Friday, December 2, 2016

LARI DARI SIBERIA (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Lari Dari Siberia

penulis: Leon Trotsky

penterjemah: Manya

penerbit: Thukul Cetak

harga: RM15

muka surat: 102 halaman

blurb:


Pada 3 Disember Kesatuan Soviet telah dikepung oleh tentera-tentera yang setia kepada kerajaan. Trotsky dan pemimpin-pemimpin Soviet yang lain telah dihadapkan ke pengadilan pada 1906, atas tuduhan menyokong pemberontakan bersenjata. Semasa perbicaraan, Trotsky telah memberikan beberapa ucapan yang terbaik sepanjang hayatnya dan membuktikan kebolehannya sebagai pemidato yang teragung. Dia disabitkan dengan kesalahan memberontak dan dijatuhi hukuman buang negara seumur hidup

MANIFESTO KOMUNIS (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Manifesto Komunis

penulis: Kark Marx & Friedrich Engels

penterjemah: Manya

penerbit: Thukul Cetak

harga: RM15

muka surat: 65 halaman

blurb:

Berapakah jumlah kematian akibat Komunisme sejak diperkenalkan?

USSR -- 20 juta
China -- 65 juta
Vietnam -- 1 juta
Korea Utara -- 2 juta
Kemboja -- 2 juta
Eropah Timur -- 1 juta
Amerika Latin -- 150,000
Afrika -- 1.7 juta
Afghanistan -- 1.5 juta

Belum pernah terjadi, hanya dengan satu ideologi, tak kurang dari 100 juta kematian disebabkan olehnya. Adakah kematian ini semuanya berpunca dari kitab berusia 168 tahun ini?

MEIN KAMPF: VOLUME 1 (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Mein Kampf: Volume 1

penulis: Adolf Hitler

penterjemah: Siti Zul Fatihah

penerbit: Thukul Cetak

harga: RM30

muka surat: 261 halaman

blurb:

Pertama kali diterbitkan pada 1925, terjual lebih dari 240,000 naskhah sebelum Hitler menjadi Canselor pada 1933, lebih dari 10 juta dijual setelah tamatnya perang dunia kedua, malah versi eBook-nya pula menduduki carta ke-4 muat turun di Amazon & ke-3 di iTunes pada 2014 selain terjual keras di India, Amerika dan negara Eropah lainnya.

Penulis buku ini, Adolf Hitler ialah lelaki yang memulakan Perang Dunia Kedua - perang yang membunuh 60 juta jiwa.

Adakah buku ini, yang ditulis sejurus sebelum dia menjadi Canselor - adalah titik permulaan kepada tragedi peperangan paling dahsyat di muka bumi sehingga kini?

ORKES MASYARAKAT MANUSIAWI (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Orkes Masyarakat Manusiawi

penulis: Dr Maszlee Malik

penerbit: Thukul Cetak

harga: RM25

muka surat: 220 halaman

blurb:

Di Malaysia dewasa ini, suasana mempergunakan agama untuk melarikan rakyat dari isu sebenar semakin ketara. Di satu sudut terdapat pihak yang oportunis untuk mengekalkan kekuasaan dan korupsi mereka dengan membangkitkan isu berkaitan sentimen agama. Golongan ini cuba mewujudkan sinonim bahawa mempertahankan agama adalah selari dengan agenda mengekalkan kekuasaan mereka. Mempertahankan agama pula ditonjolkan di dalam kerangka isu-isu sensitif melibatkan perkauman dan juga keagamaan. Mempertahankan agama menurut pentafsiran mereka adalah dengan meletakkan golongan berkepentingan ini di tempat yang tinggi dan kemudiannya mereka bebas melakukan korupsi, rasuah, memperbanyakkan aktiviti maksiat, tetapi di dalam masa yang sama menafikan hak-hak penganut agama lain.

FILSUF UNTUK NOOB (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Filsuf Untuk Noob

penulis: Dayang Sifar

penerbit: Thukul Cetak

harga: RM25

muka surat: 161 halaman

blurb:


Dari Augustine, Ibn Sina sampai Al Ghazali. Dari Descartes sampai Hume. Dari Kant sampai Hegel. Dari Schopenhauer sampai Kierkergaard. Dari Sokrates sampai Nietzsche, semuanya diterangkan dalam bahasa yang paling mudah, bahasa orang muda untuk budak noob falsafah macam kau.


Tapi jangan risau, Dayang Sifar kini mengaji dalam bidang Falsafah di University of Lauven, Belgium (salah sebuah Universiti Top 30 dalam bidang Falsafah).



Bak kata Al-Ghazali dalam kitab Al-Jawahir AlQuran;
"Kalau yang berjalan tepi laut, takkan kau tak ingin menyelam kedalamnya, melihat apa khazanah di dasarnya? Takkan kau tak ingin berlayar dan meneroka pulau-pulaunya? Puas sajakah kau hanya berjalan meniti air di pantai?"