Tuesday, December 17, 2013

BERDIALOG DENGAN GEREJA (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Berdialog Dengan Gereja: Sebuah Travelog Kedamaian

penulis: Mujahid Yusof Rawa

penerbit: Ilham Centre

harga: RM25

muka surat: 153 halaman

sedutan halaman buku Berdialog Dengan Gereja

BAB 13: KEJUTAN 2013


Kalau 2010 adalah kejutan pertama tentang isu penggunaan kalimah ‘Allah’ hasil dari keputusan Mahkamah Tinggi yang dicabar oleh Kementerian Dalam Negeri. Keputusannya ialah Majalah Herald Katholik boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitannya untuk edaran bagi pembaca Kristian tetapi dilarang menyebarnya kepada orang Islam. Semangat keputusan yang dbuat ialah bersandarkan kepada Artikel 3 dan artikel 11 masing-masing mendefinisikan kedudukan agama Islam dan hubungannya dengan agama lain di negara ini. 

Walaupun telah dibawa kepada Mahkamah Rayuan tahun 2013 baru-baru ini, kes rayuan oleh KDN ditangguhkan lagi dan pendengaran baru-baru ini hanyalah berbentuk pengurusan sahaja. Isu penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh penganut Kristian Katholik sekali lagi muncul awal tahun ini 
(2013). 

Kali ini ialah apabila YAB Ketua Menteri Pulau Pinang membuat ucapan Krismasnya dengan melontarkan sekali lagi kepada Kerajaan Persekutuan supaya penganut Kristian diizinkan menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam terjemahan kitab Injil ke dalam Bahasa Malaysia. Ucapan itu keesokannya menjadi isu nasional dan berlakulah gegaran seterusnya, hadiah istimewa tahun baru 2013.

No comments:

Post a Comment