Monday, May 5, 2014

MAAF AKU BUKAN LAGI LEON TROTSKY KAMU SEMUA (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Maaf Aku Bukan Lagi Leon Trotsky Kamu Semua

penulis: Lucius Maximus

penerbit: Dubook Press

harga: RM25

muka surat: 192 halaman

penerangan:

Buku ketiga dari penulis ‘Cerita Piala Dunia’ dan ‘Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia’

Maaf Aku Bukan Lagi Leon Trotsky Kamu Semua bukan sahaja judul buku terpanjang dalam barisan terbitan DuBook Press, tetapi merupakan buku ketiga dari penulis sulung DuBook Press, Lucius Maximus. Buat pertama kalinya sejak Cerita Piala Dunia dan Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia, Lucius Maximus meninggalkan genre penulisan sukan dan sebaliknya menyentuh hal politik, keagamaan, muamalat dan hal-hal semasa.
Artikel-artikel dalam Maaf Aku Bukan Lagi Leon Trotsky Kamu Semua adalah antara artikel terpilih dari blog beliau bernama Trankuiliti Tronoh yang aktif dari tahun 2007 hingga 2012. Kesemua artikel disusun mengikut tarikh ianya diterbitkan, sekaligus memberi para pembaca peluang menyelami perkembangan corak penulisan Lucius Maximus.

No comments:

Post a Comment