Wednesday, December 18, 2013

MAZHAB-MAZHAB AWAL DAN PEMBENTUKAN AKIDAH SUNNI (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Mazhab-mazhab Awal & Pembentukan Akidah Sunni

penulis: Fazlur Rahman

penterjemah: Khairul Annam Che Mentri


suntingan: Fahda Ahmad Kamer

penerbit: IKD

harga: RM10

muka surat: 54 halaman

penerangan:


Buku ini merupakan terjemahan Bab Pertama dari buku yang bertajuk "Revival and Reform in Islam" iaitu "Early Sects and Formation of Sunni Orthodoxy".


FAZLUR RAHMAN (1919-1988), lahir dalam keluarga Malak, di Hazara; daerah yang kini sebahagian Pakistan. Memperoleh ijazah sarjana di Universiti Punjab sebelum menyerlah di Universiti Oxford dengan disertasi mengenai Ibn Sina. Pada 1961, mendirikan Central Institute of Islamic Research di Pakistan dan ke Amerika Syarikat sebagai professor jemputan di Universiti California, Los Angeles. Berhijrah ke Universiti Chicago (1969): dianugerahkan kerusi berprestij iaitu Harold H. Swift Distinguished Professor Of Islamic Thought sehingga ke hujung hayatnya.


"[...]Sesungguhnya, kebangkitan akidah Sunni sebagai satu kumpulan doktrin dan amalan, adalah disebabkan terutamanya, oleh perkembangan pembahagian mazhab yang berlaku terdahulu."

-FAZLUR RAHMAN


Buku ini merupakan terjemahan Bab Pertama dari buku dengan tajuk "Revival dan Reform in Islam" karangan Fazlur Rahman, iaitu "Early Sects and Formation of Sunni Orthodoxy".



Sepintas mengenai Fazlur Rahman oleh Ebrahim Moosa:



"Parti-parti politik dan kumpulan-kumpulan agama yang menentangnya mengetahui bahawa satu cara untuk menggagalkan orientasi reformis kerajaan adalah dengan menjadikan - arkitek utama ideologi reformis - Fazlur Rahman sebagai objek kritikan dan kejahatan."

kandungan:

1. Pengenalan: Latar Belakang Ringkas Fazlur Rahman
2. Mazhab-Mazhab Awal dan Pembetukan Akidah Sunni:
- Pengenalan
- Tinjauan Umum Terhadap Perpecahan Awal
- Peranan 'Abd al-Malik Bin Marwan
- Hukum dan Teologi di Awal Islam
- Ash'arisme, Maturidisme dan Sunnisme
- Shi'isme
- Kesimpulan

No comments:

Post a Comment