Tuesday, December 17, 2013

KASYAF (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Kasyaf

penulis: Khairi Mohd

penerbit: Fixi

harga: RM24.90

muka surat: 424 halaman

blurb:

Demi dendam, Lakhus jadi anjing belaan syaitan. Sebuah kuasa sihir yang tenggelam dalam mitos hampir 200 tahun perlu dia cari dan kembalikan ke Naruka. Kuncinya, seorang gadis berdarah diraja mesti dibunuh saat malam gerhana.
Hasnitah tidak tahu kecantikan parasnya menyimpan kecelakaan yang cukup hitam sehingga dia secara tiba-tiba mengalami rantaian kejadian aneh bermula dengan kematian kakaknya. Kakaknya hidup semula, berkelakuan absurd dan penderitaan Hasnitah selepas itu bermula.
Prof. Zack masih dibayangi kes homisid misteri di Pulau Pinang apabila dia mendapat KASYAF ghaib untuk menyelamatkan seorang gadis. Dia keluar untuk menghalang Lakhus tanpa menyedari komplot dari belakang hijab itu sebenarnya turut mengancam makmal atom miliknya di Agensi Nuklear Malaysia.
Siapakah Lakhus dan mengapa Hasnitah? Zack bakal membuka rahsia paling tragik dalam hidupnya.

No comments:

Post a Comment