Tuesday, December 24, 2013

MAKALAH TENTANG KERAJAAN


tajuk: Makalah Tentang Kerajaan: Suatu Karangan Berkenaan Bidang Asal & Sebenar Serta Matlamat Kerajaan Madani

penulis: Filasuf John Locke

penterjemah: Khairul Anam Che Mentri, Edward Dass & Wan Mohd Faqqerrurrazzi Firdaus Mohd Isa

penerbit: IKD

harga: RM35

muka surat: 206 halaman

penerangan:


Buku ini merupakan bahagian kedua dari karya John Locke, Two Treatise of Government.

Sebagai salah seorang filasuf Pencerahan terawal di England, John Locke cuba membincangkan dengan terperinci tentang asal-usul dan sifat masyarakat madani. Perbincangan Locke tentang prinsip-prinsip kebebasan individu, kedaulatan undang-undang, kerajaan dengan mandat rakyat, pemisahan kuasa, dan hak rakyat untuk memberontak terhadap kerajaan yang menindas, menjadikan Makalah Kedua ini sebagai salah satu tulisan yang amat berpengaruh di dalam sejarah falsafah politik.

kandungan:

- Kata Pengantar
- Bab:
1. Tentang Kuasa Politik
2. Tentang Keadaan Tabi'e
3. Tentang Keadaan Perang
4. Tentang Perhambaan
5. Tentang Hak Milik
6. Tentang Kuasa Kebapaan
7. Tentang Masyarakat Politk atau Sivil
8. Tentang Permulaan Masyarakat- masyarakat Politik
9. Tentang Matlamat- matlamat Masyarakat Politik dan Kerajaan
10. Tentang Pembentukan Komuniti Persemakmuran Bersama
11. Tentang Takat Kuasa Perundangan
12. Tentang Kuasa Perundangan, Perlaksanaan dan Persekutuan Komuniti Persemakmuran Bersama
13. Tentang Kuasa- kuasa Bawahan dalam Komuniti Persemakmuran Bersama
14. Tentang Hak Keistimewaan
15. Tentang Kuasa Kebapaan, Politik dan Despotik yang dibincangkan bersama
16. Tentang Penaklukan
17. Tentang Rampasan Kuasa
18. Tentang Kezaliman
19. Tentang Pembubaran Kerajaan

IBNU RUSHD DAN MAZHABNYA


tajuk: Ibnu Rushd Dan Mazhabnya

penulis: Ernest Renan

penterjemah: Andar Nubowo

penerbit: IKD

harga: RM30

muka surat: 350 halaman

penerangan:


Ibn Rush adalah wira falsafah dalam tamadun Islam. Beliau membela falsafah dari serangan maut yang dilancarkan oleh al-Ghazali dan memberikan hujjah Qurani tentang keharusan kegiatan falsafah dari sudut syar'i. Jawapan beliau terhadap al-Ghazali dan ulasan beliau terhadap korpus Aristotle Ibn Rushd mempengaruhi tradisi falsafah dalam agama Kristian dan Yahudi. Penyair Dante dalam La Divina Comedia mendendangkan Ibnu Rushd dengan gelaran che'l gran comento feo - orang yang membuat komentar agung kepada falsafah Aristotle. Namun selepas beliau meninggal Ibn Rushd dilupakan beratus-ratus tahun sehinggalah Ernest Renan menerbitkan buku ini dalam tahun 1852. Renan memperkenalkan Ibnu Rushd sebagai susuk rasional dalam tradisi Islam yang turut meletakkan batu asas rasionalisme kepada Eropah. Buku ini juga sekaligus memperkenalkan semula kepada dunia Islam seorang jaguh falsafahnya yang diabaikan. Generasi baru sarjana Islam dari dunia Arab ke Parsi untuk menghirup udara Pencerahan Eropah dan melalui buku Renan dalam bahasa Perancis mereka menemui Ibn Rushd. Melalui penemuan tersebut bermulakan satu revolusi intelektual dalam dunia Islam.

60 TAHUN EKONOMI PASARAN SOSIAL


tajuk: 60 Tahun Ekonomi Pasaran Sosial: Pembentukan, Pembangunan dan Perspektif Formula Keamanan

penulis: ramai penulis

penterjemah: Ammar Ghazali, Muhammad Ashraf Khalid & Muhanmmad Zihni Khalid

penerbit: IKD

harga: RM32

muka surat: 282 halaman

kandungan:

- Prakata, -Dr Christian L. Glossner & Gregosz David

- Kata Pengantar, -Khalid Jaafar
- Bab:
1. Pembikinan Ekonomi Pasca Perang Negara Jerman, -Christian L. Glossner
2. Tentang Etika Ekonomi Walter Eucken, -Manuel Worsdorfer
3. Etika Sosial Emil Brunner dan Penerimaannya di kalangan Ordoliberal, -Tim Peterson
4. Peranan Pasaran dan Kerajaan Dalam Ekonomi: Satu Renungan Terhadap Model Ekonomi Islam Dengan Perbandingan Kepada Ekonomi Pasaran Sosial Negara Jerman, -Mohamed Aslam Hanef
5. Memajukan Idea Ekonomi Pasaran Sosial: Konsep-konsep dalam memperbaharui ordoliberalisme daripada perspektif etika ekonomi yang bersatu, -Alexander Lorch
6. Ekonomi Pasaran Sosial Pada Tahun Ke Enam Puluh: Jalur Ketergantungan dan jalan yang berubah-ubah, -Lothar Funk
7. Rundingan Kolektif Bebas: Tiang yang mendukungi atau tiang yang sedang runtuh bagi Ekonomi Pasaran Sosial, -Hagen Lesch
8. Sistem Keselamatan Sosial di Dalam Ekonomi Pasaran Sosial: Antara kekuatan dasar sosial dan kuasa pasaran. Suatu analisa terhadap insurans kesihatan berkanun di Jerman dalam konteks prinsip asasi Ekonomi Pasaran Sosial, -Christine Wolfgram & Ines Laufer
9. Wain Lama Berbotol Baru?: Cabaran-cabaran Dasar Ekonomi Terhadap Ekonomi Pasaran Sosial Dalam Dunia Global, -Bodo Herzog
10. Menangani Masalah Pemasaran Ekonomi Pasaran Sosial, -Marcus Marktanner
11. Ekonomi Pasaran Sosial Di Eropah Timur: Satu pilihan yang dipandang rendah?, -Marc Stegherr
12. Kepentingan Kerajaan untuk Menyelesaikan Perlindungan Iklim Dalam Ekonomi Pasaran Sosial, -Janina Jansch & Christian Vossler
13. Sebab dan Akibat Kawalseliaan Krisis Pasaran Kewangan, -Ekkehard A.Kohler & Andreas Hoffman
14. Adakah Krisis Kewangan dan Krisis Ekonomi ini Ancaman Kepada Ekonomi Pasaran Sosial?, -David Gregosz
- Biodata-biodata Penulis

PESAN-PESAN TERBESAR AL-QURAN (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Pesan-pesan Terbesar Al-Quran

penulis: Fazlur Rahman

penterjemah: Al-Mustaqeem Mahmod Radhi, Khairul Anam Che Mentri, Ammar Gazali & Eekmal Ahmad

penerbit: MEGC

harga: RM25

muka surat: 235 halaman

penerangan:


Buku ini merupakan karya terjemahan dari tajuk asal, Major Themes of the Quran.


Buku ini membincangkan tema-tema terbesar dalam Quran sebagai sebuah kesatuan, berbeza dangan kebanyakan buku lain yang membincangkan hanya aspek tertentu dari Quran. Pengarang Fazlur Rahman, seorang sarjana Muslim terkemuka di abad moden, banyak menggunakan pendekatan "Quran menjelaskan Quran" untuk membincangkan tema-tema tentang Tuhan, manusia, masyarakat, alam, kenabian, wahyu, dan akhirat. Menerusi pembicaraannya, kita dapat menanggapi isyarat dari pengarang bahawa tema-tema terbesar ini mengatasi topik-topik yang lebih kecil, atau hukum-hukum khusus, yang turut disebutkan dalam Quran.

Buku ini merupakan antara karya terbaik dalam bidang kajian Quran dan merupakan salah satu adikarya Fazlur Rahman yang wajib dibaca oleh setiap mereka yang ingin mendalami pemahaman tentang Kitab Induk tersebut. 

kandungan:

-Penghargaan
-Riwayat Pengarang
-Pendahuluan
-Bab:
1. Tuhan
2. Manusia Sebagai Individu
3. Manusia dalam Masyarakat
4. Alam
5. Kenabian dan Wahyu
6. Eskatologi
7. Syaitan dan Kejahatan
8. Kelahiran Masyarakat Muslim
- Lampiran 1: Kelahiran Masyarakat Muslim
- Lampiran 2: Kaum Ahli Kitab dan Kepelbaaian Agama

PERGOLAKAN PEMIKIRAN ISLAM: CATATAN HARIAN AHMAD WAHIB (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Pergolakan Pemikiran Islam: Catatan Harian Ahmad Wahib

penulis: Ahmad Wahib

penerbit: MEGC

harga: RM28

muka surat: 335 halaman

penerangan:


Buku ini disesuaikan dari edisi asal yang berjudul sama, terbitan Pustaka LP3ES, Indonesia


Penyunting (edisi asal): Djohan Effendi & Ismed Natsir

Penterjemah: Eekmal Ahmad & Khairul Anam Che Mentri

AHMAD WAHIB (1942- 1973) wartawan, budayawan dan pemikir Indonesia yang konsisten merakam pergelutan pemikirannya atas meja di sebuah bilik sewa kecil, di dalam beberapa lembar buku tulis lusuh persis diari. Beliau mengikuti secara dekat perdebatan para ilmuwan dan intektual era Orba. Meninggal dunia digilis sepeda pada Mac malam, ketika pulang kerja. Seorang teman bergegas ke bilik sewa Wahib, menyelamatkan buku-buku catatan yang kemudiannya terjilid sepertimana yang ditatap ini.

"Memang aku dahaga. Dahaga akan segala pengaruh. Kerana itu ku buka bajuku, ku sajikan tubuhku yang telanjang agar setiap bagian dari tubuhku berkesempatan memandang alam luas dan memperoleh hentaman dari segala penjuru. Permainan yang tak akan pernah selesai ini sangat mengasyikan."
- Ahmad Wahib - Catatan Harian 6 Oktober 1969


Ulasan terhadap Ahmad Wahib dan catatannya:



"...Banyak hal-hal yang ditulisnya cukup membuat dahi orang berkerut... bagaimanapun keyakinan kita masing-masing, catatan harian almarhum Ahmad Wahib ini cukup mengesankan. Bahkan mungkin akan merangsang dan menggoda pemikiran kita."
- H.A. Mukti Ali dalam Kata Pengantar



"Sumbangan Wahib paling berharga justeru terletak pada pertanyaan-pertanyaannya, yang diliputi semangat dan spirit yang gigih dalam mencari Kebenaran."
- Asep Sopyan


kandungan:


- Nota penerbit
- Kata Pengantar
- Pendahuluan
- Bahagian:
1) Ikhtiar menjawab masalah keagamaan
2) Meneropong politik dan budaya tanahair
3) Dari dunia kemahasiswaan dan keilmuan
4) Peribadi yang selalu gelisah

EKONOMI PASARAN SOSIAL: ALTERNATIF UNTUK MALAYSIA?


tajuk: Ekonomi Pasaran Sosial: Alternatif Untuk Malaysia?

penulis: Amin Ahmad

penerbit: IKD

harga: RM25

muka surat: 144 halaman

penerangan:


Umumnya, Jerman adalah sebuah negara yang hebat pengalaman transisi politiknya. Daripada pemerintahan monarki kepada pemerintahan demokrasi, seterusnya kediktatoran dan juga terpecahnya negara itu kepada dua wilayah di bawah zon pendudukan asing, berdirinya Tembok Berlin sebagai simbol Perang Dingin paling diingati dalam sejarah, Jerman kini merupakan sebuah negara yang dihormati di seluruh dunia. Buku ini ditulis untuk menelusuri pelbagai simpang penting dalam sejarah politik-ekonomi-sosial Jerman sejak pasca Perang Dunia Pertama sehingga keruntuhan Tembok Berlin, dan seterusnya pasca penyatuan wilayah Barat dan Timur dengan fokus kepada keajaiban ekonomi Jerman (Wirtschaftswunder) yang dinisbahkan kepada sistem Ekonomi Pasaran Sosial (Soziale Marktwirstschaft). Meskipun umumnya banyak perbezaan yang boleh ditunjukkan, beberapa ruang pembelanjaran boleh didapatkan dalam perbandingan antara Jerman dan Malaysia.


Kandungan:

Pengarang
Penghargaan
Pendahuluan
Bab:
1) Dari Weimar ke Sosialisme Kebangsaan (Nazi)
2) Wirtschaftswunder - Kemakmuran Ekonomi Zon Pendudukan Barat
3) Ekonomi Pasaran Sosial
4) Pengalaman Jerman - Pengajaran Untuk Malaysia
Penutup
Rujukan

POLEMIK ISLAM & DASAR PEMERINTAHAN


tajuk: Polemik Islam & Dasr Pemerintahan Karya Ali Abdul Raziq

penulis: Muhammad Imarah

penterjemah: Al-Mustaqeem M Radhi & Farhan Afendi

penerbit: IKD

harga: RM25

muka surat: 185 halaman

penerangan:


Diterjemah dari buku asal Al-Islam wa usul al-hukm li Ali Abdul Raziq - Dirasah wa Wathaiq. (Beirut 1972).

"Buku saya tidak ditulis melainkan untuk tujuan ilmiah. Saya tulis buku itu jauh dari keinginan politik, dan bahkan topik utama buku itu tiada kaitan dengan politik, ia tidak melangkaui sempadan akademik."
-ALI ABDUL RAZIQ dalam "Islam dan Dasar Pemerintahan"

"Kajian ini diharap dapat membantu menempatkan buku berkenaan (buku Islam dan Dasar pemerintahan karya Ali Abdul Raziq) dan penulisnya pada martabat yang betul di dalam gerakan reformasi dan pembaharuan umat Arab dan Islam.
-MUHAMMAD IMARAH

Ulasan mengenai buku "Islam dan Dasar Pemerintahan":

" pakah tujuan Institut Kajian Dasar (IKD) menerbitkan buku Islam dan Dasar Pemerintahan?"
- Utusan Malaysia, 2005

"Apabila Islam dan Dasar Pemerintahan diterbitkan dua tahun lalu kami menerima pelbagai reaksi. Mengapakah Institut Kajian Dasar (IKD) menterjemahkan satu karya yang telah ditolak oleh semua ulama' al-Azhar? Buku ini menjawab persoalan tersebut, apakah penolakan tersebut penolakan ilmiah atau penolakan berdasarkan pertimbangan politik?" 
-KHALID JAAFAR, dalam Kata Pengantar

METAFIZIK DAN KOSMOPOLITANISME


tajuk: Metafizik & Kosmopolitanisme

penulis: Khalid Jaafar

penerbit: IKD

harga: RM25

muka surat: 91 halaman

penerangan:


Warna warni kebudayaan, kepercayaan dan gaya hidup akan berlaku apabila satu masyarakat bertembung antara satu dengan lain, secara aman ataupun tidak aman. Sejak manusia mengenal perdagangan dan perang -- dua kegiatan manusia yang menemukan masyarakat-masyarakat yang berlainan kaum dan kebudayaan -- masyarakat manusia didorong atau dipaksa berinteraksi, mempengaruhi atau dipengaruhi oleh yang lain. Kota-kota dan pelabuhan-pelabuhan menjadi lokasi kehidupan kosmopolitan. Tetapi intensiti, kedalaman rangkaian dan jangkauan kosmopolitan yang dialami dan dihidupi oleh warga abad ke-21 adalah tidak ada tolok bandingnya di abad-abad yang lalu.


Kandungan:

Prakata
Bab:
1) Perlembagaan, kebebasan dan kosmopolitanisme
2) Metafizik dan kosmopolitanisme
3) Konspirasi Zionis- Satu pendedahan
4) Saqifah Bani Saadah