Saturday, May 11, 2013

ANAK MAT LELA GILA (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Anak Mat Lela Gila

penulis: Ishak Haji Muhammad (Pak Sako)

penerbit: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia

harga: RM20

muka surat: 184 halaman

blurb:

Anak Mat Lela Gila karya Ishak Haji Muhammad pertama kali diterbitkan pada tahun 1960. Ia mengisahkan seorang pemuda yang dianggap gila oleh penduduk kampung- suka membersihkan laman masjid namun tidak pernah menjengah ke dalamnya. Novel yang dibelai dengan penuh perhatian ini terkandung banyak maksud tersirat. Ishak Haji Muhammad secara halus menyampaikan kritik sosial melalui karya ini dengan gaya bahasa lama yang mudah untuk difahami.

Walaupun novel ini dihasilkan 40 tahun yang lalu, namun Ishak Haji Muhammad atau Pak Sako seperti sudah tahu penyakit yang akan dihadapi oleh generasi akan datang. Kebanyakan isu-isu masyarakat yang diketengahkannya adalah malar segar dan masih berlaku sehingga ke hari ini lalu dapat kita rasakan pemikiran Pak Sako merentasi zamannya.

Tuesday, August 2, 2011

Saturday, July 16, 2011

RILEK...

Aku tak jumpa gambaq nak uplod...

Esok Aku cari Lagi...

Wednesday, July 6, 2011

BERSIH...


Puisi: A. Samad Said
Muzik: Az Samad
Peludah Warna
Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.
Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.
Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.
1. 7. 11. A. SAMAD SAID
Kopi terus dari sini...

Monday, July 4, 2011

SAPA TAK PAHAM DIA BANGANG...

"Kerajaan Barisan Nasional tidak semestinya menjadi Kerajaan Malaysia.Kalau Pakatan naik bentuk Kerajaan baru dan ulang balik benda sama...kita join balik pembangkang masa tu.Dan teruskan lah proses ni sehinggalah satu masa nanti...kerajaan yang ada tak kiralah apa parti sekalipun kerajaan rakyat yang mendahulukan rakyat.."

Cilok dari sini...

Saturday, July 2, 2011

Monday, June 27, 2011

JANGAN PUJI...


Besungguh aku buat ni...

Friday, June 24, 2011

Saturday, June 11, 2011

UDAH LE KOME...

Bapak aku dah besara...

Dan dia dapat Kad Pesara Kerajaan Malaysia...

Dan ini pebincangan anak beranak...

Aku: Siap ada tulis nama isteri kat kad...

Mak aku: Bagi mak tengok sat kad tu...

...

Mak aku: Nasib baik ada satu ja nama isteri...

...

Har...Har...Har...

Monday, June 6, 2011

HEH...

Aku ada blog rupanya...