Saturday, March 28, 2015

PUNYALAH PENAT ABAM HARI INI (ZINE) (TIADA DALAM STOK)


ZINE

tajuk: Punyalah Penat Abam Hari Ini

penulis: OP Zaharin

penerbit: Sindiket Sol-Jah

harga: RM5

muka surat: 18 halaman

blurb:

abam adalah seorang lelaki biasa-biasa yang penat memandu dalam kesesakan lalulintas pada bulan ramadan di kuala lumpur (kl).

pada pandangan abam, sebagai negara islam, kerajaan perlu main peranan untuk mengurangkan kesesakan lalulintas ketika bulan orang berpuasa ini.

cuba pejam mata dan bayangkan:
bayangkan, berapa punya sesak kl apabila agensi kerajaan dan syarikat swasta balik serentak pada pukul 4:30 atau 5 petang dalam bulan puasa?

bayangkan, jika pada suatu hari, 1.7 juta warga kl bergerak keluar dari ibukota tercinta in? dan, pada masa yang sama, tiada siapa yang bergerak masuk ke ibu kota? betapa sakitnya hati kita apabila melihat lane yang bertentangan kosong-nil-zero-sifar, tak ada satu kenderaan pun yang melaluinya, bayangkan! ditambah pula dengan - polis, jpj, dbkl, dan spad tak kasi kita lalu di jalan yang kosong-nil-zero-sifar tu dan kata, "ke tepi la, bodo!" di corong pembesar suara pada kereta peronda mereka. (part ni sinaganaga pernah kena!)

bayangkan, kalau kita ada separuh hari di waktu siang dan sepanjang malam untuk beribadat dengan selesa bersama-sama keluarga? (frasa ni sahajalah abam tambah - untuk kasi feel islamika sikit!)

BAYANGKAN, KALAU KERAJAAN BOLEH BAYANGKAN INI SEMUA? BAYANGKAN!

No comments:

Post a Comment