Wednesday, December 18, 2013

PENGALAMAN BERTUHAN: CATATAN ORANG MUDA (TIADA DALAM STOK)


tajuk: Pengalaman Bertuhan: Catatan Orang Muda

penulis: Fathi Aris Omar, Pauline Fan, Al- Mustaqeem Mahmod Radhi, Liau Kok Fah, Kia Meng, Hari Azizan & Clarisa Lee

penerbit: MEGC

harga: RM10

muka surat: 73 halaman

penerangan:

Kata Pengantar: Khalid Jaafar & Aloysius Mowe

Penyunting: Khairul Anam Che Mentri & Al-Mustaqeem Mahmod Radhi

Buku ini memuatkan esei-esei berkaitan pengalaman beragama tujuh penulis pelbagai agama di Malaysia dengan melihat bagaimana diri penganut agama masing-masing memandang agama mereka sebagai usaha untuk 'menemukan' Tuhan Yang Maha Esa. Persekitaran diri penganut agama juga kini kian 'dibelenggu' oleh persoalan yang tidak kurang releven seperti politik, kebudayaan, sosio-ekonomi, tamadun dan sebagainya laksana 'tembok', laksana 'menara' ke puncak Kebenaran...


Ringkasan Penulis:



"Kumpulan tulisan ini mengambil pendekatan fenomenologi. Maksud fenomenologi di sini adalah apa yang di alami oleh diri peribadi secara sedar dari fenomena agama itu sendiri, dengan fenomena itu mempunyai pelbagai dimensi. Ada dimensi transendanse, ada dimensi sejarah, ada dimensi teks dan sebagainya... Aspek fenomenologi ini masih belum mendapat perhatian. Namun ia harus dimulakan kalau kita ingin menggarap pengalaman agama yang sejati."
-KHALID JAAFAR - Transendanse



"Barangkali jika lembaga-lembaga agama berterusan diusik-usik, sentiasa menyoal jika bentuk-bentuknya yang konkrit bersesuaian dengan renungan pengalaman keagamaan, berterusan menyedari bahawa Tuhan tidak boleh ditambat dengan tanggapan-tanggapan dan rumusan-rumusan manusia, maka skandal keganasan, pecah-belah dan sikap tidak bertolak-ansur yang dibiakkan agama akan tinggal dalam lipatan sejarah lampau dan bukannya dalam peristiwa semasa."
-ALOYSIUS MOWE - Kepelbagaian Pengalaman Agama



"Karya-karya agung seni dan musik juga dapat menimbulkan keadaan 'tafakur keagamaan'. Mendengar aria Meine Seele Wartet auf den Herrn (Jiwaku menunggu Tuhan), dari Cantata BMV 131 karyawan agung Bach, seperti dinyanyikan secara tenor oleh Howard Cook dari Collegium Vocale of Ghent, menggerakkan ruh saya lebih dari membaca Injil. Musik barangkali merupakan utusan ideal bagi yang kudus, kerana ia segera memikul pendengar melampaui dunia yang sementara."
- PAULINE FAN - Imbauan tentang 'Keagamaan'.

2 comments:

  1. Salam
    masih ada stok lagi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. masih ada stok, sebarang tempahan atau pertanyaan, boleh hubungi 0136513514.

      cod sekitar bagan sarai, parit buntaq, tepeng dan sama waktu dengannya, perhantaran pos laju ke seluroh malaysia.

      Delete