Thursday, December 19, 2013

APA ITU PENCERAHAN? (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Apa Itu Pencerahan?

penulis: Emmanuel Kant

penterjemah: Pauline Fan

penerbit: IKD

harga: RM12

muka surat: 36 halaman

penerangan:

buku ini merupakan terjemahan dari ammanuel kant, beantwortung der frage: was ist aufklarung?.

IMMANUEL KANT (1724-1804) lahir di Konigsberg, ibu kota Prussia Timur. Ketika berusia 16 tahun, melanjutkan pelajaran di Universiti Konigsberg. Pelajarannya tertangguh akibat kematian si ayah pada 1746 dan...

menjadi guru sambilan di pekan-pekan sekitar Konigsberg. Dilantik menjadi Professor Logik dan Metafizik di Universiti Konigsberg pada 1770.

Esei-esei penting beliau termasuklah Metaphysische Anfangsgrunde der Naturwissenschaft ("Dasar Metafizik Ilmu Sains Alam Semulajadi") dan Beantwortung der Frage: Was ist Aufklarung? ("Jawapan kepada Soalan: Apa itu Pencerahan?") menyebabkan namanya masyhur.

Menghadapi pertikaian dengan kerajaan Prussia yang mencela beliau akibat 'penyimpangan' ajaran agama yang tidak berlandaskan wahyu, sebaliknya taakul. Raja Frederick William 2, melarang Kant dari mengajar dan menulis mengenai hal-ehwal agama sampai baginda wafat. Fikiran dan karya-karya Kant punya pengaruh besar terhadap ahli-ahli falsafah dan penulis, baik di tanahairnya mahupun di seruluh dunia sehingga dewasa ini.

" Pencerahan adalah kemunculan seseorang dari ketidakmatangannya yang sendiri dipikul.[...]Sapere aude! Beranilah menggunakan kefahaman sendiri! Itulah cogan kata Pencerahan."
-IMMANUEL KANT, Konigsberg, Prussia, 30 September 1784

"...Apakah relevannya esei Kant ini pada kita? Sikap kritis, penggunaan akal sebagai alat untuk menyoal siasat sistem politik, ekonomi dan sosial, dan juga amalan beragama, menjadikan disiplin Pencerahan sesuatu yang subvertif dalam masyarakat otoritarian."
-KHALID JAAFAR, penulis buku Tumit Achiles dalam Kata Pengatar

"Kewarasan dan keinsafan fikiran dan tulisan Kant jelas dilihat dalam ayat nisannya: Dua perkara semakin menyegarkanku fikiran dengan kekaguman dan ketakjuban, semakin lama dan semakin mendalam saya merenungnya: bintang-bintang di kayangan dan hukum susila di batin."
-PAULINE FAN, Penterjemah dalam Pendahuluan

kandungan:


1. Pengenalan
2. Kata Pengantar
3. Jawapan Kepada Soalan: Apa Itu Pencerahan?
4. Foto- foto Lampiran
5. Senarai Istilah

No comments:

Post a Comment