Saturday, March 28, 2015

SEBUNGKUS KUACI CAP HELANG


tajuk: Sebungkus Kuaci Cap Helang

penulis: Dr Mat Saleeh

penerbit: Sindiket Sol-Jah

harga: RM20

muka surat: 106 halaman

blurb:

"Kita kritik orang, tapi jangan sampai orang sakit hati. Kita macam menggigit sikit-sikit sahaja."
MALUNGUN, Pengarang & Wartawan

"Aku ingat lagi kata-kata Encik Saleeh, 'Menulis boleh menjadi satu kuasa yang kuat, ia boleh membangunkan dan menjatuhkan sesebuah negara.' Fuh!"
RAZAISYAM RASHID, Pengarah Filem CEO


Kata bijak pandai, "Sejarah ditulis oleh mereka yang menang". [dan, "Mereka yang kalah akan tulis puisi," kata budak-budak indie].


Begitulah Dr. Mat Saleeh dalam buku Sebungkus Kuaci Cap Helang - sebuah penjelasan yang memberi pengertian dan kefahaman tentang apa yang berlaku seputar kehidupan diri dan masyarakat setempat pada tahun-tahun 70an dan 80an, terutama di tempat dia dibesarkan - Chemor, Perak [dan beberapa tempat lain].


Dalam entri-entri runcit ini, Dr Mat Saleeh sesekali menggigit dengan isu-isu kecil yang kemudian membesar dan membiak dalam minda pembaca, Misalnya, dalam entri Masalah Orang Gaji, bukan isu caj yang tinggi untuk mendapatkan orang gaji sahaja yang diutarakan, malah permasalahan orang gaji isteri kawannya juga:


"Orang gaji itu berasal dari Madura, juga datang tanpa izin, masih mengamalkan kebudayaan asalnya iaitu hanya memakai coli dan berkain batik separas pinggang. Puaslah isteri kawan saya menasihati: "Bibik, pakai baju!"

Pun begitu, cerita-cerita yang entahkan betul entahkan tidak ini ditulis secara santai dan menghiburkan; rugi kalau tak dibaca! Serius!

Begitulah Dr Mat Saleeh... menulis seperti berada di pihak yang menang. Namun, apabila dia penat menulis 'sejarah' - sekali-sekala dia menulis 'puisi' juga. *ahaks*

No comments:

Post a Comment