Wednesday, December 18, 2013

IBN 'ARABI: RIWAYAT HIDUP DAN PERJALANAN SEORANG SUFI AGUNG (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Ibn 'Arabi: Riwayat Hidup dan Perjalanan Seorang Sufi Agung

penulis: Claude Addas

penterjemah: Eekmal Ahmad & Adib Zalkapli

penerbit: MEGC

harga: RM10

muka surat: 114 halaman

penerangan:


Buku ini merupakan karya terjemahan dari edisi Inggeris, Ibn 'Arabi: The Voyage of No Return, oleh David Streight, The Islamic Texts Society.


"Sama ada beliau di anggap sebagai filasuf ataupun mistik, penyebar dakyah palsu ataupun seorang wali, satu fakta yang tidak akan berubah iaitu beliau menghasilkan empat ratus buah karya. Ibnu Arabi adalah di antara penulis yang paling prolifik di dalam dunia persuratan Arab. Ada di antara karyanya yang pendek, tetapi ada yang panjangnya sehingga beribu- ribu halaman. Sebagai contoh Diwan al-Maarif (Himpunan Pengetahun Suci), sebuah himpunan puisi yang dikarang oleh beliau lalu dikumpul oleh Ibnu 'Arabi sehingga ke saat kematiannya; yang terkandung di dalamnya puluhan ribu bait-bait puisi. Begitu juga dengan tafsir Quran yang dikarangnya, semuanya sekitar enam puluh empat jilid, tidak berjaya disiapkan, dan sayangnya sudah hilang. Yang tidak boleh tidak disebut ialah karyanya yang berjudul Futuhat al-Makkiyah( Pembukaan Kota Mekah)."
-CLAUDE ADDAS

"...Seorang tokoh kerohanian yang bukan sahaja salah seorang guru Sufisme Islam yang agung, tetapi juga seorang mistik terhebat sepanjang zaman[...] Mereka yang memahami kerumitan Ibnu 'Arabi, yang sangat asing daripada agama dan dogma, kadang-kadang dilabelkan dengan perkataan 'sinkretisme'. Ini adalah penjelasan yang berbahaya dan malas yang datang daripada akal dogmatik yang terkejut apabila berdepan dengan operasi pemikiran yang gagal patuh kepada imperatif norma dalam dan yang, secara peribadi kurang telitian. Untuk berpuas hati dengan penjelasan seperti itu, adalah untuk mengakui kegagalan sendiri, ketidakupayaan diri untuk memahami norma ini yang tidak boleh diselaraskan dengan mana- mana aliran pemikiran atau konformisme kolektif."
-HENRI CORBIN (Creative Imagination in the Sufism of Ibn 'Arabi)

kandungan:

1. Haruskah Ibn 'Arabi Dibakar?
2. Doa Sang Putera
3. "Terbang Menuju Tuhan"
4. Guru-guru ke Jalan Tuhan

5. Para Penutup
6. "Apabila Ia Tidak Pernah Hilang"
7. Jarak Di Antara Dua Busur Panah, Atau Lebih Hampir
8. Iluminasi Mekah
9. Tuhan Wujud, Tiada Bersamanya
10. Ke Mana Saja Kamu Berpaling, Wajah Tuhan Ada Di Sana
11. Dua Horizon
12. Faedah Dari Kewujudanku
13. Pandangan Tentang Ibn 'Arabi

No comments:

Post a Comment