mereka berdasarkan faktor iklim dan lingkungan tropika yang dianggap sebagai punca utama kemalasan golongan peribumi. Pada anggapan mereka, iklim tropika yang lembab dan panas, jangkitan penyakit serta kemewahan para pemimpin mereka telah menyebabkan rakyat sengsara - mereka jadi manusia beku tanpa cita-cita.

Syed Hussein Alatas menyangkal semua anggapan tersebut dan menunjukkan bukti bahawa golongan peribumi masyarakat Indonesia, Malaysia dan Filipina bekerja keras untuk hidup sebagai manusia. Mereka rajin dan mahir dalam bidang masing-masing, tetapi sebagai bangsa yang bermaruah, mereka tidak sedia menjadi alat pengeluaran kaum kapitalis yang mahu melayani mereka sebagai hamba abdi.

Penulis buku ini, Profesor Syed Hussein Alatas, ahli sosiologi berwibawa dan dikenali di peringkat antarabangsa, banyak melakukan penyelidikan tentang masalah sosial dan isu berkaitan dengannya. Semasa hayatnya Allahyarham dilantik sebagai Ketua, Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Nasional Singapura (1967-1978) dan sebagai Naib Canselor Universiti Malaya (1988-1991). Antara karya penting Allahyarham termasuklah Rasuah, Sifat, Sebab dan Fungsi, Intelektual Masyarakat Membangun, Modernization and Social Change in Southeast Asia dan Thomas Stamford Raffels: Schemer or Reformer.

INTELEKTUAL MASYARAKAT MEMBANGUN (TIADA DALAM STOK)



KULIT KERAS

tajuk: Intelektual Masyarakat Membangun

penulis: Syed Hussein Alatas
kata pengantar oleh Syed Farid Alatas

penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka

harga: RM25

muka surat: 159 halaman

blurb:

Intelektual, suatu istilah yang dikelirukan dengan inteligensia, menjadi perkataan biasa dalam kamus ilmu pengetahuan. Intelektual dikaitkan dengan orangnya, sifatnya dan fungsinya. Golongan intelektual ialah golongan yang mengadunkan ilmu pengetahuan dengan semangat intelektual. Sifatnya sebagai intelektual dikaitkan dengan identiti ilmu yang ada pada golongan intelektual, manakala fungsi intelektual dapat dilihat dari aspek bagaimana cara intelektual memberikan sumbangan kepada masyarakat dan negaranya.

Demikianlah tiga aspek daripada beberapa persoalan dominan yang dianalisis oleh Syed Hussein Alatas. Analisis ini yang memberi tumpuan kepada masyarakat Dunia Ketiga ternyata membuka mata masyarakat tentang ketiga-tiga aspek yang dinyatakan itu, di samping memberi kesedaran kepada masyarakat supaya menghargai sumbangan intelektual.

Penulisnya Syed Hussein Alatas (1928-2007), semasa hayatnya adalah profesor bidang sosiologi, pernah dilantik sebagai Ketua Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Nasional Singapura dan Naib Canselor Universiti Malaya. Antara karya penting Allahyarham termasuklah Rasuah, Sifat, Sebab dan Fungsi, Mitos Peribumi Malas, Modernization and Social Change in Southeast Asia dan Thomas Stamford Raffels: Schemer or Reformer.

Saturday, May 11, 2013

PUTERA GUNUNG TAHAN (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Putera Gunung Tahan

penulis: Ishak Haji Muhammad (Pak Sako)


penerbit: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia


harga: RM20


muka surat: 110 halaman


blurb:

Cintanya terhadap bangsa dan tanah air terlalu besar. Kerana itu, dia sanggup mengorbankan segala kemewahan yang dinikmatinya sebagai pegawai tadbir pada zaman kolonial dulu. Oleh sebab dia lahir dalam kalangan rakyat, maka dia mahu hidup dan berdamping dengan rakyat. Dia mahu sama-sama merasai susah payah dan derita lara yang ditanggung mereka.

Dia bukan sahaja seorang wartawan yang berkebolehan , tetapi seorang penulis berbakat. Bakatnya digunakan untuk menyedarkan dan meniupkan semangat memperjuangkan kemerdekaan daripada penjajah. Kebetulan pada waktu dia giat dalam lapangan penulisan, semangat kebangsaan sudah mula menampakkan riaknya.

Lahirlah beberapa buah novelnya, Putera Gunung Tahan dan Anak Mat Lela Gila merupakan novelnya yang terkuat dan berkesan. Novel-novel tersebutlah yang mengharumkan namanya sebagai novelis ulung pada zamannya. Kedua-dua novel itu mencerminkan pandangan dan cita-citanya sebagai seorang patriot dan sasterawan.

Itulah Ishak Haji Muhammad yang ketokohannya dalam dunia sastera Melayu tidak dapat dinafikan lagi.

BUDAK BECA (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Budak Beca

penulis: Ishak Haji Muhammad (Pak Sako)

penerbit: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia

harga: RM25

muka surat: 199 halaman

blurb:

Pak Sako bukanlah nama asing dalam dunia kesusasteraan Melayu. Dalam setiap tulisannya, nasionalisme yang menjadi jati beliau jelas terpancar. Kecintaan Pak Sako terhadap tanah air dan semangat antipenjajahnya diterapkan secara sinikal dalam banyak karya beliau. Pak Sako mengkritik dalam sendanya. Walaupun kadang-kadang teknik penceritaan yang digunakan oleh Pak Sako agak ‘berkhutbah’, namun estetika sebagai suatu karya masih lagi utuh terpelihara.

Dalam Budak Beca, Pak Sako mengkritik sikap bangsawan Melayu yang lupa akan peranan masing-masing. Pak Sako juga menyuarakan kebimbangannya bahawa orang Melayu hanya sekadar menjerit Merdeka! tatkala menyambut turunnya Union Jack, tetapi tidak tahu cara untuk mengisi kemerdekaan itu nanti. Beliau juga menyuarakan betapa orang Melayu semakin terhimpit di bumi sendiri dek sikap mereka. Keadaan ini diparahkan lagi dengan berlakunya perubahan sosioekonomi Tanah Melayu akibat dasar yang dibuat oleh penjajah Inggeris. Ini semua menyesakkan dada Pak Sako. Lantaran itu, lahirlah Budak Beca bagi mengingatkan dan menyedarkan orang-orang Melayu agar tidak berdagang di tanah sendiri.

ANAK MAT LELA GILA (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Anak Mat Lela Gila

penulis: Ishak Haji Muhammad (Pak Sako)

penerbit: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia

harga: RM20

muka surat: 184 halaman

blurb:

Anak Mat Lela Gila karya Ishak Haji Muhammad pertama kali diterbitkan pada tahun 1960. Ia mengisahkan seorang pemuda yang dianggap gila oleh penduduk kampung- suka membersihkan laman masjid namun tidak pernah menjengah ke dalamnya. Novel yang dibelai dengan penuh perhatian ini terkandung banyak maksud tersirat. Ishak Haji Muhammad secara halus menyampaikan kritik sosial melalui karya ini dengan gaya bahasa lama yang mudah untuk difahami.

Walaupun novel ini dihasilkan 40 tahun yang lalu, namun Ishak Haji Muhammad atau Pak Sako seperti sudah tahu penyakit yang akan dihadapi oleh generasi akan datang. Kebanyakan isu-isu masyarakat yang diketengahkannya adalah malar segar dan masih berlaku sehingga ke hari ini lalu dapat kita rasakan pemikiran Pak Sako merentasi zamannya.