Monday, May 5, 2014

DIAGNOSIS (TIADA DALAM STOK)


tajuk: DIAgnosis

penulis: Dr. Anwar Fazal, MD; Dr. Aizzat, MD; Dr. Azah, MBBS

penerbit: Dubook Press

harga: RM20

muka surat: 142 halaman

blurb:

kalau mahu jadi DOKTOR sebab mahu:

1) kaya
2) begaya
3) 'glamour'
4) rasa 'superior'

lupakan serta merta. kuburkan cita-cita mahu jadi doktor segera. masih banyak kerjaya lain yang dapat berikan kamu semua di atas, bukan kerjaya kedoktoran.

ini kerjaya yang akan buat kamu rasa betapa dengkelnya ilmu manusia dan betapa hebatnya kuasa Dia. ini kerjaya yang boleh buat kamu lebih hargai setiap degup jantung manusia kerana ia mampu berhenti tiba-tiba, pada bila-bila masa. ini kerjaya yang boleh buat kamu terpaksa korbankan banyak perkara yang kamu mahu di dunia (antaranya cinta) kerana mahu menyelamatkan nyawa.

maka kerana iti DIAgnosis tercipta untuk memberi inspirasi dan pengajaran bukan hanya kepada doktor, bakal doktor atau semua yang bekerja dalam bidang perubatan tetapi juga disasarkan pada semua lapisan masyarakat.

moga usaha kecil ini Dia terima sebagai saham akhirat. inshaaAllah.

"setiap DIAgnosis itu hakikatnya datang dari DIA. doktor hanya perantara."

selamat membaca.

No comments:

Post a Comment