Sunday, September 29, 2013

NEGARAKU (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Negaraku (komik/dengan tandatangan Ronasina)

penulis/pelukis: Ronasina

penerbit: Anak Kunci Production

harga: RM25

muka surat: 96 halaman

blurb:

dilahirkan pada 26 disember 1973 dan membesar ketika era renaissance industri komik/kartun tanahair, ronasina mula melukis kartun dan komik untuk tontonan sendiri bersama rakan-rakannya di sekolah rendah. karya pertama ronasina tersiar di ruangan senyum pelajar majalah gila-gila ketika berusia tujuh belas tahun (1990) dengan menggunakan nama pena fendi. seterusnya ronasina terus menghantar kartun ke majalah gelagat, gado-gado, jenaka, umbut dengan berbagai nama samaran seperti banzai dan ude. ketika ombak reformasi tercetus pada tahun 1998, ronasina mula melukis kartun satira rakyat yang mengkritik dasar kerajaan dan isu semasa di akhbar berita keadilan (sudah berkubur). kemudian pada tahun 2007 ronasina melukis kartun di akhbar suara keadilan atas pelawaan kartunis zunar yang menjadi editor akhbar tersebut pada waktu itu. antara watak kartun yang dilukis di akhbar suara keadilan ialah komik datuk kundur (kuat tidur) menggambarkan watak seorang perdana menteri yang mempunyai tabiat tidur yang serius.

pada 2009 ronasina menyertai sepakat efektif milik zunar sebagai editor dan kartunis majalah gedung kartun, perak darul kartun, isu dalam kartun 1. 2. dan 3 sebelum ke semua majalah ini diharamkan oleh kerajaan malaysia. ronasina juga banyak terlibat di dalam aktiviti seni lawan arus yang lain seperti melukis kartun dan menulis artikel di akhbar portal online merdekareview.com (juga sudah berkubur), menulis puisi, mendeklamasi sajak, mengarang skrip, mengarah dan berlakon drama radio di radio bangsar utama serta aktiviti-aktiviti bebas yang lain.

lukisan dan tulisan ronasina boleh dinikmati di http://kulupsakah.blogspot.com
facebook dengan akaun ronasina kartunis
fanpage dan twitter menggunakan nama ronasina

No comments:

Post a Comment