Wednesday, March 4, 2015

I LAP U


tajuk: I Lap U: 115 Puisi Cinta

penulis: Aqil Zahra aka @ZaimYusoff

penerbit: Penerbit Kaukab

harga: RM20

muka surat: 125 halaman

penerangan:


I LAP U - 115 PUISI CINTA kumpulan puisi sulung aQIl zahra a.k.a Za'im Yusoff yang menghimpunkan 115 buah puisi bertemakan cinta melalui tiga bahagian - Temu & Rindu, Perit & Pergi dan Lepas & Harap.


Berikut merupakan testimonial yang diberikan oleh para pembaca I LAP U :

“Sengaja bertemankan secawan kopi pekat dan alunan muzik instrumental, saya menyusuri bait-bait puisi Za’im, di tengah malam gerimis.

Dari corak puisi klasik hingga mencongak ke avant-garde, jelas terlihat penulis sangat berahi bermain dengan kata, rakus mencumbui makna dan mengerang sedap pada bunyi tanpa melupakan kepelbagaian aksi.

Suka saya pada beberapa puisi kontot seperti “Karma” dan “Dendam”. Pendek namun tetap menusuk ke dalam. Bila melihat “Tatkala Tuan Tercipta” dan beberapa puisi lain, sedikit terhidu 3V (Verbal Vokal Visual) dari seniman A Ghafar Ibrahim. Rojak kata dalam sebahagian kumpulan puisi ini mungkin tidak disenangi para sarjana sastera yang penuh tradisi tanpa toleransi.

Penguasaan rima kata dalam puisi-puisi Za’im agak bersifat diktator, seakan seperti satu kemestian. Semampu-mampunya mahu semua sempurna dan ini ialah suatu yang baik dan terjaga.

Ceritanya cerita muda. Saya boleh masuk dan ternyata saya tidaklah terlalu tua untuk menikmati puisi-puisi ini.

Moga para pembaca dapat manfaatnya walau dalam sebaris ayat.
Teruskan!”

HAIRUL ANUAR HARUN, 39 tahun
Penulis Lirik Tanah Air*
*Lagu-lagu seperti Awallah Dondang (Noraniza Idris), Cindai (Datuk Siti Nurhaliza), Kandil Kemilau (Jamal Abdillah), Hati Kama (duet Datuk Siti Nurhaliza dan Noraniza Idris), Yayadan (Datuk Sharifah Aini) dan banyak lagi.

No comments:

Post a Comment