Wednesday, December 18, 2013

KISAH PEMBUAT LILIN MELAWAN MATAHARI (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Kisah Pembuat Lilin Melawan Matahari: dan Lain-lain Jenaka Ekonomi-Politik

penulis: Frederic Bastiat, Leonard E Read, Jonathan Swift & Jane Haldimand Marcet

penterjemah: Al-Mustaqeem Mahmod Radhi, Ammar Gazali & Eekmal Ahmad

penerbit: MEGC

harga: RM10

muka surat: 100 halaman

penerangan:


Kita sedang sengsara akibat persaingan yang memusnahkan dari pesaing yang kemampuannya mengeluarkan cahaya jauh mengatasi kita, sehingga keluarannya membanjiri pasaran tempatan dengan harga yang luarbiasa rendah, kala ia muncul, jualan kita terus terhenti, semua pelanggan berpaling kepadanya, dan satu cabang industri Perancis yang mempunyai pecahan tidak terbilang jumlahnya terus kaku tidak bergerak. Pesaing ini, tidak lain tidak bukan adalah matahari, sedang memerangi kita tanpa belas. Kami mengesyaki matahari diapi-apikan untuk menentang kita oleh Albion, khusus kerana matahari mempunyai rasa hormat terhadap pulau yang angkuh itu, rasa hormat yang tidak diberikan terhadap Perancis.


Kami memohon jasa baik tuan- tuan meluluskan akta yang mewajibkan semua tingkap, jendela, jendela langit, bidai luar dan dalam, langsir, lubang hendap, cermin tembus cahaya, pengadang cahaya- ringkasnya, semua bukaan, lubang, celahan, dan rekahan yang biasanya menyebabkan cahaya lolos masuk ke dalam rumah, menjejaskan industri kami yang, kami berbangga untuk nyatakan, telah menyumbang untuk negara ini, negara yang tidak sepatutnya, melainkan jika ia berterima kasih, membiarkan kami sendirian, hari ini dalam menghadapi pesaing yang tidak sepadan.
-FREDIC BASTIAT, Petisyen Pengeluar-pengeluar Lilin

kandungan:

1. Petisyen Pembuat Lilin - Frederic Bastiat
2. Dasar Perlindungan, Atau Tiga Ahli Dewan Bandaraya - Frederic Bastiat
3. Saya, Pensil - Leonard E Read
4. Makan Budak - Jonathan Swift
5. Orang Kaya dan Orang Miskin - Jane Haldimand Marcet
6. Upah - Jane Haldimand Marcet
7. Populasi, Atau Perkahwinan Patty - Jane Haldimand Marcet
8. Perdagangan Asing, Atau Gaun Perkahwinan - Jane Haldimand Marcet

No comments:

Post a Comment