Friday, December 19, 2014

TURUNNYA SEBUAH BENDERA (TIADA DALAM STOK)


KULIT KERAS

tajuk: Turunnya Sebuah Bendera (kulit Keras)

penulis: Usman Awang (Sasterawan Negara)

penerbit: UA Enterprises

harga: RM20

muka surat: 148 halaman

blurb:

angin tanahair yang baik budi memberikan nafas kepada segala mereka yang berada di buminya selama ini meniup-niup bendera itu. maka getaran bendera itu semakin meluapkan semangat pemuda-pemuda yang ada di situ. teriakan berulang lagi: "turunkan bendera penjajah! turunkan bendera penjajah! turunkan! turunkan!! turunkan!!!"

penerangan:

18 buah cerpen menarik yang memberi gambaran tentang situasi kehidupan rakyat sebelum, sewaktu dan sesudah Merdeka. ‘Turunnya Sebuah Bendera’ diangkat sebagai tajuk antologi cerpen ini kerana ia merupakan puncak semangat Merdeka yang mewakili cerpen-cerpen yang lain yang dimuatkan dalam buku ini.

Penghormatan buku ini adalah kepada tema sambutan 50 tahun kemerdekaan negara kita. Visi buku ini adalah untuk memberi gambaran jelas kepada anak-anak generasi selepas Merdeka untuk mengenal kepahitan hidup ibu, ayah, nenek, moyang mereka pada zaman sebelum Merdeka.

Ceritera dari kompilasi cerpen-cerpen ini, separuhnya belum pernah dibukukan lagi. Perasaan apresiasi atas pengorbanan yang selalu diambil mudah dan tidak dipedulikan oleh anak-anak generasi kini dapat dihayati, disedari dan dihormati. Minda mereka akan lebih terbuka dan negara mendapat generasi baru yang lebih berwibawa.

kandungan:


Suara Kemanusiaan Zaman Muda

Suara Rasa...
1) Kalau Ajallah Sampai...!!
2) Setelah Tahun 1948 (secebis dari pengalaman hidup)

3) Kenangan Jauh 

4) Mulanya Dia menjadi Mata-mata 
5) Sebuah Coretan
6) Menyambut lawatan Ketua Tertinggi Barisan Pemuda 
7) Kami Yang Terlibat 
8) Untuk Malaya Merdeka 
9) Tugas (Tajuk asal: Ini Saya Punya Kerja) 
10) Cinta Di Negara Hang Tuah 
11) Dari Johor Bahru ke Kota Tinggi 
12) Setelah 1948 
13) Kenalan Baru 
14) Surat Dari Seorang Mata-Mata
15) Koperal Tua 
16) Menentang 
17) Undang-undang Darurat 
18) Turunnya Sebuah Bendera
Glosari

Sunday, November 30, 2014

JONGKANG JONGKET


BLOOK

tajuk: Jongkang Jongket

penulis: Mat Jan

penerbit: Mat Jan

harga: RM20

muka surat: 200 halaman

blurb:

  • siapakah manusia pertama membela kucing?
  • negara manakah yang mengharamkan susu?
  • kenapa tabung uji dibuat daripada kaca?
  • ada berapa huruf Y dalam novel SHIT?


jawapan pada soalan-soalan di atas, dan banyak lagi, tidak ada di dalam buku ini.

JONGKANG JONGKET adalah himpunan catatan weblog, dengan tajuk yang sama, hasil tulisan mat jan. Buku ini merakamkan kisah suka-duka mat jan dalam mengharungi hidup sebagai seorang orang.

buku ini harus dimiliki oleh semua orang, tidak kira lelaki dan perempuan, miskin dan kaya, tua dan muda, tinggi dan rendah, kecil dan besar, tebal dan nipis, panjang dan pendek, labu dan labi, romeo dan juliet, laila dan majnun, uda dan dara, benson dan hedges, johnson dan johnson, serta mereka yang tertewas.

boleh dibaca ketika lapang, atau dimakan ketika lapar, bersama-sama teman serumah dan jiran sebelah.

Monday, November 17, 2014

SHOWCASE KUMPULAN KARTUNIS INDEPENDEN (KKI) (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Showcase Kumpulan Kartunis Independen

penulis: Zunar, A.Z, Megat, AMN, Joca, Haili, Art Saad, Baba, Tuyuk, Pauh, Madsein, Ahyat, Bai (Kumpulan Kartunis Independen)

penerbit: Kumpulan Kartunis Independen (KKI)

harga: RM10

muka surat: 48 halaman

penerangan:

Showcase Buku & Profile terbitan Kumpulan Kartunis Independen.

KKI adalah gabungan kartunis independen yang faham masalah marhaen. Gabungan 13 kartunis otai dan baru menghasilakan satu Buku & Profile.

ayuh! keberanian sudah mula berada di depan mata. sambut salam kami!


TRISULA KATA DARI DAERAH M (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Trisula Kata Dari Daerah M

penulis: Arafat Hambali, M Farez, Najmuddin Yusoff

penerbit: Penerbit Kaukab

harga: RM20

muka surat: 110 halaman

penerangan:

prakata oleh faisal tehrani.

'99 buah puisi yang dikemukakan oleh tiga orang penyair ini menjamin suara sastera dan seni tanahair tidak tandus. Mereka tidak peduli jika tidak dikenal sebagai ‘arus perdana’, peduli apa jika tidak dipandang bukan kerana tiada ambisi; kerana tugas mereka sememangnya bukan meletakkan diri di situ.' - Faisal Tehrani

NUZENTARA


tajuk: Nuzentara

penulis: M Farez

penerbit: Penerbit Kaukab

harga: RM20

muka surat: 92 halaman

penerangan:

45 Lorekan Sajak M Farez

Prakata oleh Dr Faizal Musa (Faisal Tehrani)


"Farez, waima menongkah arus teruskan kayuhan menuju hulu bijaksana kerana di nuZENtara sudah kelihatan baharinya pekerti dan isi hati." 
-Pharo Abdul Hakim

"Puisi itu sesuatu yang mengalir. Fikiran pembaca akan mengalir bersama ungkapan Mohamad Farez melalui sejumlah puisi yang bernafaskan Islam sebagai ad-din."
-Darma Mohammad


'Nada melankolik beliau (M Farez) tidak keterlaluan bahkan menimbulkan kesan matang dan efek yang berbekas dalam hati pembaca, paling kurang, saya merasakannya.' - Faisal Tehrani

Sunday, November 16, 2014

ADA DI DADA


tajuk: Ada di Dada

penulis: M Farez

penerbit: Penerbit Kaukab

harga: RM20

muka surat: 94 halaman

penerangan:

Himpunan anekdot & cerpen Mohamad Farez Abdul Karim (Anak Bumi)

Ada Di Dada merupakan sebuah himpunan anekdot & cerpen Mohamad Farez bin Abdul Karim (Anak Bumi). Ia mengandungi cerita pendek berkaitan persoalan politik, falsafah, agama, sosial dan digarap dalam bentuk fiksyen. Ada juga humor dan unsur satira di dalamnya. Tiga karya anekdot bersiri yang diolah mudah dalam bentuk tersendiri. Empat cerpen lain yakni Cermin, Perbualan Hati-hati Yang Sedang Rindu, Cerita Paling Sedih dan Surat Untuk Kiri pula ditulis dalam jalur tidak konvensional, menyentuh persoalan falsafah dan kejiwaan. ia merupakan naskhah falsafah yang ringan untuk dicerna.

CATATAN SS (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Catatan SS

penulis: Sani Sudin (Kopratasa)

catan/lukisan: Fathullah Luqman Yusuff

penerbit: Penerbit Kaukab

harga: RM25

muka surat: 89 halaman

penerangan:

Himpunan 44 catatan Sani Sudin (Kopratasa) dan 44 catan abstrak ekspresionis Fathullah Luqman Yusuff (Infectious Maggots).

Apakah persamaan antara Sani Sudin dan Fathullah Luqman Yusuff? Walaupun mereka berdua tidak mempunyai pendidikan 'formal' dalam bidang kesenian masing-masing (pada masa awal mereka digelar sebagai outsider), mereka tetap berjuang dan yakin dengan bakat sendiri dan tidak pernah lelah berhenti. Mereka sentiasa berkarya dan tetap berkarya. Mereka bukan selebriti yang popular mengikut musim, tetapi artis yang sebenar-benar artis. Hidup mereka untuk meluahkan karya seni. Umpamakan kerja seni mereka sebagai 'pokok yang semakin rendang, akar bahkan lebih kuat lagi'.

BAHLOOL (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Bahlool: Kumpulan Cerita-cerita Rakyat Timur Tengah Dahulukala

olahan semula: Rouhi

penerbit: Penerbit Kaukab

harga: RM12

muka surat: 84 halaman

blurb:

"sesungguhnya raja ini patut memperoleh
penghormatan dari segala penguasa kerajaan.

ini seorang raja yang daif namun hambanya adalah
raja yang agung dan perkasa, bak raja jamsyid dan
khaqan.

hari ini dia telah mentalak dunia, bahkan esok dia
tidak peduli akan syurga.

usahlah memandang hina para pengemis ini yang
tidak bersepatu!

mereka lebih bernilai di sisi kebijaksanaan daripada
mata yang menangis kerana takut pada allah.

seandainya adam menjual syurga dengan dua butir
gandum, maka ketahuilah orang-orang ini tidak akan
membelinya meskipun dengan satu butir gandum."

Wednesday, October 22, 2014

ANTITHESIS (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Antithesis

penulis: Benz Ali

penerbit: Dubook Press

harga: RM23

muka surat: 253 halaman

blurb:

orang tu, mengkritik isu, mengkritik masalah, lawanlah isu itu, lawanlah apa yang dilontarkan itu. pandangan lawan pandangan. tulisan lawan tulisan. itu sahaja, tak perlu nak ugut pukul ke apa.

jika anda mudah tersinggung, jangan beli buku ini. -penerbit

O.K.U. BANGKIT


tajuk: O.K.U. Bangkit

penulis/penyusun: Mohd Rosli Ibrahim

penerbit: Anak Kunci Production

harga: RM25

muka surat: 174 halaman

blurb:

penulis dilahirkan di kampung kubang bemban, pasir mas, kelantan pada 20 april 1973. mendapat pendidikan awal di sekolah sultan ibrahim 1 (1980). setelah didapati tidak mampu mengikuti sistem pendidikan sedia ada, seorang guru besar sekolah tersebut telah menasihatkan supaya menghantar ke sekolah pendidikan khas di johor baru. kemudian penulis mengikuti pendidikan khas di johor baru (1981-1986). pendidikan menengah pula di dalam sistem inklusif education di st john bukit nanas (1987-1991).

semenjak tahun 2000, penulis amat giat menyertai forum-forum diskusi ilmiah di sekitar kuala lumpur. minatnya yang mendalam dalam dunia buku mendorongnya membuat blog iaitu the reading group malaysia bagi mengarkib budaya persuratan di malaysia. beliau juga admin kepada group facebook bacaan liar yang menyediakan pelbagai buku online untuk khalayak peminatnya. penulis pernah menyumbang artikel dalam majalah posto yang diterbitkan secara tidak berkala berkaitan isu-isu oku.