Tuesday, May 14, 2013

INI BUKAN KLISE (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Ini Bukan Klise: Himpunan Analisa terpilih Seorang Aktivis

penulis: Amin Iskandar

penerbit: Gerakbudaya Enterprise

harga: RM20

muka surat: 211 halaman

blurb:


Ini Bukan Klise: Himpunan Analisa Terpilih Seorang Aktivis memuatkan rencana penulisan Amin Iskandar yang menampilkan pandangan, kritikan dan cadangan beliau mengenai wajah dan lanskap politik negara ini.

Antara isu-isu yang disentuh adalah tentang politik Malaysia, sistem pilihan raya, hala tuju generasi muda, orang Melayu dan agama. 

Pandangan yang dipaparkan bukan sahaja langsung dari sudut hati penulis sendiri, tetapi juga dari pengalaman peribadi penulis sebagai seorang aktivis pada masa itu.

Seringkali tulisan Amin Iskandar menimbulkan kontroversi tetapi bagi beliau, kebenaran harus ditegakkan. Dengan harapan sedikit sebanyak pembaca mendapat manfaat daripada tulisan beliau.

Amin Iskandar ialah Penolong Pengarah Berita di portal berita The Malaysian Insider. Beliau mula menulis semenjak masih menuntut di universiti atas minat yang amat dalam terhadap bidang penulisan. Selain itu, beliau pernah terlibat dalam program pemantauan pilihan raya antarabangsa di Afghanistan, Bangladesh, Pakistan, Filipina, Taiwan, Indonesia dan Sri Lanka. Beliau merupakan penerima anugerah zamalah Asian Public Intellectuals (API) pada 2009-2010 untuk membuat kajian mengenai sejarah pemantauan pilihan raya di Filipina dan Indonesia.

No comments:

Post a Comment